Thursday, October 8, 2009

9W2OKU Kemalangan

9W2OKU sewaktu TT di puchong suatu ketika dulu...

Pada 8 Oktober 2009, lebih kurang jam 7.00 pagi rakan kita 9W2OKU, Ab Aji telah ditimpa kemalangan jalanraya.
Sebagaimana yang kita kenal beliau seorang OKU dan menggunakan wheel chair pula. Kini beliau terlantar di Wad 3A, katil number 3 di Hospital Putrajaya kerana sebelah lagi kaki beliau telah cedera(kaki tercabut dari cawan peha).
Petang semalam kami sempat melawat beliau..walaupun kami byk berlawak kepada beliau namun hati kecilku terharu dan sedih dengan keadaan Abg Aji.
Mana-mana rakan yg sudi hulurkan bantuan setakat yang mampu..lawatilah beliau di hospital untuk memberi semangat kpd beliau.
Kalau dulu kaki kanannya lah membantu 100 untuk bertongkat berjalan, kerana kaki kiri lumpuh dari kecil...kini..kaki yang diharapkan cedera pula..
Semoga beliau cepat sembuh.............

No comments:

Post a Comment