Tuesday, December 16, 2008

Tips Lulus RAE 2008

RAE kembali lagi. Kali ini akan diadakan di :
Maltrade Hall
Level 3, Menara Maltrade
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM

Semoga berjaya kepada semua rakan rakan. Berikut ku senaraikan 4 tips berjaya dalam exam:-
1)Duduki exam sehingga minit-minit terakhir. Selepas 1 jam pertama calon-calon dibenarkan untuk keluar meninggalkan dewan. So kalau rasa tak boleh jawab jangan terikut dengan rakan-rakan yang keluar awal. Teruskan menjawab sehingga minit-minit terakhir. Mana tahu soalan yang diulang baca mungkin akan memberikan anda ingatan kepada jawapan yang sebenar.
2)Fokus kepada soalan SOP. Setelah menjawab semua 100 soalan baca semula soalan SOP dan cuba kira berapa jawapan yang anda betul-betul konfiden betul. Jika anda kira katakan ada 30 soalan yang anda jawab dengan konfiden betul. Maka cari lagi sekurang-kurangnya 20 soalan dari bahagian teknikal yang mungkin anda jawab betul.
Kemungkinan untuk skor lebih banyak jawapan betul adalah lebih kepada soalan bahagian SOP.
3)Juga fokus kepada soalan-soalan teknikal yang lebih mudah seperti mengenalpasti simbol-simbol elektronik, diagram litar, formula seperti Ohms Law, propogation dan lain-lain.
4)Selepas yakin menjawab sekurang-kurangnya 30 soalan yang dijawab tepat di SOP disamping 20 soalan yang dijawab tepat di teknikal barulah anda boleh keluar dewan sambil berdoa supaya lulus..SELAMAT BERJAYA...

No comments:

Post a Comment