Saturday, November 19, 2011

BILIK LATIHAN KOPERASI KRAMAT UNTUK DISEWA



Bilik Latihan Koperasi Kramat untuk disewa. Kadar sewaan adalah RM50/jam. Kapasiti bilik adalah untuk 10- 15 orang. Harga sewaan termasuk kelengkapan seperti penghawa dingin, kerusi, white board, projektor dan laptop.
Bilik berkenaan sesuai untuk disewa bagi tujuan Kelas RAE, Mesyuarat Persatuan, Tuisyen dan lain-lain keperluan yang bersesuaian. Selain itu Koperasi turut menyediakan perkhidmatan catering bagi tujuan jamuan sepanjang event dijalankan.
Tempahan boleh dibuat melalui setiausaha di talian 012-3050 205 atau Puan Mieza di talian 019-334 3305.

* harga istimewa untuk Ahli Koperasi Kramat

Saturday, October 29, 2011

Lagi Gazden mau jual

Hmm..ada stok baru Antenna Gazden ni..cepat-cepat, siapa cepat dia dapat. Telefon sekarang 012-3050 205.

Tuesday, May 17, 2011

Notis SKMM No.1/6/2004

Notis SKMM di bawah adalah lanjut kepada penerangan SIRIM di Hamfest baru-baru ini. Notis yang bertarikh 27 may 2004 ini membolehkan kita menggunakan senarai peralatan seperti yang disenaraikan tanpa perlu mendapat pensijilan(certified) sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.

Perkara ini sudah menjadi pengetahuan kepada semua rakan-rakan yang lain, namun yang masih belum berkesempatan melihat senarai berkenaan, blog ini telah melampirkan dokumen berkenaan.

Sekiranya peralatan anda tidak ada di dalam senarai berkenaan, maka eloklah dihantar ke SIRIM untuk mendapat pengesahan dan pensijilan. Walaubagaimanapun ada banyak aturannya yang perlu dilalui termasuklah mesti membawa bersama-sama permit import radio berkenaan.

Satu soalan menarik yang telah dijawab semasa sesi berkenaan adalah " ada sebilangan kecil peminat radio amatur yang mendapatkan permit import, tetapi setelah mendapat barangan berkenaan tiada yang menghantarkanya ke SIRIM untuk pengesahan selanjutnya"

Sama-sama fikirkan untuk kebaikan bersama yer..

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B3fMMBngcgUzZGJlMGQ1ZGYtZjNiYy00NzY4LTkxOTQtNTI5M2JlOTQ1ZWFi&hl=en&authkey=CPHBs8QB

Monday, May 16, 2011

Slide Taklimat SIRIM Hamfest 2011

Rakan yang dihormati, bagi yang tidak berkesempatan hadir ke taklimat SIRIM semasa Hamfest 2011, berikut adalah slide yang berkaitan untuk bacaan.

Harap semuanya dapat mengedarkan dan membuat link kepada rakan-rakan yang lain juga.

Selamat membaca dan fikir-fikirkan dan bincangkan apa yang kita boleh lakukan untuk kebaikan semua peminat radio amatur.


Tak tau pasal apa, try byk kali tak boleh nak buat link kat sini..so kalau nak tengok just copy dan paste link dibawah ke url anda..

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B3fMMBngcgUzNGZhOTc4MjQtODAxMi00NjIwLTk0NTEtNzhlNzZmMDc2YmQz&hl=en

Prosedur Mendapatkan Stiker Sirim

Baru-baru ini aku telah mendengar taklimat dari SIRIM QAS sempena hamfest 2011. Setelah berbicang dengan agak panjang lebar bersama Pengurus SIRIM sedikit demi sedikit telah mula kelihatan akan banyaknya usaha yang perlu dilakukan oleh semua peminat radio. Usaha ini boleh datang dari individu atau persatuan2 atau gabungan mana-mana persatuan. Usaha yang dimaksudkan adalah mendapatkan lebih kemudahan untuk semua peminat radio. Ini termasuklah perkara-perkara seperti :-

1) Yuran pemeriksaan SIRIM yang lebih murah
2) Senarai peralatan radio yang dikemaskini(sebab senarai yang ada sekarang ni sejak tahun 2004)
3) prosedur mengimport, dan memiliki radio secara lebih mudah dan murah mengikut prosedur yang betul.

Semuanya ini memerlukan pengorbanan, kesatuan dari semua ahli. Memetik kata-kata pengurus SIRIM

"Persatuan-persatuan sepatutnya bersatu dan membuat perbicangan dengan SIRIM dan SKMM, bagi mencapai hasrat yang terbaik untuk peminat radio"

" Kami pun tahu peminat radio amatur banyak membantu negara didalam kecemasan, bencana dan lain-lain khidmat masyarakat"

Jika ada kelapangan nanti akan aku muatkan video ucapan beliau berkenaan.

Saturday, May 14, 2011

Hamfest 2011

Bersama 9M2QQ..sempena Hamfest 2011 yang diadakan di KL Tower dari 13-14 Mei 2011.

Tuesday, April 26, 2011

Friday, April 22, 2011

Rumah Panjang

Lama bebenor tak update blog ni. Mintak maaf banyak-banyak kepada semua rakan-rakan yang rajin mengikuti blog ku ini.
Nak jadi cerita minggu lepas aku ke kuching lagi, untuk satu lawatan ke rumah panjang, kampung sapak, pantu. Dah nak hampir ke Sri Aman..lebih kurang 3 jam dari Kuching. 15KM menghampiri kampung berkenaan kenalah melalui off road untuk sampai ke rumah panjang berkenaan.
Dek kerana pernah naik dan bawak 4x4 so tak lah jadi masalah sangat untuk aku melalui jalan off road tu..

Jalan mcm ni lah dia org lalu hari-hari kalau nak pergi kedai..


Sebahagian penduduk kampung yang setia menanti



Runtuh pulak dah satu-satunya jambatan ni..tapi ini yg adventure nya


Depan Bangunan DUN Sarawak..

Monday, March 7, 2011

Pengaruh iklan


Budak-budak hari ni..sume yg ada diklan dia nak tiru..adusss

Saturday, February 5, 2011

Penubuhan JPAM Daerah Bera






Baru-baru ini pada 23 Januari 2011 telah diadakan satu perjumpaan bakal-bakal anggota JPAM di Pejabat Penghulu Daerah Bera, Pahang. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh En Hezri, JPAM Pahang dan En Muzaidi, JPAM Temerloh.
Turut hadir adalah 3 lagi anngota JPAM dari Temerloh dan Kuantan, selain 19 orang anggota baru dari Daerah Bera.
JPAM Bera telah dicadangkan untuk ditubuhkan memandangkan masih tidak ada unit atau pejabat JPAM bagi daerah Bera. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat JPAM Pahang untuk menubuhkan pejabat bagi setiap daerah di Pahang yang mana pada masa ini Bera, Cameron, Bentong masih lagi tidak ada pejabat JPAM.
Penubuhan JPAM Bera ini diharapkan dapat menyediakan sebuah pasukan kecemasan JPAM yang khusus bagi daerah Bera ini. Terima kasih kepada 9M2ADH, Adha kerana berusaha keras untuk mengumpulkan ahli-ahli JPAM bagi daerah Bera. Juga untuk rakan-rakan radio yang lain seperti 9W2SZA, 9M2MZR, dan juga yang lain-lain.

Sunday, January 9, 2011

Selamat Tinggal 2010

Masa berlalu, tanpa disedari 2011 sudah menjengah kepintu imaginasiku. Terlopong, terngaga mulutku pagi 1 Januari 2011 mengenangkan masa pantas yang berlalu seperti kilat di waktu guruh gempita.
Namun sesuatu yang istimewa pasti akan tiba ditahun 2011 ini terutamanya tarikh keramat 20.11.2011 atau 20112011. Pasti ramai yang melangsungkan pelbagai event pada tarikh berkenaan.
Kesibukan menyebabkan cukup lama untuk aku mengambil masa mengemaskini blog ini. Tidak termasuk dengan layan mesar terhadap FB yang diberikan selama ini. Namun blog tetap dihati, bilamana keboringan di FB sudah tiba kepermukaannya.

Kenangan-kenangan 2010

KlIA 2010


Chicken Pox Attack
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjra-kwwjTjygc6QQqzcHMoMyk3D7icfBBGDD3OiUC4nTWv6C5iaVMy5xt3bbZLHduxazXayNkfd6TAoOTtfCcAYeBgvg1Hjd4oySWcboQ000pjyasGbV3RYX5p_EWobLWNIehQJrEXJb2f/s1600/30102010%2528006%2529.jpg">

Terengganu 2010


KK 2010- trip to Beaufort