Baru-baru ini aku telah mendengar taklimat dari SIRIM QAS sempena hamfest 2011. Setelah berbicang dengan agak panjang lebar bersama Pengurus SIRIM sedikit demi sedikit telah mula kelihatan akan banyaknya usaha yang perlu dilakukan oleh semua peminat radio. Usaha ini boleh datang dari individu atau persatuan2 atau gabungan mana-mana persatuan. Usaha yang dimaksudkan adalah mendapatkan lebih kemudahan untuk semua peminat radio. Ini termasuklah perkara-perkara seperti :-
1) Yuran pemeriksaan SIRIM yang lebih murah
2) Senarai peralatan radio yang dikemaskini(sebab senarai yang ada sekarang ni sejak tahun 2004)
3) prosedur mengimport, dan memiliki radio secara lebih mudah dan murah mengikut prosedur yang betul.
Semuanya ini memerlukan pengorbanan, kesatuan dari semua ahli. Memetik kata-kata pengurus SIRIM
"Persatuan-persatuan sepatutnya bersatu dan membuat perbicangan dengan SIRIM dan SKMM, bagi mencapai hasrat yang terbaik untuk peminat radio"
" Kami pun tahu peminat radio amatur banyak membantu negara didalam kecemasan, bencana dan lain-lain khidmat masyarakat"
Jika ada kelapangan nanti akan aku muatkan video ucapan beliau berkenaan.
No comments:
Post a Comment