Sunday, May 25, 2008

Sambutan Hari Ibu Astra Wilayah Tengah

Pada 24 Mei 2008 Pihak Astra Wilayah telah mengadakan Sambutan Hari Ibu bertempat di Dewan JKKK Batu 3 Shah Alam.
Majlis ini bermula jam 8 malam sehingga jam 12 tengahmalam. Tahniah kepada Astra Wilayah tengah kerana julung-julung kali menganjurkan program seperti ini. Program ini mendapat sambutan dari seluruh ahli ASTRA dengan kehadiran tetamu melebihi 200 orang. Malahan ahli-ahli Astra diluar Selangor Seperti Negeri Sembilan, dan Melaka turut hadir.
Pelbagai program menarik dihidaangkan seperti persembahan live band oleh Kumpulan November 8, Persmbahan solo oleh 9W2MUC,9W2RDY,9W2FRU dan Cabutan Bertuah. Acara kemuncak pada malam berkenaan adalah Anugerah Ibu Mithali dan Anugerah Ibu Cemerlang. Anugerah Ibu Mithali telah dianugerahkan Puan Jamaliah Hj Ahmad iaitu XYL kepada 9W2YR dan Puan Habibah Mohd Amin iaitu XYL 9W2MDY. Manakala Anugerah Ibu Cemerlang adalah dianugerahkan kepada Puan Intan Baizura Bte Yusof iaitu XYL 9W2BDZ dan kedua adalah XYL kepada 9W2BCT.
Tahniah kepada pengerusi Biro Wanita iaitu SWL Maya yang turut dibantu oleh AJK-AJK Astra Wilayah tengah termasuk 9W2YR,9W2BDZ,9W2MSG,9W2SZR,9W2MUC,9W2MEZ,9W2REJ,9W2RIE, 9W2FRU,9W2TOM,9W2WAS dan lain-lain.


























Lagi gambar..














9W2REJ..Pak Rudy



9W2XLT.. Pak LT

Wednesday, May 14, 2008

Radio Ham dan Gempa Bumi Di China

Ikuti berita yang dpetik dari ARRL ini. Lihat bagaimana Radio Amatur sangat diperlukan ketika kecemasan dan kemusnahan. Adakah kita juga sebagai warga ham sudah bersedia untuk menghadapi semua ini..ikuti berita ini.

Radio Ham helps earthquake in China!

Tuesday, May 13, 2008

Memantapkan Sistem Komunikasi Bencana Negara

Negara China telah dilanda gempa bumi yang teruk beberapa hari yang lepas. Yang pasti banyak bangunan yang runtuh dan kemusnahan kepada infrastruktur termasuk komunikasi dan internet. Apalagi yang boleh menghubungkan semua penyelamat dan mangsa hanya radio. Apakah persediaan Negara Malaysia untuk menghadapi situasi ini. Fikirkanlah..

Radio Amatur Jadi Penyelamat

Sekali lagi radio amatur menjadi penyelamat. Kali ini pada 10 Mei 2007 sepasukan radio penyelamat yang disertai oleh JPA 3, PRADAS, MARES, Jeep Auto telah memberikan bantuan terhadap sepasukan pendaki gunung dari Putrajaya Holdings.

Pada jam 6.30 petang hari tersebut salah seorang pendaki gunung yang bernama Norman Marjuki ( callsign 9W2NUR )telah membuat satu panggilan kecemasan melalui radio amatur (frekuensi V38). Seorang pengendali radio amatur 9w2PCD kebetulan pada hari yang sama sedang berkumpul disebuah rumah rakan dan menerima panggilan 9W2NUR. Pada masa yang sama Leftenan Firdaudin dari JPA3 iaitu pemegang callsign 9W2FID yang turut sama berada bersama 9W2PCD dan 9W2REJ telah menghubungi unit JPA3 bagi memberikan bantuan berkenaan. Berita lanjut di Tv3. Tahniah dan syabas kepada rakan rakan radio ham.

Friday, May 9, 2008

Telekom Open Day _ MARES

Pada 10 dan 11 Mei 2008 pihak MARES telah dijemput oleh pihak TM untuk menyertai TM Karnival yang bertempat di depan Pasar Borong Selangor. 9W2ROI dan XYL serta 9W2REJ DAN 9W2MEZ telah sampai ketapak pemran seawal jam 8.30 pagi. Kemudia diikuti oleh beberapa rakan MARES yang lain seperti 9W2PRO, 9W2BBS, 9W2TPT dan ramai lagi..TAHNIAH KEPADA MARES SEKALI LAGI kerana berjaya menyertai event yang gilang gemilang ini..