Tuesday, May 17, 2011

Notis SKMM No.1/6/2004

Notis SKMM di bawah adalah lanjut kepada penerangan SIRIM di Hamfest baru-baru ini. Notis yang bertarikh 27 may 2004 ini membolehkan kita menggunakan senarai peralatan seperti yang disenaraikan tanpa perlu mendapat pensijilan(certified) sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.

Perkara ini sudah menjadi pengetahuan kepada semua rakan-rakan yang lain, namun yang masih belum berkesempatan melihat senarai berkenaan, blog ini telah melampirkan dokumen berkenaan.

Sekiranya peralatan anda tidak ada di dalam senarai berkenaan, maka eloklah dihantar ke SIRIM untuk mendapat pengesahan dan pensijilan. Walaubagaimanapun ada banyak aturannya yang perlu dilalui termasuklah mesti membawa bersama-sama permit import radio berkenaan.

Satu soalan menarik yang telah dijawab semasa sesi berkenaan adalah " ada sebilangan kecil peminat radio amatur yang mendapatkan permit import, tetapi setelah mendapat barangan berkenaan tiada yang menghantarkanya ke SIRIM untuk pengesahan selanjutnya"

Sama-sama fikirkan untuk kebaikan bersama yer..

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B3fMMBngcgUzZGJlMGQ1ZGYtZjNiYy00NzY4LTkxOTQtNTI5M2JlOTQ1ZWFi&hl=en&authkey=CPHBs8QB

Monday, May 16, 2011

Slide Taklimat SIRIM Hamfest 2011

Rakan yang dihormati, bagi yang tidak berkesempatan hadir ke taklimat SIRIM semasa Hamfest 2011, berikut adalah slide yang berkaitan untuk bacaan.

Harap semuanya dapat mengedarkan dan membuat link kepada rakan-rakan yang lain juga.

Selamat membaca dan fikir-fikirkan dan bincangkan apa yang kita boleh lakukan untuk kebaikan semua peminat radio amatur.


Tak tau pasal apa, try byk kali tak boleh nak buat link kat sini..so kalau nak tengok just copy dan paste link dibawah ke url anda..

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B3fMMBngcgUzNGZhOTc4MjQtODAxMi00NjIwLTk0NTEtNzhlNzZmMDc2YmQz&hl=en

Prosedur Mendapatkan Stiker Sirim

Baru-baru ini aku telah mendengar taklimat dari SIRIM QAS sempena hamfest 2011. Setelah berbicang dengan agak panjang lebar bersama Pengurus SIRIM sedikit demi sedikit telah mula kelihatan akan banyaknya usaha yang perlu dilakukan oleh semua peminat radio. Usaha ini boleh datang dari individu atau persatuan2 atau gabungan mana-mana persatuan. Usaha yang dimaksudkan adalah mendapatkan lebih kemudahan untuk semua peminat radio. Ini termasuklah perkara-perkara seperti :-

1) Yuran pemeriksaan SIRIM yang lebih murah
2) Senarai peralatan radio yang dikemaskini(sebab senarai yang ada sekarang ni sejak tahun 2004)
3) prosedur mengimport, dan memiliki radio secara lebih mudah dan murah mengikut prosedur yang betul.

Semuanya ini memerlukan pengorbanan, kesatuan dari semua ahli. Memetik kata-kata pengurus SIRIM

"Persatuan-persatuan sepatutnya bersatu dan membuat perbicangan dengan SIRIM dan SKMM, bagi mencapai hasrat yang terbaik untuk peminat radio"

" Kami pun tahu peminat radio amatur banyak membantu negara didalam kecemasan, bencana dan lain-lain khidmat masyarakat"

Jika ada kelapangan nanti akan aku muatkan video ucapan beliau berkenaan.

Saturday, May 14, 2011

Hamfest 2011

Bersama 9M2QQ..sempena Hamfest 2011 yang diadakan di KL Tower dari 13-14 Mei 2011.