Saturday, September 27, 2008

Terguriskah Perasaan Mereka?

Rakanku sahabatku
Pernahkah kita membuatkan hati dan perasaan kedua ibu bapa kita terguris?
Adakah kita tahu akan perasaan mereka yang terguris itu.
Pernahkah kita tanya " Mak..ada tak apa-apa yang menyebabkan mak terasa hati dengan anak mak ini"
Atau setiap kali bertemu kita sekadar berpeluk cium tanda kasih sayang sekadar melakukan apa yang biasa
orang lain lakukan.
Fikirkan dan renungkan. Cubalah di hari raya yang akan menjelang ini kita tanya satu sahaja soalan kepada Emak kita,
iaitu " Mak..ada tak apa-apa dari saya yang menyinggung perasaan Mak ? "
Sahabatku cubalah tanya soalan berkenaan, jangan sekadar di pagi raya kita bersalaman dan memohon maaf seperti yang kita
pernah lakukan bertahun-tahun malahan puluhan tahun yang lalu.
Ingatlah hati orang tua kita terlalu sensitif. Apa perlakuan anak-anak walaupun menyinggung perasaan akan disimpan didalam hati mereka.

Hayatilah Lagu ini..

Salam Idulfitri

Salam Idulfitri untuk semua rakan-rakan radio ham. Dikesempatan ini ingin ku pohon ampun dan maaf dari semua rakan-rakan andai kata ada selama ini terkasar bahasa sama ada semasa QSO, semasa menulis dan dimana-mana kita bertemu. Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Turut mengucap salam raya adalah harmonic SWL Hadyna , SWL Razyn, SWL Hafzy dan Isteri tercinta 9W2MEZ, Mieza.


Lagu raya m-nasir ni ku tujukan khas kepada semua rakan radio ham..selamat raye...ye yehh..


Wednesday, September 24, 2008

Kenali Rakan Radio Ham(Episode 1)

HI..ini episode baru yang aku try masukkan dalam blog ini. Episod mengenali mana-mana sahaja Rakan Radio Ham yang aku temui dimana-mana lokasi. Kalau sempat aku akan masukkan secepat mungkin dalam blog ini. Rakan bertuah minggu ini adalah 9W2VMS iaitu lebih dikenali dengan panggilan manja Abang. Member kita yg sorang ni menetap di Temerloh, Pahang. Kerja saltmine sendiri iaitu pemilik woksyop kereta dan tow truck..Boleh dihubungi di 0129513434 jika memerlukan khidmat beliau. ok 73...

Sunday, September 21, 2008

Double Zepp

Baru-baru ni ofis aku pindah. So nak jadi cerita ada banyak bahan buangan yg boleh diguna pakai. Antaranya adalah Copper Air Cond ini..Jadi untuk mengisi masa lapang dan mencuba experiment membuat anttena menggunakan copper air cond aku decide untuk membina sebuah antenna double zepp. Ini copper yg aku dah ambik dari air cond lama

Biasanya setiap Aircond Copper terdiri dari 2 bahagian. Aku ambik yg size kecil untuk double zepp kali ini.


Dipendekkan cite inilah double zepp serba ringkas yang telah aku bina..


Bahagian kabel disambungkan secara solder dengan antenna


Just try..aku gantung tepi tingkap..alhamdulillah bacaan 5 dan 9 oleh 9W2NUR( ketika beliau mobile dari Putrajaya ke Puchong)..


Bacaan SWR juga rendah..


Ada beberapa batang lagi copper aircond untuk antenna design yg lain yg aku perlu cuba. Petang tadi Pak Lan (sifu aku)/9W2PCD telah menghantar emel design antenna..ada banyak dan banyak percubaan yg aku perlu cuba..jumpa lagi pada experimen seterusnya..73

Monday, September 15, 2008

Power Supply For Rig



Oleh kerana sambutan yg amat menggalakkan berikut saya tampilkan gambar homebrew power supply for Rig. 600 Watt, Big Fan, Silent Fan, More Cool, Stylish and Chrome. Bleh ler transmit high power....Rega RM75 sahaja..Tengoklah gambar kat atas tu..73..

Sunday, September 14, 2008

Tazkirah

Sempena Bulan Ramadhan ini baguih kalau disampaikan sedikit tazkirah ringkas. Rakan-rakan kalau nak tahu Radio Amatur ini sebenarnya memberikan ruang untuk kita bersyukur dengan kebesaran ALLAH. Bayangkan dengan jarak yang beratus kilometer kita dapat berhubung sesama rakan radio ham sama ada melalui VHF atau HF.
Sebagaimana yg kita belajar dalam kelas RAE lapisan langit yg dikenali sebagai Ionsphere merupakan ruang yg membolehkan gelombang radio dipancarkan dalam jarak yang jauh. Sebenarnya perkara ini telah disebut ALLAH dalam Al Quraan iaitu:-

The 11th verse of Surat at-Tariq in the Qur'an, refers to the "returning" function of the sky:
By Heaven with its cyclical systems. (Surat at-Tariq: 11)
This word interpreted as "cyclical" in Qur'an translations also has meanings of "sending back" or "returning".
As known, the atmosphere surrounding the Earth consists of many layers. Each layer serves an important purpose for the benefit of life. Research has revealed that these layers have the function of turning the materials or rays they are exposed to back into space or back down to the Earth. Now let us examine with a few examples of this "recycling" function of the layers encircling the Earth.
Dipetik dari harunyahya.com

The Ionosphere layer reflects radio waves broadcast from a certain centre back down to the Earth, thus enabling broadcasts to be received from long distances.

Itulah fungsi Ionsphere yang melontarkan semula gelombang radio yang dipancarkan dan antaranya adalah gelombang VHF, UHF dan HF yang digunakan oleh rakan-rakan ham.

Selain dari Ionsphere yang berfungsi untuk gelombang radio, Ozonsphere akan menapis cahaya violet terus kebumi, manakala troposphere akan menempatkan air yang akan turun semula kebumi untuk turun sebagai hujan.

Bersyukurlah rakan-rakan dan perbanyakkan membaca Al Quraan dimana disitu ALLAH telah himpunkan segala pengetahuan kita yang amat terhad ini. Lagi maklumat lanjut sila click sini.

Repetear Ledang

OK rakan-rakan radio Ham..Local ASTRA Ledang punya setting terkini adalah 146.950MHz, offset -0.600, tone 85.4. Harap Maklum. Thanks to 9W2MHG, Abg Sham atas informasi ini..

Antenna Ribbon

Hi apa khabar semua. Tak terlambat nak ucap selamat berpuasa dan beribadah bersungguh di bulan Ramadhan ni. Manalah tahu dosa-dosa dan amalan yang teramat kurang org macam saya ni dapat dicover di bulan ramadhan ni.
Ok kini saya sedang melakukan beberapa projek Radio Ham. Antaranya adalah membikin power supply, antenna, interface echolink, dan macam macam lagi. Jadi apa salahnya jika ilmu dunia yg amat mudah dicedok melalui internet, rakan-rakan dan juga buku ini saya kongsikan bersama di blog ini.
Untuk kali ini saya paparkan experimen saya membuat anttena ribbon. Ilmu ini dicedok melalui internet.
Antenna ini amat mudah untuk dibuat. Yg penting dapatkan lebih kurang 150cm sebatang kabel arial TV yg lama, iaitu kabel 300ohm. Kabel ini biasanya lebih besar dan berwarna hitam atau coklat. Lihat rajah.


Cubalah...Saya telah mencuba antenna ni dan alhamdulillah bacaan SWR meter yang renda amat menggembirakan saya.