Sekali lagi radio amatur menjadi penyelamat. Kali ini pada 10 Mei 2007 sepasukan radio penyelamat yang disertai oleh JPA 3, PRADAS, MARES, Jeep Auto telah memberikan bantuan terhadap sepasukan pendaki gunung dari Putrajaya Holdings.
Pada jam 6.30 petang hari tersebut salah seorang pendaki gunung yang bernama Norman Marjuki ( callsign 9W2NUR )telah membuat satu panggilan kecemasan melalui radio amatur (frekuensi V38). Seorang pengendali radio amatur 9w2PCD kebetulan pada hari yang sama sedang berkumpul disebuah rumah rakan dan menerima panggilan 9W2NUR. Pada masa yang sama Leftenan Firdaudin dari JPA3 iaitu pemegang callsign 9W2FID yang turut sama berada bersama 9W2PCD dan 9W2REJ telah menghubungi unit JPA3 bagi memberikan bantuan berkenaan. Berita lanjut di Tv3. Tahniah dan syabas kepada rakan rakan radio ham.
No comments:
Post a Comment