Tuesday, December 30, 2008

Eyeball Astra Tengah 31-12-2008

Satu program eyeball Astra Tengah akan diadakan di Bagan Lalang bermula hari ini 31-12-08 sehingga esok 1-1-2009. Program ini diadakan sempena Menyambut Tahun Baru 2009. Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan 9W2YR Pak Yob atau 9W2MDY Pak Mahadi.
Semoga program ini akan berjaya dan meriah..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.

Ni message dari blog astra tengah..

NEW YEAR EYEBALL AT BAGAN LALANG

TARIKH:- 31/12/2008

MASA:- Petang hari ini sampai ke esokan harinya

PENDAFTARAN:- RM15/ head or RM25/family

KHEMAH:- RM10/tent contact 9W2MOD

CHALET:- Chalet deluxe, std.. ctc 9W2KMT

Aktivity menarik solat berjemaah/doa ,fox hunting, Dxing, Kemungkinan Terbang di Udara bersama Orang terbang dsb.

Datanglah Beramai-ramai ke New Year Eyeball Anjuran Astra Tengah...

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi 9W2YR,9W2MDY,9W2BCT,9W2MSG
Posted by 9W2RIE at 5:19 PM 0 comments

Monday, December 29, 2008

Pendaftaran Ahli Koperasi Radio Amatur

Atas sambutan yang menggalakkan untuk Koperasi K-Ramat ini maka saya telah menyediakan satu borang online untuk mendaftar sebagai ahli koperasi. Senarai ahli ini pihak koperasi memerlukan untuk dihantar kepada pihak suruhnajaya koperasi. Lebih ramai ahli yang mendaftar pada peringkat penubuhan ini maka lebih cepat pihak suruhnjaya meluluskan proses penubuhan koperasi K-Ramat ini. Jadi marilah mendaftar beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kita kepada penubuhan koperasi ini.
Insyaallah koperasi ini bakal:-
1) menyatukan kita dibawah satu bumbung
2) memberikan kebajikan kepada ahli
3) mengekalkan minat kita didalam radio ham selama-lamanya.

Sila lihat borang online disebelah kanan blog ini..73..cherioss..

Friday, December 26, 2008

Penubuhan Koperasi Radio Amatur Malaysia

Mesyuarat AJK Penaja.



Tahniah kepada rakan-rakan radio ham!! Kali ini kita akan menubuhkan sebuah koperasi diatas nama Koperasi Radio Amatur Malaysia. AJK penaja telah pun dilantik bagi menguruskan kerja-kerja pendaftaran koperasi berkenaan. Koperasi ini layak untuk semua rakan radio ham sama ada SWL, 9W2 atau 9M2. Ianya juga terbuka untuk mana-mana kelab radio di Malaysia ini. Sama-samalah kita memberikan sokongan dengan menjadi ahli berkenaan. Hidup Koperasi KRAMAT( Nama yang dicadangkan dan telah dipersetujui). Buat permulaan koperasi ini memerlukan sekurang-kurangnya senarai 50 ahli. Oleh itu hantarkan nama, alamat, no IC, callsign,emel dan telefon anda ke emel omnisystem@gmail.com. Sama-sama kita melakukan anjakan paradigma untuk radio amatur malaysia.

Handy Nak Jual..cepat cepat..masih panas

Semua baru..dalam kotak lagi..

Ini Icom IC-9000, handy,charger,clip,antenna high gain lagi..ada radio..dan dual monitoring lagi...Rega RM390 sahaja

Manual Motorola

Manual Icom..alamak bahasai Thai..tapi senang ajer ni..

Ni Motorola siam tuh...Rega RM340 sahaja

Hmm..lama tak menulis. Petang semalam seorang rakan swl meminta aku order sebiji handy dari siam. So disebabkan takkan nak order satu ajer maka aku pun order lebih sikit. So now aku ada 2 set Icom IC-9000 dan 1 set Motorola MT-777. Kedua-duanya adalah siam mari. Berminat boleh dapatkannya dariku. Sapa cepat dia dapat..he he. Rega cuma RM340 untuk Motorola dan RM390 untuk Icom.

Monday, December 22, 2008

Berita Ekslusif - 9M2AU meninggalkan MARES

19 December 2008 lebih kurang jam 9.00 malam bertempat di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya lebih kurang 25 orang ahli-ahli MARES menghadiri majlis perpisahan 9M2AU atau Pak Aziz yang akan meninggalkan MARES.
Pak Aziz, atau kadangkala lebih mesra dengan ziz..akan meninggalkan MARES, iaitu sebuah Kelab Radio Amatur yang sedang mencipta nama dan semakin dikenali di negara ini. Beliau adalah orang yang menubuhkan MARES dan membawanya sehingga ke tahap yang begitu membanggakan di masa ini.
MARES baru sahaja menyelesaikan misi membantu mangsa-mangsa tanah runtuh di bukit antarabangsa. MARES telah terlibat secara langsung dengan pihak PBSM dalam operasi ini.
Pak Aziz telah memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada semua ahli-ahli MARES dan terutamanya 9W2NIK(iaitu timbalan presiden) yang akan dibantu oleh lain-lain AJK termasuk Director of Disaster yang baru iaitu Dr Kamil.
Pak Aziz akan dijangka meninggalkan MARES bermula 23 December 2008. Beliau akan ke luar negara atas urusan kerja selama beberapa tahun dan terpaksa meninggalkan MARES sementara. Selamat berjaya kepada beliau dan kami disini menunggu kepulangannya dengan penuh harapan.

Sebahagian ahli dan AJK yang hadir pada malam berkenaan

Friday, December 19, 2008

(DPCH ver 1.0) Hombrew by 9W2TWH

Baru-baru ni semasa RAE aku sempat melihat satu hombrew yang dibuat oleh 9W2TWH, pak saidin dari Kg Kerayong. Beliau ni memang terkenal dilokalan Kg Kerayong sebagai seorang radio ham yang rajin buat kajian R&D radio ni. So aku sempat melihat ciptaan beliau yang diguna pakai oleh 9W2SZA iaitu Direct Power Cable for Handy. Aku boleh ringkaskannya sebagai DPCH..So amat berguna homebrew ini terutama bagi pengguna handy yang sentiasa kehabisan bateri. Jadi power handy akan terus disalurkan kepada handy dari bateri kereta anda. So tak perlu risau lagi akan kehabisan bateri atau kehabisan susu hik..hik..hik.

Inilah DPCH Ver 1.0

DPCH pandangan sisi...

DPCH dipasang begitu ngam sekali dengan handy bagi menggantikan bateri handy

DPCH yang ditanggalkan dari Handy


Tahniah 9W2TWH..cantik sekali..order satu...........

Wednesday, December 17, 2008

Exam..Matrade..Semangat

Semangat yang tidak pernah luntur malahan berkobar-berkobar telah menjemput lebih kurang 600 calon 9W2 menduduki peperiksaan di Bangunan Matrade pada hari ini (Rabu bersamaan 17 Disember 2008).
Merujuk kepada kedudukan calon-calon seperti yang dipaparkan aku yakin lebih kurang 600 calon menduduki peperiksaan RAE di wilayah tengah pada kali ini.
Tahniah juga kepada rakan-rakan dari Temerloh yang telah datang dengan sebuah bas..cukup bersemangat bagi merancakkan audio dunia amatur ini.

Begitu bersemangat sekali saudara SWL MFA (OKU) menuju ke dewan peperiksaan..semoga berjaya..

Para penyokong yang dah ada 9W2 menjamu selera sementara menunggu rakan-rakan memerah otak..

Car Boot sale pulak nampaknya..mari mari beli baju..murah murah...

9W2FRD, firdaus yang cukup glamor ni pun datang dari jauh memberikan sokongan..

Dah selesai..calon-calon kelihatan cukup gembira selepas keluar dewan..harap-harap lulus ye!!

Posing sakan lah pulak!!!

Inilah bangunan MATRADE..cukup tinggi( hmm..kalau letak repeater kan bagus..)

Para-para 9W2 sedang berbincang bagi menaikkan lagi prestasi ekonomi negara yang sedang merudum..

Nak balik dah ke???Tanggo tanggo dulu...

Keadaan dewan peperiksaan..rileks..sabar..

Hm..makan makan makan dan makan lagi...

Tuesday, December 16, 2008

Tips Lulus RAE 2008

RAE kembali lagi. Kali ini akan diadakan di :
Maltrade Hall
Level 3, Menara Maltrade
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM

Semoga berjaya kepada semua rakan rakan. Berikut ku senaraikan 4 tips berjaya dalam exam:-
1)Duduki exam sehingga minit-minit terakhir. Selepas 1 jam pertama calon-calon dibenarkan untuk keluar meninggalkan dewan. So kalau rasa tak boleh jawab jangan terikut dengan rakan-rakan yang keluar awal. Teruskan menjawab sehingga minit-minit terakhir. Mana tahu soalan yang diulang baca mungkin akan memberikan anda ingatan kepada jawapan yang sebenar.
2)Fokus kepada soalan SOP. Setelah menjawab semua 100 soalan baca semula soalan SOP dan cuba kira berapa jawapan yang anda betul-betul konfiden betul. Jika anda kira katakan ada 30 soalan yang anda jawab dengan konfiden betul. Maka cari lagi sekurang-kurangnya 20 soalan dari bahagian teknikal yang mungkin anda jawab betul.
Kemungkinan untuk skor lebih banyak jawapan betul adalah lebih kepada soalan bahagian SOP.
3)Juga fokus kepada soalan-soalan teknikal yang lebih mudah seperti mengenalpasti simbol-simbol elektronik, diagram litar, formula seperti Ohms Law, propogation dan lain-lain.
4)Selepas yakin menjawab sekurang-kurangnya 30 soalan yang dijawab tepat di SOP disamping 20 soalan yang dijawab tepat di teknikal barulah anda boleh keluar dewan sambil berdoa supaya lulus..SELAMAT BERJAYA...

Monday, December 15, 2008

Eyeball Bukit Puchong 15-12-08

Malam tadi kami rakan-rakan lokalan puchong telah sempat bereyeball malam tadi di bukit puchong 1. Sebenarnya asalnya eyeball malam tadi kerana salah seorang rakan radio ham dari Ampang telah datang berjumpa denganku untuk mendapatkan contoh soalan RAE. Rakan ni di rujuk oleh kenalan ku di Kuala Terengganu iaitu 9W2DEB, Haji Zainuddin.
Beberapa station hadir iaitu aku ,9w2mez,9w2klg,9w2jsj,9w2ykk,9w2nur, 9w2bdz,9w2whw,swl azli,swl BTK.


Kenali Rakan Radio Ham ke 14


Ini rakan kita seterusnya. Muda lagi orangnya, masih belajar. Nama sebenar aku tak ingat. Tetapi lebih dikenali dengan Bun. Kat komersil dikenali sebagi PRBN. Callsign amatur 9W2BUN.

Sunday, December 14, 2008

ARRD

ARRD yang dianjurkan baru-baru ni pun aku sempatlah singgah sekejap. Oleh kerana kesibukan tugas pada awalnya aku menjangkan tak dapat datang ke program ini so aku pun buat keputusan tak mahu register. Last minit pada 13 Disember 2008 lebih kurang jam 6.30pm aku sampai kerumah 9M2PD dan sempatlah berjumpa rakan-rakan. Acara kemuncak pada sebelah malam aku tak sempat nak join..

Yg paling best adalah pertemuan aku dengan org yang mula-mula meperkenalkan radio amatur kepada aku pada tahun 2001 atau 2002 kalau tak silap. Namanya Azmi(ex boss), callsign 9W2AQ

9W2KDU dan jualannya..beli-beli jangan tak beli..

Berbaris panjang mendapatkan goodies..macam kat IKEA ajer..

Huh..bergayut-gayut anten..anten

9W2FYZ, 9W2GUU, 9W2RBY, 9W2MEZ, 9W2KBM dan 9W2FRD dari kerayong,temerloh pun datang..bravo-bravo..

Pradas Megaeyeball Melaka 2008

Pesatuan PRADAS telah berjaya menganjurkan satu lagi program megaeyeball untuk ahli-ahlinya di Melaka pada 12,13 dan 14 Disember 2008, yang berakhir hari ini. Program ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dikalangan peminat radio dua hala. Program kemuncak adalah pada sabtu malam dimana pihak PRADAS telah dikunjungi oleh Datuk Bandar Melaka. Pada malam berkenaan juga diadakan live band, karaoke dan kotak beracun.
Aku sempat singgah sekejap pada malam berkenaan. Sekadar bertemu dengan rakan-rakan disana. Berikut adalah sikit sikit photo yang sempat dirakamnkan. Namun kerana keadaan yang agak gelap-gulita jadi photo yang dirakamkan agak kurang menyerlah begitu..

Huh bestnya live band ni..macam-macam jenis lagu boleh main..cakap apa sahaja dangdut,iban, indon, rock,ago-go..semua tak bergerak dari kerusi.

Sebahagian penonton termasuk PRUD, pak maulud yang begitu asyik sekali mendengar lagu Inul..bapak..bapak...ibu..ibu...

Tak sangka Rahmat(PRRMT) banyak menang hadiah walaupun makan bertih jagung 4 butir ajer sehari..

"Mat..aku air kelapa ni macam rasa air Coke ler.."kata PRCYN. "Cis..tak kesah ler..aku nak ratah kambing panggang ni..ko jgn kacau PRMJ


"Susah betul nak tangkap kambing dalam gelap..nasib baik aku bawak lampu" kata PRCAE. "Humm nasib baik jugak aku bawak anak gajah aku..boleh tolong suluh pakai sportlight" kata PRMG

Adik..adik semua sila bangun dan ucap selamat malam cikgu....

" Rudy ni tak ada kerja lain..dahlah datang lambat..pastu menyilaukan mata org ajer ambik gambar tuh.." kata PRCD. " Ah peduli apa pak lan yang penting gambor kita masuk blog rudy.." kata PRUD

Pak presiden berkata "Datuk..bila nak join PRADAS"..Kata Datuk Bandar "Tak kesah..bila-bila masa pun boleh..tapi camana nak bercakap..ada kursus ke?"

" Syyy..jgn bagi tahu orang..ko ada dengar apa-apa cerita terkini ke pasal si anu tuh?" tanya PROB . " Huh..jgn bising-bising..ok mcm ni...QRT,QSO,QRD,QSM..pastu ART,CDD,BDDD..cam tulah..." kata PRMJ.."Oooo..mcm tuhh" kata PROB

Rilek bang..abang tak bersalah..he he jangan terkejut mcam tuh..


Banyak lagi photo click sini

Wednesday, December 10, 2008

Network Congestion adalah kegagalan kepada sistem GSM

On the afternoon of May 12, 2008, Wenchuan Area of China's Sichuan province was struck by an earthquake. Communications in some of the surrounding areas are currently cut off, and communications in some other areas are experiencing network congestion because of drastically increased traffic. Dipetik dari http://www.arrl.org/news/stories/2008/05/13/10095/?nc=1

Merujuk kepada petikan diatas sewaktu kes tanah runtuh bukit antarabangsa baru-baru ini saya baru teringat ketika cuba menghubungi 2 rakan radio ham yang berada ditempat kejadian adalah satu kepayahan kerana network congestion. Ini bermakna walaupun sistem GSM tidak gagal tetapi didalam waktu disaster ia memang tidak 100 percent berfungsi kerana masalah network congestion ini.

Jadi renung-renungkan akan kebergantungan sistem komunikasi yang sedia ada ini akan kepada terlalu banyak faktor penentu termasuklah kapasiti dan kepadatan penggunaan yang menyebakan network congestion didalam satu-satu masa yang akan membolehkan kegagalan sistem GSM(contohnya) itu sendiri.

Akhirnya Radio Amatur adalah penyelesaian yang terbaik didalam kecemasan.Ini kerana network congestion bukanlah masalah yang akan terjadi kepada radio amatur..atau adakah ada mana-mana pihak yang masih belum menyedari akan hal ini.

Kenali ARES

Aku nak menyambung sikit lagi cerita pasal bencana alam ini. Sebagai ahli amatur khidmat radio kecemasan adalah kepakaran kita sebenarnya. Kita tak boleh menyaingi Bomba atau SMART yg memang arif dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat. Namun sumbangan kita adalah bantuan komunikasi kecemasan, sebab ini adalah kepakaran kita.
Untuk itu elok jika kita mengenali beberapa kelab radio kecemasan diperingkat luar negara sebelum kita melihat pencapaian di Malaysia.

Satu contoh yang penting adalah di US sendiri iaitu ARES. ARES adalah singkatan kepada Amateur Radio Emergency Service (ARES). Ia terdiri dari pemegang lesen radio amatur yang mendaftar kepakaran dan peralatan mereka secara sukarela apabila berlakunya bencana alam. Setiap pemegang lesen radio amatur dari mana-mana kelab sekalipun sama ada ARRL atau mana-mana kelab negeri adalah layak menjadi ahli ARES. Satu-satunya kelayakan yang paling utama adalah kemahuan untuk membantu.( di petik dan diolah dari ARRL)


Salah satu kelab yang ada dibawah ARES adalah Tri States Amateur Radio Club. Kelab ini mempunyai peralatan SSB, CW, APRS, GPS , radio direction finding dan ATV. Mereka turut mengedalikan HF, VHF and UHF. Semua peralatan mereka dijalankan dengan bateri dan di backup oleh 15KW genset.

Ini sedikit kisah mereka yang saya petik dari ARES...

We are nonprofit group of volunteers that specialize in disaster recovery and emergency communications. The van is a 1971 CHEVROLET we spent 7 years restoring it. The van has been redone top to bottom, front to back, inside and out. We have communications equipment that will send a massage down the block, around town or around the world when needed. We just started our web page, you can see a little more about us by going to Tri-States Website If anyone has any ideas where we can get a grant to help us with this project please contact me at leewalt@powerbank.net
.
The Tri States Amateur Radio Club, Inc. A R E S group for the past five years we have been trying to get Federal Surplus equipment to help us with the work we do. We are a nonprofit 501C3 group doing what every A R E S and RACES group does. I have found an ARES group in Utah and another in Louisiana that have or are getting G.S.A. Federal surplus property to use. Our group has been turned down two times, even though we are 501C3 and we do exactly what they do. What I have been able to find out is, the Federal laws are NOT handled the same in every state !


Bahagian dalam Van Kecemasan. Pelbagai peralatan disediakan. Ala-ala bomba mcm gitu.

Sebahagian Petugas Radio Amatur

Control Room dalam Van

Van yang digunakan semasa bencana alam

Jualan burger untuk menampung perbelanjaan kelab.

Tuesday, December 9, 2008

Ribut Katrina Lousiana dan Radio Ham

Lihatlah rakan-rakan radio ham kita sewaktu berkerja keras membantu sewaktu ribut taufan Katrina.

Jerry - W5NJJ worked to restore his repeater to full operation within hours after the winds subsided and allowing him to work. He tended the generator that charged batteries. Sleeping 3 or 4 hour at a time so the generator can be fueled and the batteries maintained, this 85 plus year old Ham has given the local operators the ability to help others. This went on for 2 weeks until his power was restored.

Tony – KD4SSQ help open a Red Cross Shelter the day before Katrina hit Southeast Louisiana. He, and his brother Gerard Tango - KD5SSR stayed for 7 days and nights providing needed communications. When not acting as the communications link, they pitched in serving meals, assisting security and any other task of them.

Harris - KB5BFK was attempting to remove a generator from his truck when a Oak tree crashed onto his truck. With a 5 inch gash on his forehead, and no way to reach a hospital for over 2 days, Harris was the net controller for 18 hours a day. Once we could get him the the hospital, he was checked and released, and within a few hours, he was back on the air until a fever of over 103 put him back in the hospital for better part of a week.

Noel Jr. - KC5CSN setup replacement antennas once the winds dropped below 50 MPH, them wend on to assist the American Red Cross with their ECU (Emergency Communications Unit) that arrived after the hurricane with no operator. For the next 2 weeks he assisted, and in some cases installed and repaired equipment with little tools and parts to work with.

Larry - KD5LWJ operated as control operator for the EOC (Emergency Operations Center) for Tangipahoa Parish. He and other local Hams relayed messages between St. Tammany E.O.C. and local Red Cross and the State E.O.C. in Baton Rouge.

James - K5QNT & Bob K5NDT members of the Southeast Louisiana A.R.C. setup H.F. operations between the St. Tammany Parish hospital in Covington, LA and the Heart Hospital in La Combe. LA. and the Hospital in Franklinton, LA. providing a reliable link for the hospitals. In one case, they assisted in saving the life of a patient in Franklinton by getting a life flight to the hospital. The patients injuries were beyond what the small hospital could provide.

Mike - W5PY operated at the Slidell hospital for three weeks after the hurricane completely destroyed his home. Passing medical request to other hospitals, conducting health & welfare, Mike stayed on the job serving others while his home and property was in shambles. He stayed at his post for well over 4 weeks passing all sorts of messages.

Mike - KB5OZE took over my job as Communications Chair for the 3 parish area when torn muscles in my leg prevented me from working after almost 3 weeks of swelling and pain. His efforts resulted in saving and transporting over 5 tons of meat from a storage felicity in Slidell, LA that lost their freezers. After I got a freezer truck from Wal-mail, he lead to Slidell and inspected the meat to insure only frozen meat was loaded into the trailer. The froze meat was taken 25 miles to the First. Baptist Church in Covington, LA. where it was cooked and loaded onto Red Cross ERV's to feed the victims the devastated region.

K5AH - Edward returned home while the winds were still blowing. Being on the fringe area of the disaster, Ed began taking Health & Welfare messages and relaying them on H.F. and by phone when possible. Day after day, Ed stayed on the radio doing a job for free that many would not do for pay. As a ham I understand we are called amateurs, but their was nothing amateur about the way these operators did their jobs.

KE5EKG - Simona, a new Ham that was uncomfortable talking on the radio, nevertheless running a net sucked it up and took over the 5LA net in the evenings for over 4 days as operations started up.

KE5FHP - Carlos, in the days following Katrina, he was between the Covington area and the Mississippi Gulf Coast. During his daily travels he reported on damage and blocked roads that was relayed to the different authorities.

KE5FHO - Paul, another new Ham that works for WVUE as a photographer. During his travels in the early days of the recovery, Paul also reported on damage and other conditions that were relayed through the NO5LSA net control and on the authorities.

dipetik dari www.ares.org

Radio Amatur dan Kecemasan

Setiap mana-mana rakan SWL yang ingin menyertai radio amatur akan dimomokkan dengan ungkapan bahawa radio amatur sangat penting dalam kecemasan. Namun tak ramai yang menyedari ataupun cuba meleraikan apa sebenarnya ungkapan tadi. Jika nak dikata komunikasi lain seperti handphone rasanya handhone atau GSM lebih banyak berguna, lebih mudah dan lebih cepat. Kadangkala radio amatur menghadapi kesukaran yang lebih berbanding handphone seperti tidak ada coverage, signal kurang baik dan macam macam bentuk obstacle. Jadi dimana letaknya fungsi radio amatur ini?? Saya cuba merungkai permasalahn dan kerungsingan ini melalui idea saya sebelum menunaikan maghrib petang ni..

1) Radio amatur berfungsi menyampaikan maklumat tanpa henti...24 jam sehari. Takkan kita nak guna handphone untuk menyampaikan maklumat tanpa henti. Contoh dalam kes tanah runtuh bukit antarabangsa. Control room di PBSM akan menghubungi mobile station dan medic station yang dibina di bukit antarabangsa. Semuanya beroperasi 24 jam without any bill.
2) Radio amatur memberikan broadcast. Ramai pihak terutama radio ham yang membuka frekuensi yang sama turut monitor dan mendengar maklumat yang disampaikan untuk melakukan tindakan selanjutnya. Jika handphone pasti 2 pihak sahaja yang mendengar.
3)Jika wired cable iaitu contoh fiberoptic yang menghubungkan ibusawat telekom putus akibat bencana gempa bumi maka radio amatur akan terus boleh berkomunikasi tanpa halangan. Tetapi ada pula pihak yang mengatakan handphone masih berfungsi walaupun telefon tetap rosak. Betul..tetapi apa jadi kalau tower maxis/celcom roboh..rangkaian microwave maxis/celcom pun rosak..Bukankah radio amatur masih berfungsi.
Hmm..banyak betul idea saya ni tapi kena menunaikan apa yang wajib dulu..nanti saya sambung semula..

9.06pm lepas makan malam aku sambung balik pasal radio amatur(RA) dan kecemasan ini. Jadi itu antara 3 keadaan yang membuktikan bagaimana RA ini membantu dalam kecemasan. Lain-lain keadaan yang turut boleh kita pertimbangkan adalah:-

4)Jika sesuatu terjadi yang memerlukan komunikasi kecemasan maka radio ham adalah orang atau pihak yang terbaik perlu dijadikan sandaran untuk komunikasi kecemasan. Ini kerana radio ham boleh berkomunikasi dalam apa keadaan sekalipun. Sehingga bekalan elektrik terputus RA masih boleh berhubung menggunakan genset, atau bateri jika genset kehabisan minyak. Malahan dalam kes yg paling extrim sekalipun kuasa solar boleh digunakan untuk menggantikan bateri yang sudah kehabisan kuasa. Hmm... begitu tragik dan bergunanya RA ini sehingga ke akhir nyawa.
5)RA menjadi one stop centre untuk menghubungkan semua pihak yang terlibat dalam kecemasan sama ada Bomba, SMART, PBSM, Polis, Tentera, Hospital, MERCY Malaysia,Yayasan SALAM atau siapa sahaja yang terlibat dalam bantuan kecemasan. Bayangkan, jika setiap pihak katakan Polis dan tentera menggunakan sistem radio komunikasi masing-masing yang berlainan frekuensi. Agaknya bagaimana mereka ini ingin bercakap sesama mereka. Ibarat saya sedang menonton TV3 dan anda menonton TV1, bagaimana agaknya untuk kita berdua mendapat berita dan maklumat yang saksama.

Jadi besar sungguh dan hebat sungguh Radio Amatur ini sumbangannya kepada dunia kecememasan. Namun adakah kita semua yang bermain dengan hobi ini sudah cukup bersedia untuk membantu negara kita sekiranya malapetaka yang lebih besar terjadi. Fikirkanlah..
Apa persiapan kita? Apa peralatan kita? Fikirkanlah..

Saturday, December 6, 2008

MARES and Bencana Bukit Antarabangsa

Tahniah kepada pihak MARES kerana telah berusaha keras membantu dalam kejadian Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Pada masa saya menulis ini saya baru sahaja keluar dari pusat Control MARES di PBSM Jalan Ampang.
Pada masa ini 9M2AU,9M2SQL,9W2BBS(sekadar yang terlintas) dan ramain lagi(sila lihat senarai kehadiran) sedang bertungkus lumus membantu pihak PBSM dikala kita semua sedang bergumbira mahu balik raya ke kampung..tahniah untuk yang terlibat.
Berikut adalah photo yang sempat saya rakamkan untuk tatapan umum. Jika ada maklumat terkini dan panas saya kan upload di blog ini secepat mungkin.

Ibupejabat PBSM dan Bilik Control MARES

Laporan terkini

Ahli MARES sedang bertugas di Control Room

Perbincangan sesama ahli untuk melancarkan kerja

9W2XMS dan SWL AIE sedang merelay maklumat antara control dan mobil

anytime anywhere

peyelarasan siapa yang bertugas sedang dilakukan

Senarai rakan radio ham yang melaporkan diri(setakat jam 3pm). Tahniah dan terima kasih kepada semua.