Tuesday, June 30, 2009

D-Tasik Eyeball

Baru-baru ni rakan-rakan radioham mengadakan satu dinner di restoran D-Tasik, Uniten Bangi. Lebih kurang 100 peserta menghadirkan diri termasuk 9 orang ahli ORARI. Tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan ini. Harapan masa depan buat lagi besar lagi..






lagi gambor..

Friday, June 26, 2009

Exam RAE JUN 2009

24 Jun 2009 bertempat di MATRADE tak kurang 600 calon 9W2 mengambil peperiksaan RAE pada kali ini. Rombongan dari Pahang sahaja datang dengan 1 bas..manakala dari Melaka datang dengan berbelas buah jelurpee.
Nampaknya rakan yang datang ke exam pada kali ini cukup bersemangat dan bersungguh-sungguh. Semoga kejayaan milik bersama. Untuk calon-calon yang menyertai kelas RAE anjuran Kramat dapat menggunakan segala ilmu yang diturunkan bagi menghadapai peperiksaan. Selamat berjaya.







Monday, June 22, 2009

Software soalan RAE

Untuk semua SWAL..try this..mana tahu ada yang akan keluar 24 jun ini..

Click link dibawah dan download..follow ajer step by step dan try jawab soalan-soalan yang disediakan..


software soalan rae

Thursday, June 18, 2009

Platun Rela Puchong Tekali

Tahniah kepada 9W2XMP(salah seorang rakan lokalan puchong dan jugak ALK Kramat) kerana baru-baru ini beliau telah dinobatkan sebagai Pegawai Rela Terbaik Keseluruhan bagi Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor.

Atas kejayaan itu beliau jugak akan menubuhkan satu platun Rela bari bagi kawasan Puchong Tekali. Untuk mana-mana rakan yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli rela dengan XMP secepat mungkin.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-3031188/013-2551177 sekadara segera yang mungkin.

Marilah sama-sama kita menjadi ahli RELA untuk menjaga ketenteraman negara dari musuh durjana.

Gambar 9W2XMP semasa menerima anugerah peserta terbaik keseluruhan..tahniah sekali lagi kepada beliau

Radio Amatur Hanya Hobi

Rakan-rakan terpanggil aku menulis kerana sejak kebelakangan ini ada banyak situasi yang muncul berkaitan hobi kita semua ni.
Ada beberapa event yang menarik antaranya ramai yang meluahkan perasaan berkaiatan dengan hobi ini di blog masing-masing. Ada yang kurang puas hati dengan kumpulan radio tertentu, ada yang kata radio amatur zaman sekarang kurang berkualiti,tak kurang ada yang merajuk dan macam macam lagi persoalan dan keadaan yang wujud.
Apa sahaja yang timbul nampaknya macam seolah-seolah ada yang tidak kena dengan kumpulan-kumpulan tertentu dan wujudnya kumpulan-kumpulan dalam radio ni.
Heran dan menyedihkan dengan apa yang berlaku!!
Bagi ku walaupun baru dalam hobi ini tetapi tiada apa yang terlalu mengujakan dalam hobi ini sehingga boleh menjejaskan periuk nasi orang lain. Kecuali kalau kita sendiri terlalu taksub dan fanatik dengan sesuatu termasuk hobi ini sehingga kita hilang masa untuk kerja, kita hilang kawan kerana selisih faham dan kita hilang waktu untuk solat kerana radio..ini yang sepatutnya kita fikirkan.
Bukan ingin merangsang untuk kita mengurangkan minat terhadap hobi ini tetapi apalah gunanya kita berkumpul didalam satu kumpulan yang kecil tetapi akhirnya kita bercakaran..lebih baik kita duduk diam sorang-sorang daripada kita mencipta musuh setiap hari...lebih baik jangan main radio
Relax..rakan-rakan dunia hanya sementara..yang agama sepatutnya kita usahakan dengan lebih bukannya hobi ini yang perlu kita jadikan sebagai kayu pengukur didalam kejayaan kita sehingga apa yang radio ham lain lakukan tidak betul sahaja.
Fikir..fikirkan..aku memang tidak pandai tetapi sekadar berkongsi idea.

Menemplak orang lain, mengutuk orang atau kumpulan lain, membuat fitnah, mengadu domba bukan budaya ku..kalau ini yang rakan radio bawa, maknanya anda sendiri yang mencipta masalah bukan org lain yang buat masalah kepada anda.

Kenapa kita perlu taksub berlebihan sehingga ini tak betul..itu tak betul, kenapa macam ini, apa halatuju, apa-apa dan apa ini semua. Adakah kita sudah terlalu bagus sehingga hobi ini kita jadikan sebagai landasan untuk mengumpan musuh dan kawan menilai prestasi kita...menilai kemajuan kita..menilai kebijakan kita. Fikirkan...

Monday, June 15, 2009

Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE

Satu kelas ulangkaji soalan-soalan RAE akan diadakan seperti berikut.

Kelas Ulangkaji Soalan-soalan RAE
Tarikh : 20 Jun 2009
Masa : 8.00 Malam
Tempat :Sek Keb Puchong Utama 2, Puchong
Bayaran :RM10
Tempat terhad. Daftar sekarang dengan menaip RAE_Nama penuh_No IC dan SEND ke 012-3050 205 ( 9W2REJ )

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang akan mengikuti Peperiksaan RAE.

Thursday, June 11, 2009

Lagi rakan radio ham..9W2XMP, 9W2OKU, 9W2PRR, 9W2XSP

9W2XMP, Brother Zaimi, puchong utama


9W2OKU, Brother Aji, Putrajaya


9W2PRR, Brother Mat Nor, Shah Alam


9W2XSP, Brother Shah, Kg Melayu Subang..

Wednesday, June 10, 2009

Hantu pun pakai CW ke???

Eyeball ASTRA Utara, Timur dan Tengah

Pada 6 Jun 2009, lebih kurang jam 3petang kami telah menyambut kehadiran tidak kurang 200 tetamu dari ASTRA Utara dan ASTRA Pantai Timur. Para rombongan ini telah disambut oleh group marshall dari WPC yang diketuai oleh Presiden WPC(9W2WAS) dan Wilayah 17, dimana WPC menyambut ASTRA Utara di Sg Buloh, dan Wilayah 17 menyambut di Tol Gombak.
Boleh dikatakan eyeball yang mengumpulkan semua rakan ASTRA dan Kramat ini begitu meriah sekali.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu. Bagi pihak pelawat pula segala kekurangan kami disini memohon ampun dan maaf.
Terima kasih kepada 9W2KDK,9W2MEZ,9W2POK,9W2TDO,9W2KLG,9W2NET(semua ALK Kramat) dan 9W2RES(Pak Tam, pengurus Astra Tengah), 9W2DMA(Datuk Roslan, Timbalan Pengurus), 9W2CYN(setiausaha Astra Tengah)kerana sudi bersama-sama rakan-rakan tengah memeriahkan dan membantu dalam majlis ini.
Juga terima kasih kepada 9W2HLM,9W2DMG yang mewakili ASTRA Utara dan 9W2DTS dan 9W2WCL bagi mewakili ASTRA Timur.

Majlis ucapan dan kata alua-aluan


9w2REJ sewaktu memberi briefing berkenaan Koperasi Kramat


Bertukar cendramata antara Kramat dan ASTRA


9W2XCO melihat pameran dan jualan Kramat


Bertukar cendramat dengan ASTRA Timur pula..



gambar lagi..

Wednesday, June 3, 2009

Kelas Kemahiran Radio Amatur oleh Kramat

Baru-baru ni pihak Kramat telah menganjurkan Kursus Kemahiran Radio Amatur untuk julung-julung kalinya. Alhamdulillah kursus yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan untuk kali pertama diadakan.
Kursus 2 hari ini telah meliputi perkara-perkara berikut iaitu:-

Day 1
-Electronic 1
-Electronic 2
-Electronic 3

Lecturer-9W2TTC, En Mansur ( 30 years in electronic)
-Receiver
-Tranmitter
-Antenna

Lecturer-9M2RI, Alex ( since 1961 in amateur radio)

Day 2
Cabling,Grounding,Antenna Workshop
Lecturer-9W2NUR(Electrical Engineer), 9W2XMP(Electronic Engineer,ALK Kramat)

-SOP and Guidelines
Lecturer-9W2BBA, En Bujang

-Propogation
-Transmission Line

Lecturer-9M2RI, Alex ( since 1961 in amateur radio)

Peserta mendaftarkan diri.


peserta dan 9W2TTC


9M2RI-Alex or Iskandar


Alex sedang menerangkan konsep antenna dan wave


Model antenna ini menyerlahkan minat dan kepakaran beliau yang begitu mendalam


Workshop-latihan praktikal oleh 9W2NUR dan 9W2XMP


9W2XMP-EnZaimi mengajar teknik soldering yang betul. Beliau juga salah seorang ALK Kramat


Mr Jason dan Mr Ivan antara pelajar yang aktif mencuba didalam workshop


lain-lain photo

Sesungguhnya ini adalah julung-julungnya Kramat menganjurkan kelas seumpama ini dan Kramat telah memberikan yang terbaik untuk para pelajarnya bukan sahaja pengetahuan radio amatur tetapi juga pendedahan serta penambahan minat terhdap hobi yang amat berguna dan berfaedah ini.

Jumpa kami dalam kelas-kelas yang akan datang iaitu kelas kemahiran radio amatur 2,3 dan seterusnya.

dipetik dari kramat

Monday, June 1, 2009

Eyeball 5hb June 2009, rumah 9W2MMJ dan 9W2JSJ

Assalamualaikum w r t..... dan salam sejahtera.....
Terima kasih kerana melawat blog saya ni.
Terlanjur dah masuk blog ni, saya dan suami tercinta ingin menjemput rakan-rakan untuk Majlis Makan Malam di kedai kami pada 5hb Jun 2009 ini jam 830 malam beralamat di No 24GF Jalan 15/1F Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Peta lokasi boleh didapati di www.rnjventure.com.

Kehadiran rakan-rakan amat-amatlah dialu-alukan. Majlis ini adalah untuk mengeratkan Silaturahim antara rakan-rakan yang dah lama tak bertemu. Ia sempena Ulangtahun Perkahwinan Kami yang ke 10.

Sekian. Wassalam. 73.

dipetik dari 9w2jsj.blogspot.com

Undilah Rakan Radio Ham kita ni..

Ada sorang rakan kita ni..SWL lagi..Handle shafid..callsign idaman PET. PET ni menyertai peraduan lakonan bersama aflin shauki.Kalau dapat undi banyak beliau bakal berlakon dalam file aflin shauki yang akan datang.. jom undi ramai-ramai..


Camana ada jugak bakat rakan kita ni kan?

Kalau mcm tu click disini untuk mengundi beliau..Undi Muhamad Shafid Bin Muhamad Shukor. Cari nama beliau dan click untuk undi beliau