Monday, November 30, 2009

Kelas Kemahiran Radio Amatur 2

Pihak Kramat sekali lagi akan menganjurkan Kelas Kemahiran Radio Amatur 2.
Maklumat lanjut adalah:-

Tarikh: 12 Disember 2009
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
Bayaran : RM90.00
Nota,Sijil dan makan-minum turut disediakan.

Bagi yang berminat sila sms NAMA PENUH_NO IC ke 012-3050205.

Pada sesi yang lepas kesemua pelajar kelas RAE Kramat telah lulus didalam peperiksaan RAE.

Tuesday, October 27, 2009

Pameran Radio Amatur di Hari Kokurikulum SKPU 2

7 November 2009, pihak kramat dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur sempena Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Ringkasnya seperti berikut:-


Tarikh: 7 November 2009
Masa: 9.00am hingga 12.00 noon

Mana-mana ahli yang berminat untuk bertugas secara sukarela pada hari berkenaan sila hubungi saya di talian 012-3050 205


Semua rakan radio dijemput untuk memeriahkan suasana..

Sukarelawan Radio Amatur Universiti Diperlukan

Hi..satu aktiviti bersama salah satu Stesyen Radio terkenal di Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat. Kami memerlukan seramai mungkin wakil-wakil yang mempunyai callsign 9W2 atau 9M2 yang sedang belajar atau berkerja dimana-mana Universiti di tanahair.

Sila hubungi saya sekadar yang segera melalui hendphone 012-3050 205.

Program secara langsung ini memerlukan khidmat anda semua disamping mempromosi radio amatur kedunia luar..

Global SET

Pada bulan November 2009 nanti, akan berlangsung Global SET yang dianjurkan oleh Disaster Division IARU Region 3. Butiran terperinci adalah seperti di bawah :

Hari : Sabtu
Tarikh: 14 Nov 2009
Masa : 1800-2200 UTC (2.00pagi hingga 6.00 pagi 15hb Nov 2009 Waktu Malaysia )

Global SET adalah simulasi Relay Emergency message dari satu station kepada station yang lain dengan menggunakan format yang telah di tetapkan.

MARES memerlukan sukarelawan operator dan juga pinjaman peralatan bagi menjayakan acara tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di emel 9m2sql@mares.org.my atau no. telelefon 017-6391632.

Penerangan lanjut akan diberikan kepada sukarelawan kemudian nanti.

Sekian, terima kasih.

Maklumat Lanjut


Jomlah join..maaf aku tak leh join..aku ada kursus masa tu..

Monday, October 12, 2009

minit minit terakhir sebelum CW test

CW Cara Baru

Ni aku dapat dari 9W2FRD atau coming soon 9M2 dot dot dot(baru lulus CW). Katanya dia dapat dari 9M2RT..trylah..cukup menghiburkan music yang telah diolah dengan CW ni..FREE DOWNLOAD NOW!!

Sunday, October 11, 2009

Sambutan Raya Astra Tengah

Sambutan Hari Raya Astra Wilayah tengah telah diadakan pada 10 Oktober 2009, baru-baru ini. Sambutan berkenaan diadakan dirumah 9W2THA, Bukit Puchong. Lebih 200 ahli radio amatur dari pelbagai kelab menghadiri majlis berkenaan. Majlis turut dilengkapi dengan kutipan derma untuk 9W2OKU yang mengalami kemalangan baru-baru ini.

Untuk 9W2THA...terima kasih banyak-banyak bang aji sebab sponsor jamuan malam tu dan menjadi host...jasamu tidak akan kami lupakan..






lain-lain photos