Thursday, August 28, 2008

Al Fatihah - 9M2DS, Pak Dollah

9M2DS..kami semua redha dengan pemergian anda..


Birthday Party yg terakhir arwah yang ke 77 baru-baru ini..

Pada 29 Ogos 2008, semalam dunia radio amatur dikejutkan dengan pemergian selama-lamanya seorang veteran radio amatur iaitu 9M2DS, atau lebih dikenali Pak Dollah. Arwah atau nama sebenar DOLLAH ABD. SAMAD beralamat di No. 16, Jalan Marudi, Taman Beringin Jinjang Utara, 52000 Kuiala Lumpur MALAYSIA.

Arwah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur lewat petang semalam. Penulis mewakili radio amatur mengucapkan salam takziah kepada keluraga arwah..Al Fatihah...

Sunday, August 24, 2008

Orari-Astra 23-24 Ogos 08, Awana Genting

Sabtu dan Ahad baru-baru ni bersamaan dengan 23 dan 24hb Ogos 2008 telah berlangsung majlis sambutan bulan kemerdekaan sempena lawatan ORARI ke Malaysia. Seramai lebih kurang 15 ahli ORARI mewakili serata Indonesia telah hadir pada majlis berkenaan.
Tidak kurang daripada 200 tetamu mewakili ahli ASTRA, PRADAS, MARTS, dan MARES turut hadir pada majlis berkenaan.
Acara kemuncak adalah perjanjian persefahaman antara ASTRA dan ORARI yg telah diadakan pada malam berkenaan. Tahniah kepada semua pihak yg menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada 9W2DMG kerana sudi meluangkan masa sebagai wakil pihak ASTRA pada majlis berkenaan. Walaupun 9W2GTR, saudara Faisal sebagai pengarah projek ditimpa kemalangan namun sokongan rakan-rakan telah memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa kepada 9W2JIZ,saudara IS yg telah banyak membantu menguruskan logistik, makanan dan lain-lain.

Terima kasih kepada bapak-bapak dan ibu-ibu yang ganteng semuanya kerana hadir memeriahkan majlis ini..

Yang pastinya 9W2YR, Pak Yob pastinya gembira dengan permulaan yang indah antara ORARI dan ASTRA ini. Lain-lain rakan yg turut membantu adalah 9W2BDZ,9W2BCT,
9W2MDY,9W2EDK,9W2RIE,9W2LKB,9W2MEZ,9W2OCC,dan ramai lagi...73..9W2REJ

Pak Yob dan Pak Raja sebaik sahaja selesai menandatangani MOU ASTRA-ORARI


Banner Penyeri Majlis


AJK Astra Tengah, Astra Pusat dan ORARI


Hari ke 2 Sebelum Pulang


Aku dan Pak Boy


Click sini untuk gambar lebih lanjut..

Sunday, August 17, 2008

Bowling Pradas 2008






17 Ogos 2008 sebanyak 10 pasukan telah berentap dalam pertandingan bowling yg dianjur dan di organizekan oleh PRQZ dan PRZB. Pertandingan di langsungkan di Super Bowl One Utama. Pertandingan ini menawarkan hadiah yang lumayan disamping hadiah cabutan bertuah.

Doa Selamat 16 Ogos 2008 - No 7, Bukit Puchong

8.00 mlm 16 Ogos 2008 kami telah mengadakan majlis doa selamat dan tahlil di kediaman kami. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir. 73.




Thursday, August 14, 2008

Majlis Doa Selamat

Pada 16 Ogos 2008, jam 8 malam kami akan mengaadakan majlis doa selamat di rumah kami. Semua rakan dan keluarga dijemput hadir ke majlis berkenaan yg akan diadakan di no.7, jalan bp 11/5, bandar bukit puchong, 47100 puchong selangor. Turut di raikan adalah ulangtahun ke 7 anak kami yg pertama iaitu Hadyna Redwani. Datang jgn tak datang..


Map kerumah kami..
Map kerumah kami..

Monday, August 11, 2008

Orari Indonesia datang Malaysia!!

Program Lawatan ORARI - ASTRA (Wilayah Tengah)

Apa itu ORARI( click here )

Detail Program
Tema : Bulan Kemerdekaan Warga Amatur Malaysia - Indonesia
Tarikh : 23 - 24 Ogos 2008
Tempat : Kawasan Perkhemahan Awana Genting / Awana Genting Campsite
Keluasan Tempat : 5.3 Hektar
Pengangkutan : Kenderaan Persendirian atau Pengangkutan Awam.

Bayaran
i) RM15 Seorang
ii) RM25 Family
Note: Termasuk Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.
Atau
i) RM35 Seorang/Family
Note : Termasuk Sehelai Program T-Shirt, Makan Malam, Sarapan & Kemudahan Perkhemahan/Campsite.


Matlamat
Program ini bertujuan untuk memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia & Indonesia oleh warga radio amatur kedua-dua negara. Juga pada masa yang sama bagi mengeratkan silaturrahim diantara warga amatur dari kedua-dua negara.

Pendaftaran
Pendaftaran dibuka kepada semua warga amatur, kelab-kelab amatur & komersial & rakan-rakan swal.

Untuk memudahkan urusan pendaftraan, sila hubungi AJK/Biro dibawah:

i) List nama di forum ini.
ii) Diacara 2 Meter net di Tranasional ASTRA atau di 2 Meter net 9M4RBC.
iii) 012 310 9869 Faizal 9W2GTR
iv) 016 337 3700 Izkandar 9W2JIZ
v) Atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.

Tarikh tutup pendaftaran : 20 Ogos 2008

Sumbangan
Sebarang bentuk sumbangan amat dialu-alukan.
Sila hubungi terus Pak Yob 9W2YR / Faizal 9W2GTR & Jamal 9W2AJL atau mana-mana AJK/Biro ASTRA Wilayah Tengah.

Marilah kita sama-sama menyertai dan menjayakan program julung-julung kali diadakan ini.

(dari blog astra-tengah)