Tuesday, October 27, 2009

Pameran Radio Amatur di Hari Kokurikulum SKPU 2

7 November 2009, pihak kramat dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur sempena Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Ringkasnya seperti berikut:-


Tarikh: 7 November 2009
Masa: 9.00am hingga 12.00 noon

Mana-mana ahli yang berminat untuk bertugas secara sukarela pada hari berkenaan sila hubungi saya di talian 012-3050 205


Semua rakan radio dijemput untuk memeriahkan suasana..

Sukarelawan Radio Amatur Universiti Diperlukan

Hi..satu aktiviti bersama salah satu Stesyen Radio terkenal di Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat. Kami memerlukan seramai mungkin wakil-wakil yang mempunyai callsign 9W2 atau 9M2 yang sedang belajar atau berkerja dimana-mana Universiti di tanahair.

Sila hubungi saya sekadar yang segera melalui hendphone 012-3050 205.

Program secara langsung ini memerlukan khidmat anda semua disamping mempromosi radio amatur kedunia luar..

Global SET

Pada bulan November 2009 nanti, akan berlangsung Global SET yang dianjurkan oleh Disaster Division IARU Region 3. Butiran terperinci adalah seperti di bawah :

Hari : Sabtu
Tarikh: 14 Nov 2009
Masa : 1800-2200 UTC (2.00pagi hingga 6.00 pagi 15hb Nov 2009 Waktu Malaysia )

Global SET adalah simulasi Relay Emergency message dari satu station kepada station yang lain dengan menggunakan format yang telah di tetapkan.

MARES memerlukan sukarelawan operator dan juga pinjaman peralatan bagi menjayakan acara tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di emel 9m2sql@mares.org.my atau no. telelefon 017-6391632.

Penerangan lanjut akan diberikan kepada sukarelawan kemudian nanti.

Sekian, terima kasih.

Maklumat Lanjut


Jomlah join..maaf aku tak leh join..aku ada kursus masa tu..

Monday, October 12, 2009

minit minit terakhir sebelum CW test

CW Cara Baru

Ni aku dapat dari 9W2FRD atau coming soon 9M2 dot dot dot(baru lulus CW). Katanya dia dapat dari 9M2RT..trylah..cukup menghiburkan music yang telah diolah dengan CW ni..FREE DOWNLOAD NOW!!

Sunday, October 11, 2009

Sambutan Raya Astra Tengah

Sambutan Hari Raya Astra Wilayah tengah telah diadakan pada 10 Oktober 2009, baru-baru ini. Sambutan berkenaan diadakan dirumah 9W2THA, Bukit Puchong. Lebih 200 ahli radio amatur dari pelbagai kelab menghadiri majlis berkenaan. Majlis turut dilengkapi dengan kutipan derma untuk 9W2OKU yang mengalami kemalangan baru-baru ini.

Untuk 9W2THA...terima kasih banyak-banyak bang aji sebab sponsor jamuan malam tu dan menjadi host...jasamu tidak akan kami lupakan..






lain-lain photos

Thursday, October 8, 2009

9W2OKU Kemalangan

9W2OKU sewaktu TT di puchong suatu ketika dulu...

Pada 8 Oktober 2009, lebih kurang jam 7.00 pagi rakan kita 9W2OKU, Ab Aji telah ditimpa kemalangan jalanraya.
Sebagaimana yang kita kenal beliau seorang OKU dan menggunakan wheel chair pula. Kini beliau terlantar di Wad 3A, katil number 3 di Hospital Putrajaya kerana sebelah lagi kaki beliau telah cedera(kaki tercabut dari cawan peha).
Petang semalam kami sempat melawat beliau..walaupun kami byk berlawak kepada beliau namun hati kecilku terharu dan sedih dengan keadaan Abg Aji.
Mana-mana rakan yg sudi hulurkan bantuan setakat yang mampu..lawatilah beliau di hospital untuk memberi semangat kpd beliau.
Kalau dulu kaki kanannya lah membantu 100 untuk bertongkat berjalan, kerana kaki kiri lumpuh dari kecil...kini..kaki yang diharapkan cedera pula..
Semoga beliau cepat sembuh.............

Wednesday, October 7, 2009

Hmm..semoga berjaya

Semoga berjaya ku doakan kepada semua rakan-rakan yang mengambil CW test pagi tadi di MCMC.
Bagi kumpulan dari Bera iaitu 9W2FRD,9W2AZA,9W2RBY,9W2OZM,9W2ALU,9W2ADH,9W2SZA..hmm sapa lagi yer..semoga berjaya atas usaha keras anda..Maafkan aku sebab aku tak reti CW ni..Kalau nak ambik exam lagi 2 tahun pun aku tak confiddence..

HEHE..LEPAS NI BALIK KG JUMPA DENGAN 9m2 AJERLAH NAMPAKNYA!!!!

9M2MZR (ruku') sedang memerhati RBY,OZM dan FRD berlatih CW disaat-saat akhir

9M2AR memberikan tips dipagi berkenaan..terima kasih cikgu!!!!

9M2ZC sedang menghantar CW bertubi-tubi pagi berkenaan utk memberikan keyakinan kepada RBY, dan yang lain-lain.

Bakal 9M2 dari State of Pahang..kecuali yg baju merah kat tepi tu...

Semua calon CW dari semua state...

Lagi rakan-rakan radio ham

Hari ni Rabu 7-10-2009, 3 orang rakan radio ham mengunjungi pejabat aku di bukit puchong.
9W2HKM, hakimi dari Kelang datang nak tengok radio. Manakala 9W2MOK(Encik Mokhatar), callsign tu bakal beliau dapat nanti pun datang bersama-sama seorang SWL dari sekolah beliau.
Hujung minggu lepas sewaktu pulang dari Kuala Terengganu aku juga telah bertemu dengan 9W2WTR yang kebetulah sedang bermobil pulang ke Melaka.

aku dan 9W2WTR di sekitar jerangau jabor punya jalan da...


Terima kasih atas kesudian Guru Besar melawat saya di Bukit Puchong. Insyallah kita sama sama jayakan cadangan menubuhkan kelab radio amatur sekolah.


9W2HKM..datang jugak ke ofis aku..akhirnya