Saturday, February 5, 2011

Penubuhan JPAM Daerah Bera






Baru-baru ini pada 23 Januari 2011 telah diadakan satu perjumpaan bakal-bakal anggota JPAM di Pejabat Penghulu Daerah Bera, Pahang. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh En Hezri, JPAM Pahang dan En Muzaidi, JPAM Temerloh.
Turut hadir adalah 3 lagi anngota JPAM dari Temerloh dan Kuantan, selain 19 orang anggota baru dari Daerah Bera.
JPAM Bera telah dicadangkan untuk ditubuhkan memandangkan masih tidak ada unit atau pejabat JPAM bagi daerah Bera. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat JPAM Pahang untuk menubuhkan pejabat bagi setiap daerah di Pahang yang mana pada masa ini Bera, Cameron, Bentong masih lagi tidak ada pejabat JPAM.
Penubuhan JPAM Bera ini diharapkan dapat menyediakan sebuah pasukan kecemasan JPAM yang khusus bagi daerah Bera ini. Terima kasih kepada 9M2ADH, Adha kerana berusaha keras untuk mengumpulkan ahli-ahli JPAM bagi daerah Bera. Juga untuk rakan-rakan radio yang lain seperti 9W2SZA, 9M2MZR, dan juga yang lain-lain.