Friday, December 26, 2008

Penubuhan Koperasi Radio Amatur Malaysia

Mesyuarat AJK Penaja.



Tahniah kepada rakan-rakan radio ham!! Kali ini kita akan menubuhkan sebuah koperasi diatas nama Koperasi Radio Amatur Malaysia. AJK penaja telah pun dilantik bagi menguruskan kerja-kerja pendaftaran koperasi berkenaan. Koperasi ini layak untuk semua rakan radio ham sama ada SWL, 9W2 atau 9M2. Ianya juga terbuka untuk mana-mana kelab radio di Malaysia ini. Sama-samalah kita memberikan sokongan dengan menjadi ahli berkenaan. Hidup Koperasi KRAMAT( Nama yang dicadangkan dan telah dipersetujui). Buat permulaan koperasi ini memerlukan sekurang-kurangnya senarai 50 ahli. Oleh itu hantarkan nama, alamat, no IC, callsign,emel dan telefon anda ke emel omnisystem@gmail.com. Sama-sama kita melakukan anjakan paradigma untuk radio amatur malaysia.

No comments:

Post a Comment