Rakanku sahabatku
Pernahkah kita membuatkan hati dan perasaan kedua ibu bapa kita terguris?
Adakah kita tahu akan perasaan mereka yang terguris itu.
Pernahkah kita tanya " Mak..ada tak apa-apa yang menyebabkan mak terasa hati dengan anak mak ini"
Atau setiap kali bertemu kita sekadar berpeluk cium tanda kasih sayang sekadar melakukan apa yang biasa
orang lain lakukan.
Fikirkan dan renungkan. Cubalah di hari raya yang akan menjelang ini kita tanya satu sahaja soalan kepada Emak kita,
iaitu " Mak..ada tak apa-apa dari saya yang menyinggung perasaan Mak ? "
Sahabatku cubalah tanya soalan berkenaan, jangan sekadar di pagi raya kita bersalaman dan memohon maaf seperti yang kita
pernah lakukan bertahun-tahun malahan puluhan tahun yang lalu.
Ingatlah hati orang tua kita terlalu sensitif. Apa perlakuan anak-anak walaupun menyinggung perasaan akan disimpan didalam hati mereka.
Hayatilah Lagu ini..
No comments:
Post a Comment