Setiap mana-mana rakan SWL yang ingin menyertai radio amatur akan dimomokkan dengan ungkapan bahawa radio amatur sangat penting dalam kecemasan. Namun tak ramai yang menyedari ataupun cuba meleraikan apa sebenarnya ungkapan tadi. Jika nak dikata komunikasi lain seperti handphone rasanya handhone atau GSM lebih banyak berguna, lebih mudah dan lebih cepat. Kadangkala radio amatur menghadapi kesukaran yang lebih berbanding handphone seperti tidak ada coverage, signal kurang baik dan macam macam bentuk obstacle. Jadi dimana letaknya fungsi radio amatur ini?? Saya cuba merungkai permasalahn dan kerungsingan ini melalui idea saya sebelum menunaikan maghrib petang ni..
1) Radio amatur berfungsi menyampaikan maklumat tanpa henti...24 jam sehari. Takkan kita nak guna handphone untuk menyampaikan maklumat tanpa henti. Contoh dalam kes tanah runtuh bukit antarabangsa. Control room di PBSM akan menghubungi mobile station dan medic station yang dibina di bukit antarabangsa. Semuanya beroperasi 24 jam without any bill.
2) Radio amatur memberikan broadcast. Ramai pihak terutama radio ham yang membuka frekuensi yang sama turut monitor dan mendengar maklumat yang disampaikan untuk melakukan tindakan selanjutnya. Jika handphone pasti 2 pihak sahaja yang mendengar.
3)Jika wired cable iaitu contoh fiberoptic yang menghubungkan ibusawat telekom putus akibat bencana gempa bumi maka radio amatur akan terus boleh berkomunikasi tanpa halangan. Tetapi ada pula pihak yang mengatakan handphone masih berfungsi walaupun telefon tetap rosak. Betul..tetapi apa jadi kalau tower maxis/celcom roboh..rangkaian microwave maxis/celcom pun rosak..Bukankah radio amatur masih berfungsi.
Hmm..banyak betul idea saya ni tapi kena menunaikan apa yang wajib dulu..nanti saya sambung semula..
9.06pm lepas makan malam aku sambung balik pasal radio amatur(RA) dan kecemasan ini. Jadi itu antara 3 keadaan yang membuktikan bagaimana RA ini membantu dalam kecemasan. Lain-lain keadaan yang turut boleh kita pertimbangkan adalah:-
4)Jika sesuatu terjadi yang memerlukan komunikasi kecemasan maka radio ham adalah orang atau pihak yang terbaik perlu dijadikan sandaran untuk komunikasi kecemasan. Ini kerana radio ham boleh berkomunikasi dalam apa keadaan sekalipun. Sehingga bekalan elektrik terputus RA masih boleh berhubung menggunakan genset, atau bateri jika genset kehabisan minyak. Malahan dalam kes yg paling extrim sekalipun kuasa solar boleh digunakan untuk menggantikan bateri yang sudah kehabisan kuasa. Hmm... begitu tragik dan bergunanya RA ini sehingga ke akhir nyawa.
5)RA menjadi one stop centre untuk menghubungkan semua pihak yang terlibat dalam kecemasan sama ada Bomba, SMART, PBSM, Polis, Tentera, Hospital, MERCY Malaysia,Yayasan SALAM atau siapa sahaja yang terlibat dalam bantuan kecemasan. Bayangkan, jika setiap pihak katakan Polis dan tentera menggunakan sistem radio komunikasi masing-masing yang berlainan frekuensi. Agaknya bagaimana mereka ini ingin bercakap sesama mereka. Ibarat saya sedang menonton TV3 dan anda menonton TV1, bagaimana agaknya untuk kita berdua mendapat berita dan maklumat yang saksama.
Jadi besar sungguh dan hebat sungguh Radio Amatur ini sumbangannya kepada dunia kecememasan. Namun adakah kita semua yang bermain dengan hobi ini sudah cukup bersedia untuk membantu negara kita sekiranya malapetaka yang lebih besar terjadi. Fikirkanlah..
Apa persiapan kita? Apa peralatan kita? Fikirkanlah..
No comments:
Post a Comment