Notis SKMM di bawah adalah lanjut kepada penerangan SIRIM di Hamfest baru-baru ini. Notis yang bertarikh 27 may 2004 ini membolehkan kita menggunakan senarai peralatan seperti yang disenaraikan tanpa perlu mendapat pensijilan(certified) sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang.
Perkara ini sudah menjadi pengetahuan kepada semua rakan-rakan yang lain, namun yang masih belum berkesempatan melihat senarai berkenaan, blog ini telah melampirkan dokumen berkenaan.
Sekiranya peralatan anda tidak ada di dalam senarai berkenaan, maka eloklah dihantar ke SIRIM untuk mendapat pengesahan dan pensijilan. Walaubagaimanapun ada banyak aturannya yang perlu dilalui termasuklah mesti membawa bersama-sama permit import radio berkenaan.
Satu soalan menarik yang telah dijawab semasa sesi berkenaan adalah " ada sebilangan kecil peminat radio amatur yang mendapatkan permit import, tetapi setelah mendapat barangan berkenaan tiada yang menghantarkanya ke SIRIM untuk pengesahan selanjutnya"
Sama-sama fikirkan untuk kebaikan bersama yer..
https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B3fMMBngcgUzZGJlMGQ1ZGYtZjNiYy00NzY4LTkxOTQtNTI5M2JlOTQ1ZWFi&hl=en&authkey=CPHBs8QB
No comments:
Post a Comment