Friday, October 31, 2008

RAE Class by MARES -15 & 16 November 2008

MARES will be organizing a RAE preparation class

Date:-Saturday 15 - Sunday 16 November 2008 (2 days)
Time:Registration: 8:00 AM (Saturday only)
Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)

Venue:-Dewan Serbaguna Jabatan Perpaduan Daerah Petaling
Sayap A, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Program Fee :
MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)

Important Note For Payment:
Please register first. Payment method will be sms to those who registered for the classes.

Participation for this classes will be based on first come first serve basis, so please submit your application as early as possible. Class is limited to 35 person maximum.

Completed forms can be submitted via online to rae[at]mares.org.my. (Change [at] to @) Alternatively, you can submit the form to the Club House, attention to 9M2SQL) or fax to 03-7781 1859.

For further details, please contact the Education Bureau as follows:-
9M2SQL - Abdul Mutalib / 9m2sql[at]mares.org.my / 017- 6391632
Deadline for class registration is on 12 November 2008.
(Copied from mares.org.my)

Or click to MARES

Kelas RAE ASTRA Tengah 30 November 2008

ASTRA Kawasan Tengah berbesar hati untuk megadakan KELAS PERSEDIAAN RAE kali kedua tahun 2008. Tawaran di buka kepada semua para-para calon yang bakal menduduki RAE DEC, 2008 dan juga kepada mana-mana perminat radio amateur yang berkeinginan

Tempat: Pusat Sumber Pendidikan JAIS, Jln Kg. Jawa, Kelang
Tarikh : 30/ 11 /2008
Hari : Ahad
Masa : 9.00am--5.00pm
Bayaran Masuk: RM60.00

*/ Makan Tengahari & Rehat, Nota dan Alat tulis disediakan

ASTRA Kawasan Tengah juga mengadakan jualan barang seperti buku log, T-shirt,Topi, Stiker dan lain-lain sempena program tersebut di atas.

Pendaftaran keahlian juga dibuka di sini

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
9W2BDZ- FAZLEE -012-6168183
9W2MSG- SUHAIMI- 016-3064300

dan juga mana-mana ahli jawatankuasa ASTRA Kawasan Tengah.

Posted by 9W2RIE at 8:26 AM 0 comments

(Copied from astra-tengah.blogspot.com)

Thursday, October 30, 2008

Kuala Lipis Lagi- Kenali Rakan Radio Ham 11 dan 12

30 Oktober 2008, jam 4.30 pagi aku bertolak ke Kuala Lipis atas urusan Saltmine. Sepanjang perjalanan sempat jugalah mencapai PTT lalu bersembang dengan PRNM di PRADAS.
Lebih kurang jam 11 am aku menerima audio di simplex V24, iaitu 9W2MJA, bang Johari dan 9W2SBT, Bang Sabri sedang ber QSO. Kedua-duanya adalah rakan radio ham di Kuala Lipis. Lalu aku meminta untuk bergabung, namun laluan agar sukar ketika berada di Padang Tengku sedangkan kedua sahabat berkenaan di Kuala Lipis. Selain kedua sahabat ini Pak Iskandar atau 9W2IBJ, atau ku panggil Pak Is juga berada di Lipis. Namun hari tu beliau berada di Kuantan untuk urusan Eko Challange.
Akhirnya Bang Johari dan Bang Sabri aku temui didepan Petronas Lipis. Oleh kerana kami sama-sama ada urusan saltmine yang perlu disegerakan maka kami sekadar bertemu di tepian jalanan sahaja. Namun pertemuan singkat itu sudahpun membuahkan keakraban antara kami. Terima kasih kepada 9W2SBT dan 9W2MJA kerana menunggu kehadiran ku di Lipis.

Rakan Radio Ham ke 11-9W2SBT,Bang Sabri


Rakan Radio Ham ke 12-9W2MJA, Bang Johari


Sebelum balik ku singgah di Raub, pekena Nasi Ayam yang paling best kat Raub. tempatnya iaitu sebelah kiri jalan, on the way ke Tersang, ikut jalan belakang. Hmm lebih kurang 1 Km ke Sek Keb Sg Lui, iaitu bersebelahan dengan Sek Methodist Girl Schools( lebih kurang 500 meter)

Ini nasi ayam yang best tuh..

Gambar kurang memuaskan sebab hanya menggunakan Handphone aku..camera masih belum berjumpa..

Thursday, October 23, 2008

Class RAE by MARES Come Back...

We are please to informed that MARES will be organizing a RAE preparation class, please find the details below:

Date:-
Saturday 15 - Sunday 16 November 2008 (2 days)

Time:
Registration: 8:00 AM (Saturday only)
Class: 8:30 AM till 5:30 PM (both days)

Venue:-
Dewan Serbaguna Jabatan Perpaduan Daerah Petaling
Sayap A, Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Direction:
Please refer to the map for direction to Dewan Serbaguna Jabatan Perpaduan. Click here to view the map

Program Fee :
MARES Members - RM80.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Non-Members - RM100.00 (Inclusive of revision materials and tea breaks)
Revision only - RM70.00 (Inclusive tea breaks)

Important Note For Payment:
Please register first. Payment method will be sms to those who registered for the classes.

Download and fill up the Class Registration form here:-
PDF version( please check at www.mares.org.my)
DOC version

Participation for this classes will be based on first come first serve basis, so please submit your application as early as possible. Class is limited to 35 person maximum.

Completed forms can be submitted via online to rae[at]mares.org.my. (Change [at] to @) Alternatively, you can submit the form to the Club House, attention to 9M2SQL) or fax to 03-7781 1859.

For further details, please contact the Education Bureau as follows:-

9M2SQL - Abdul Mutalib / 9m2sql[at]mares.org.my / 017- 6391632

Deadline for class registration is on 12 November 2008.

Good luck to all candidate from MARES.



Written by 9W2BBS - Fahroe Ibrahim
Oct 22, 2008 at 12:00 AM
>>>Attention to all SWLs,<<<

Wednesday, October 22, 2008

Rakan Radio Ham (Episode 9 dan 10)

Selasa 21/10/2008 lebih kurang jam 2 ptg aku memandu berseorangan ke JB bagi melakukan tugasan disana. Setelah agak mengantuk dan keletihan ketika di Tangkak aku menghantar SMS kepada 9W2ABW, Pak Wahab bagi meminta frekuensi kelab PELANGI. Aku saja nak try maklumlah baru-baru ni PRADAS dan PELANGI ada buat MOU. So sampai disekitar JB nak jadi cerita aku try contact ke frekuensi PELANGI. Alhamdulillah sempat ber QSO 5 ke 6 over dengan WT150,WT225, WT75 dan beberapa rakan lagi.

Nak jadi cerita WT75 adalah sebenarnya 9W2HJB, brother Hanafi yg mana satu ketika dulu aku pernah menemankan beliau ketika pulang ke Raub. Tak sangka pulak jumpa kat JB nih..

So sebelum aku memulakan tugasan di Iskandar Investment sempat aku di pukat oleh 9W2HJB dan 9W2DYE, Zahari..kira ni rakan radio ham ke 9 dan 10 lah ni..

Minum minum di Kopitiam Sireh


Callsign 9W2HJB yang begitu ketara, dan cantik dipandang


Ni Antena dari JAPANG..anatenna lalat..aku beli dari HJB


Tak try lagi..nanti nak try..


Lihatlah kita dah susun cantik-cantik..dah jadi macam ini pulak


Sampai jam 1.30 pagi kerja-kerja kami masih belum selesai..jam 2.30 pagi aku balik dulu ke KL untuk meeting pada jam 10 pagi pada keesokkan harinya..

Trip to Banting Pulak

Minggu ni boleh tahan jadual kerja aku nih..Isnin baru-baru ni aku ke Banting. Pagi sekitar jam 9.30 pagi melalui Puchong jalan terdekat ke Banting adalah melalui Putrajaya dan terus ke Dengkil. Selain itu melalui Shah Alam dan Klang pun boleh jugak..tapi aku prefer ikut Dengkil. Tapi.. cabarannya jalan ni jalan kampung dan banyak lori-lori pasir dan lori besar. So apa nak buat?? bagi melakukan tugas yang telah dilaksanakan aku terpaksa mengharungi lori-lori ini..nak buat camana dah kerja..tetap kena kerja..kerja-kerja..kerja..

Aku try jugak CQ CQ tetapi tak ada yang menjawab..yang pasti aku sendiri tak pasti apakah simplex yang biasa digunakan di area Banting ni..Maybe dah sampai masa semua rakan lokalan mana-mana tempat menyenaraikan simplex channel bagi lokalan masing-masing.

Raja jalanan ke Banting..Lori tanah yang gedabak..


Tak boleh jadi kalau jalan becak macam ni..kena usahakan 4x4 nampaknya..he..he kena tanya menteri kewangan ler...


Bertemu rakan baru..Mr. Faizal, org Pahang rupa-rupanya..

Monday, October 20, 2008

Jawapan Soalan-soalan RAE

Jawapan untuk soalan-soalan RAE Test 1 to Test 6 dah di uploadkan ke File-file Penting.

Saturday, October 18, 2008

SOP QSO Radio Amatur (Bahasa Melayu Version)

Raka-rakan kita ada berita gembira untuk anda semua. Kita terjumpa SOP(standard of procedure) cara ber QSO didalam version Bahasa Melayu baru-baru ini. Kita dah upload didalam folder file-file Penting Radio Amatur. Semunya dijemput untuk download SOP ini bila-bila masa sahaja.Sekurang-kurangnya format SOP ini kita boleh jadikan panduan untuk kita memantapkan lagi cara kita ber QSO didalam radio amatur ini..

Sambutan Raya PRADAS

18 Okt 2008 berlangsunglah majlis sambutan hari raya yang dianjurkan oleh PRADAS. Majlis berlangsung di Club House PRADAS di Desa Mentari Sunway. Majlis bermula seawal pagi jam 9am dan berterusan sehingga jam 12 malam. Acara kemuncak bermula pada jam 8malam apabila semua tetamu ahli-ahli PRADAS, rakan radi amatur dari kelab-kelab radio yang lain menghadirkan diri. Pada malam itu juga telah berlangsung MOU antara PRADAS dan PELANGI, iaitu Kelab Radio Komersil Johor. Dengan MOU ini kedua-dua ahli boleh menggunakan callsign masing-masing untuk ber QSO semasa di Johor atau di KL( iaitu kawasan liputan kedua-dua kelab radio).
Para tetamu termasuk para penduduk taman berkenaan menikmati juadah lebih 300 batang lemang, ketupat, mee kari, nasi impit, dan pelbagai kueh-mueh lagi. Semua kerja-kerja ini dilakukan secara bergotong-royong. Tahniah kepada PRADAS kerana berjaya sekali lagi menganjurkan program seumpama ini.

Ini photo-photo yang sempat dirakam..Lain-lain photo sila click sini










Thursday, October 16, 2008

Trip to Tangkak, JB dan Kuala Lipis

Minggu ni jadual saltmine aku sangat pack dan memenatkan. Jadi nak jadi cerita kuranglah aktiviti radio hamku. Macam mana sekalipun dalam kesibukan berkenaan aku sempat bertemu didaratan seorang rakan radio ham. Hujan yang lebat menyebabkan kami sekadar sempat mengangkat tangan melalui tingkap Jalurpeee masing-masing dan bersimplex melalui V44. Kejadian ini berlaku pada 14 Okt 2008(Selasa baru-baru ini). Dalam perjalanan ke JB aku bertemu dengan 9W2AMY( Abang Amy). Aku ke Tangkak sebelum ke JB atas urusan saltmine dan 9W2AMY pula menuju ke singapore. Kami plan nak jumpa malam berkenaan namun kerja configuration core switch kat site aku berlarutan sehingga jam 2.30 pagi. So aku tak sampai hati nak kejutkan Aby AMY dan aku terus bergegas pulang ke Kilo Lima dan sampai KL dalam jam 7.30pagi, setelah terlena di hentian tangkak.
Ok actually sebelum ke JB aku singgah di tangkak untuk melawat rakan tugasan melakukan kerja-kerja fiber optics testing di sana..sempat juga aku pekena ikan masak merah dan udang masak sambal ditangkak.
Aku berehat seharian sebelum ke Kuala Lipis pada 16 Okt pula atas urusan Saltmine jugak. Di Maktab Perguruan Kuala Lipis aku bertemu dengan bekas guru Tingkatan 6 aku semasa di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh di tahun 1993(after berbelas tahun) iaitu Cikgu Roziky.

Semasa di Tangkak


Inilah Fiber Optics!!


Ada gaya tak?( apa yg aku tengok pun aku tak pasti kat bawah tuh..


he he..Korang tahu tak meja sapa ni??? He he ..Rahsia!!


Ini masa aku ke Kuala Lipis..singgah sebentar di rumah wan..atau nenek, melurus-luruskan pinggang..


Ini aku jumpa barang lama kat bawah rumah wan..


La..Now dah tukar to TM..dulu dulu..jabatan telekom


Sebelah kiri sekali Cikgu Nasir, tengah (Cikgu Roziky) dan akulah sapa lagi..semasa di maktab perguruan afzan shah, kuala lipis..

Wednesday, October 15, 2008

Belajar CW

Salam..rakan rakan saya dah uploadkan audio belajar CW..sila click di bahagian download software radio ham..kalau nak best lagi savekan dalam handphone..meh kita sama-sama belajar dengar CW tu..selamat belajar..

nak dengar terus click kat sini..

QRZ

Hi mungkin ramai lagi rakan-rakan yang belum register dengan QRZ.COM. Walaupun saya dah offer FREE services seperti di sebelah kanan tu tapi maybe ramai lagi rakan yang tak perasan. Tak kesah..aiman tak kesah..he he..
Untuk yang berminat nak register dengan QRZ.COM sila isi form online yang telah disediakan itu..dan click ajer send..setakat ini rakan-rakan radio ham berikut telah berdaftar melalui services ini adalah..

9W2REJ, currently manage the following callsign(s):

9W2AXS
9W2WAS
9W2RDY
9W2PKR
9W2REJ
9W2SZA
9W2AZX
9W2SZB
9W2RMT

Tahniah kepada anda dan ..callsign anda sekarang dengan mudah dapat dicari oleh rakan-rakan radio ham seluruh dunia..

Sunday, October 12, 2008

Baju Baru






Baju baru..terkini dipasaran..hmm..baru sahaja aku mendapatkannya dari rakan semalam..apa macam cantik tak? kalau berminat nanti kita tanya rakan tu ada banyak stok atau tidak..harga pun kita tak pasti berapa..

File Penting

Apa khabar semua. Rasanya semua rakan-rakan lepas raya ni mungkin di kejutkan dengan notis RAE 2008-2 yang telah dikeluarkan oleh MCMC baru-baru ini. Kejutan bermakna juga satu kegembiraan bagi rakan-rakan radio ham yang masih belum memepunyai lesen 9W2..atas dasar ingin turut sama-sama merasai bahang exam yang akan tiba itu maka nak jadi cerita saya telah menyediakan satu ruang untuk rakan-rakan mendownloadkan file-file penting untuk RAE seperti guidelines, sample test RAE dan lain-lain. Sudi-sudilah download(disebelah kanan)iaitu diatas Album tu..FREE ajer untuk rakan-rakan..jumpa dan jumpa lagi..

p/s: harap sebarkan file ini kepada rakan rakan yang memerlukannya..73

Rakan Radio Ham (Episode 8)


Hmm rakan radio kita pada kali ini berasal dari Utara. Nama beliau badrul. Bertugas di Shah Alam, tapi QTH beliau di seremban, Negeri 9. Insyaallah beliau akan mengambil RAE pada bulan 12 ini. Petang tadi saya berkunjung kerumah beliau sempena hari raya disamping membantu memeriksa SWR disebabkan beliau baru menaikkan antenna beliau seminggu yang lepas. Badrul telah menaikkan antenna lebih kurang dalam ketinggian 30 kaki dari paras bumi. Melalui simplex v38 saya sempat berQSO dengan 9W2OKU dan 9W2PCD. Bagaimanapun rakan rakan berkenaan menerima dengan romeo 2 dan 3 ..disertai bunyi pasir. Mungkin antenna ini perlu ditinggikan sedikit lagi.Cable RG213 yang digunakan sebelum ini juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik, dan telah di solder dengan baik. Hmm..nampaknya beliau perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan audio yang lebih baik. Bagaimanapun saya di fahamkan area senawang adalah antara kawasan yang sukar memancar..tapi no komen..usaha akan diteruskan lagi oleh SWL badrul dan insyaallah saya akan cuba membantunya..73..thx badrul atas hidanga satay petang tadi..

Peperiksaan RAE 2008-2

Hi rakana-rakan notis peperiksaan RAE sudahpun dikeluarkan oleh pihak SKMM. Oleh itu rakan rakan boleh mendapatkan borang permohonan RAE di mana-mana ofis SKMM yang disenaraikan. Untuk notis penuh sila click disini ..Notis RAE

Untuk panduan rakan rakan juga disini saya sertakan PDF files untuk rakan-rakan download MCMC Guidelines For Amateur untuk rujukan rakan-rakan. Sila click sini. Insyaallah saya akan cuba uploadkan soalan-soalan RAE yang lepas, dan lain-lain maklumat lagi yang ada dalam simpanan saya. Harap rakan-rakan yang browse boleh sebarkan link blog saya ini atau link donwload files saya di alamat ini untuk maklumat semua.

Semasa saya mengambil exam pada tahun yang lepas melalui pengalaman saya begitu susah sekali untuk mendapat maklumat-maklumat ini kecuali bagi yang rajin-rajin. he he..maklumlah saya ni kurang rajin..ok 73

Tuesday, October 7, 2008

Kemaman Trip - Selasa 7 Oct 2008

Selasa..lebih kurang jam 10.30pagi..aku bergerak seorang diri ke Kemaman atas urusan saltmine. Dalam perjalanan apa lagi aku bukak Radio lah..dan sempat menyambut panggilan pak Ya (9W2HYA)di ASTRA Transnasional yang kebetulan sedang CQ CQ dan dalam perjalanan nak ke Sg Petani dari Jalan Meow Meow. Selepas itu ramai pula contact bergabung termasuk 9W2AXS ( Amirul) dari Sik Kedah, 9W2HLM(Bang Halim), 9W2RES(Pak Tam) dan yang paling menarik 9W2PJI( Bang Fauzi) yang aku temui dalam perjalanan ke Kemaman. Kami sempat bersalaman di daratan iaitu di hentian Temerloh.
Ni gambar beliau yang sempat aku rakam. Kira senang cerita beliau termasuk dalam episode ke 6(kenali rakan ham).
9W2PJI, fauzi, QTH KL, Saltime ..merata-rata mana ada ofis Petronas..he he

Selesai bersalaman dan berkenalan aku meneruskan perjalanan ke Kemaman. Boleh tahan jugak site projek ni kat area dalam Kampung. Nama tempat ni Mak Laggam.


Sebahagian dari photo kat tapak projek dan kerja kerja kami yang belum selesai.


Dari sudut antenna seorang radio ham



Selesai kerja aku terus singgah ke Kuala Kemaman membeli sedikit buah tangan. Macam biasa kalau datang kesini tak beli otak-otak, sata, kepok lekor dan pais memang tak sah. Bagi yg belum pernah sampai kalau anda tahu masjid geliga..hah masuk ke kiri sebelum masjid berkenaan kalau dari arah Kuala Terengganu.
Masuk kiri...

Masjid Geliga.

Terus kedepan dan jumpa simpang 3. Lepastu ambil kekanan. Kiri dan kanan ada banyak gerai menjual keropok. Aku selalu pergi ke Warung Otak-Otak Che Wan. Gerai sebelah kanan yang hujung sekali.
Tempat byk kereta parking itu adalah gerai berkenaan.

Selepas membeli beberapa bungkus buah tangan aku terus bergegas pulang ke KL. Kemudian di Temerloh sewaktu ber QSO di V48 aku di pukat pula oleh 9W2SZA, 9W2VMS dan SWL Ama untuk urusan teknikal sikit. Biasalah aku ni duduk KL jadi selalu turun jalan pasar, so rakan-rakan banyak mengirim. Ohya.. VMS dan SZA semua dah kenal kan..tapi SWL AMA ramai yang belum kenal..beliau pun akan bakal jadi rakan radio juga nanti. Ni photo beliau yang handsome tu..manager, bujang lagi, dah kerja dan ada kereta besar..dan seorang lagi anak sedara ku..(promosi..)

SWL Ama atau PRAMA(Pradas),QTH Temerloh,handle Ama/Amirul(Rakan episode 7). Hmm..itulah kisah hari ini, dalam jam 8.30 malam aku dah sampai rumah selepas mengharungi hujan dan jammed MRR2..jumpa lagi..73

Monday, October 6, 2008

Tazkirrah Online Anda

Assalamualaikum..mungkin semua sahabat sibuk melayan tetamu berkunjung kerumah sempena hari raya (yg biasanya dirayakan sebulan). Namun jangan lupakan puasa bulan syawal iaitu pusat sunat 6 hari yang sangat tinggi nilainya. Sambil-sambil buat kerja,surfing internet dan dengar radio ham apa kata dengar juga kuliah-kuliah agama yang jarang-jarang kita dengar dan pergi atas kesibukan hal dunia kita. Disini ada satu laman blog yang menampilkan kuliah-kuliah agama untuk didengarkan kepada semua. Sila click sini.
Alternatif Tazkirah Online Anda

Kenali Rakan Radio Ham (Episode 5)


Kan handsome gitu..belum berpunya..dan masih trang tang tang..

Hmm..ini rakan radio kita yg ke 5. Bertugas sebagai seorang fotographer juga. QTH di Kg Kerayong, Pahang. Tempat dan juga lokasi munculnya dengan begitu ramai rakan-rakan radio ham baru-baru ini. Tak kurang dari 20 station yang mengambil RAE bulan June baru-baru ini. Callsign 9W2FRD dan dikendalikan oleh Encik Firdaus. Kalau tengok lookups beliau di www.qrz.com dah 900 lebih. Jadi tak susah nak katakan beliau ni cukup aktif berQSO. Selain main VHF dan UHF firdaus juga aktif dengan HF. Beliau juga telah berjaya mengubah sebuah stor di belakang rumahnya sebagai pusat Radio Ham untuk rakan-rakan lokalan berkumpul.

Sunday, October 5, 2008

Kenali Rakan Radio Ham (Episode 4)


Rakan bertuah pada kali ini adalah 9W2AZA. Handle by maza. QTH di Pekan Pahang. Beliaulah org yang kedua dalam dunia ini yg memperkenalkan radio amatur kepadaku. Kini beliau juga adalah seorang photographer. Selain seorang rakan sepermainan masa kecil kecil dulu,maza juga adalah anak sedara ku sendiri.
Masa kecil kecil dulu kami ada tangkap tikus dalam perengkap tikus..nak jadi cerite arwah nenek mengarahkan kami untuk membunuh tikus berkenaan.Bagaimanapun disebabkan diri ku ini dan juga anak sedara lagi seorang iaitu 9W2MZR adalah pengakap maka kami tak boleh bunuh binatang. Jadi yg menjadi mangsa dan bukan ahli pengakap pada masa tu adalah Maza..he he..pengakap pengakap..

Saturday, October 4, 2008

Kenali Rakan Radio Ham(Episode 3)

Rakan radio Ham bertuah pada kali ini adalah 9w2SZA, atau dikenali dengan nama azuan..beliau bertugas di JKR bandara Temerloh. Pak zuan adalah antara rakan radio ham yang aktif mempromosi radi amatur di temerloh dan bera. Penulis blog masuk radio ham pun adalah atas galakan dan dorongan beliau. Selain bertugas di JKR beliau juga membuat kerja-kerja sebagai mekanik kereta secara sambilan.

9w2sza sedang ber QSO


Itu yang tinggi tu antenna beliau yg setakat ini sudah sampai ke shah alam melalui simplex..