Rakan-rakan terpanggil aku menulis kerana sejak kebelakangan ini ada banyak situasi yang muncul berkaitan hobi kita semua ni.
Ada beberapa event yang menarik antaranya ramai yang meluahkan perasaan berkaiatan dengan hobi ini di blog masing-masing. Ada yang kurang puas hati dengan kumpulan radio tertentu, ada yang kata radio amatur zaman sekarang kurang berkualiti,tak kurang ada yang merajuk dan macam macam lagi persoalan dan keadaan yang wujud.
Apa sahaja yang timbul nampaknya macam seolah-seolah ada yang tidak kena dengan kumpulan-kumpulan tertentu dan wujudnya kumpulan-kumpulan dalam radio ni.
Heran dan menyedihkan dengan apa yang berlaku!!
Bagi ku walaupun baru dalam hobi ini tetapi tiada apa yang terlalu mengujakan dalam hobi ini sehingga boleh menjejaskan periuk nasi orang lain. Kecuali kalau kita sendiri terlalu taksub dan fanatik dengan sesuatu termasuk hobi ini sehingga kita hilang masa untuk kerja, kita hilang kawan kerana selisih faham dan kita hilang waktu untuk solat kerana radio..ini yang sepatutnya kita fikirkan.
Bukan ingin merangsang untuk kita mengurangkan minat terhadap hobi ini tetapi apalah gunanya kita berkumpul didalam satu kumpulan yang kecil tetapi akhirnya kita bercakaran..lebih baik kita duduk diam sorang-sorang daripada kita mencipta musuh setiap hari...lebih baik jangan main radio
Relax..rakan-rakan dunia hanya sementara..yang agama sepatutnya kita usahakan dengan lebih bukannya hobi ini yang perlu kita jadikan sebagai kayu pengukur didalam kejayaan kita sehingga apa yang radio ham lain lakukan tidak betul sahaja.
Fikir..fikirkan..aku memang tidak pandai tetapi sekadar berkongsi idea.
Menemplak orang lain, mengutuk orang atau kumpulan lain, membuat fitnah, mengadu domba bukan budaya ku..kalau ini yang rakan radio bawa, maknanya anda sendiri yang mencipta masalah bukan org lain yang buat masalah kepada anda.
Kenapa kita perlu taksub berlebihan sehingga ini tak betul..itu tak betul, kenapa macam ini, apa halatuju, apa-apa dan apa ini semua. Adakah kita sudah terlalu bagus sehingga hobi ini kita jadikan sebagai landasan untuk mengumpan musuh dan kawan menilai prestasi kita...menilai kemajuan kita..menilai kebijakan kita. Fikirkan...
sepatutnya Radio Amatur ni dimanfaatkan sebaiknya utk waktu2 kecemasan, dan sekiranya tiada kecemasan seperti keadaan kita semua yg hidup di bumi Malaysia yg aman & bertuah ini, gunakanlah sebaiknya utk mencari lebih ramai rakan dan bukannya lawan.
ReplyDeletesebaiknya kawallah diri kita semua dalam apa jua kegiatan Radio Amatur & ingat bahawa ini hanyalah hobi semata2, sebab itulah ia dinamakan Radio AMATUR dan bukan Radio PROFESIONAL.
-sekadar pendapat dari 'buah cempedak di luar pagar-
balik kepada basic..kite mencari kawan
ReplyDelete