Tuesday, June 24, 2008

RAE 2008 June Kembali!!!

Tahniah dan syabas kepada lebih kurang 600 orang calon 9W2... yang telah mengambil Ujian RAE pada 24 June 2008, jam 2pm di Sunway Convention Centre. Ramai jugak dan tak kurang 200 orang rakan-rakan Ham 9W2 dan 9M2 yang menghadirkan diri memberi sokongan kepada rakan-rakan SWL. Semoga anda semua akan mencapai kejayaan.
9w2VMS(abg),9w2FYZ(faisal),9w2SZA(pak zuan),9w2RZL(abg rizal), penulis blog (akulah)

Semua sedia..untuk berjuang

9w2SZA dan SWL Budin (dua-dua dari Temerloh)

Rakan-rakan PRADAS mengambil AA terbaru..

SWL Wak Terbang, SWL MRB, dan Pak Long..9w2LLH

SWL Maya dan 9w2SZQ

Sunday, June 22, 2008

PRADAS @ TV3

Ahad 23 June 2008, pihak PRADAS telah dijemput oleh pihak TV3 untuk menjadi tetamu bagi memeriahkan rancangan Sorak Borak Bola Euro 2008 oleh TV3. Rancangan yg ditaja oleh CELCOM ini telah dihadiri oleh lebih kurang 50 ahli PRADAS. Program bermula secara Live pada jam 1pagi dan berakhir pada jam 2 pagi. Program ini turut diserikan oleh saudara Din Beramboi dan Ally Iskandar..Tahniah kepada PRADAS.


Bakal pengulas sukan Euro 2010..he he..PREH,PRVQ,PRQZ,PRVO

Bergambar sebelum siaran langsung dimulakan



Ally Iskandar menemuramah tetamu

Presiden PRADAS(pak zek) menyampaikan cenderamata kepada Ally Iskandar

Para Peminat Din Beramboi

Penulis meminjam rambut Din Beramboi..

Simplex Puchong to Temerloh, Phg

Sabtu 22 June 2008, lebih kuurang jam 3pm saya telah melakukan simpolex kali ke 3 bersama-sama dengan 9W2SZA, Pak Zuan dari seberang temerloh, pahang. Saya seperti biasa menggunakan antenna double zepp ketinggian 20 kaki dari paras bumi.

Friday, June 20, 2008

tanggo dgn 9w2muc, swl maya, 9w2mez

Makan dan minum di hentian kajang. Bincang pasal projek terkini Astra, iaitu mega eyeball di morib 5 dan 6 july ni. Turut sama harmonic kedua dua pasangan romantik muc dan maya

Monday, June 16, 2008

mobile lah pulak

Hi. Aku dah upkan mobile blogger aku. So pas ni senang, boleh hantar photo terkini melalui mms aje. Ini gambar tempat kerja aku

Sunday, June 15, 2008

BBQ and eyeball rumah PRWM

Ahad, 15-6-08, Jam 8 malam satu majlis BBQ dan Mini Eyeball telah diadakan di rumah PRWM atau lebih dikenali dengan nama Wak Terbang. Saya telah bergegas datang kemajlis berkenaan sebaik sahaja tiba dari Raub, Pahang. Majlis ini turut dianjurkan bersama oleh PRCD atau 9W2PCD( pak roslan/ pak cd). Majlis turut dihadiri oleh Presiden PRADAS iaitu PRGE(Pak Zek) dan Timbalan Presiden Pak Mail (PRIY/9W2IYZ). Tak kurang dari 40 station menghadiri majlis berkenaan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan menggunakan Handphone 9w2MEZ..(sekali lagi saya terlupa membawa kamera digital).

Pak Mail(PRIY)berbaju merah disamping Pak Zek(PRGE) dan PRPV(berkopiah)


Harmonic dan XYL pun ramai yg hadir..


PRWZ(Bang Amri) atau 9w2KOE, PRQV, PRSC dan XYL PRWZ


PRSHA, PRHF, PRWZ dan PRLF






PRSWT, PRPQ dan PRRA

Thursday, June 12, 2008

Ulangtahun Pertama PRADAS

Pada 12hb June 2008 PRADAS telah menyambut ulangtahun yang pertama keputeraannya di Surau Kg Batu Tambahan dan Restoran Sarang Burung. Majlis doa selamat telah diadakan di Surau berkenaan. Manakal majlis makan-makan dan penerimaan AA bagi tahun 2008/2009telah diadakan di Restoran Sarang Burung. Tahniah kepada PRADAS dan semoga PRADAS akan bertambah maju pada tahun-tahun mendatang. Ingi gambar yg semapt dirakam menggunakan Handphone Nokia saya yg lama tu...73..









Wednesday, June 11, 2008

Monday, June 9, 2008

Cuti-Cuti Ke Melaka

Pada 4 hingga 6 June 2008 saya dan 9W2MEZ serta 3 harmonic telah bercuti ke Melaka.
Selama 3 hari 2 malam berkenaan kami telah disambut dengan mesra oleh warga ham Melaka.
Kami sungguh terhutang budi akan segala pertolongan dan layanan yang diberikan. Tidak lupa ucapam terima kasih kepada 9w2KKD, 9w2MTT, 9w2MHG, 9w2MTX, dan rakan SWL yang lain termasuk BDA, EAK, dan ramai lagi..
Di Melaka juga kami sempat berjumpa dengan 9w2MZR bersama keluarga yag kebetulan dari Pahang bercuti ke Melaka.

9w2MHG - Hisyam


9w2MTT - Abg. Basir


9w2MZR - Mazru


Tanggo tanggo Roti Naan sampai jam 1pagi..


Dengar Lawak Pak Alias


Sunday, June 8, 2008

Aktiviti Rakan Ham Bera, Pahang

Hi semoga terkhabar sihat semua. Topik hari ni yg ingin saya kongsikan adalah kegigihan dan keaktifan rakan ham dari bera, pahang. Saya difahamkan terdapat tak kurang dari 20 station yang mempunyai 9w2(data sebenar akan saya dapatkan).
Dijangka pada bulan jun 2008 ini tak kurang dari 60 station SWL yg akan mengambil RAE.
Antara aktiviti terbaru rakan dari bera ini adalah membina menara anttena 100 meter. Projek ini diketuai oleh 9W2FRD(saudara firdaus)dan dibiayai oleh SWL Budin. Berikut adalah gambar yg sempat dirakamkan 1 bulan yg lalu. Saya masih tida tahu akan status terkini projek ini. Nanti kita tunggu kesudahan projek ini..semoga berjaya

Lubang yang telah disediakan untuk menanam konkrit.Beberapa rakan lagi sedang bebincang termasuk 9w2AZA, 9w2RBY dan 9w2CYN, disamping 9w2FRD (memakai baju FIRE)