Pesatuan PRADAS telah berjaya menganjurkan satu lagi program megaeyeball untuk ahli-ahlinya di Melaka pada 12,13 dan 14 Disember 2008, yang berakhir hari ini. Program ini telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan dikalangan peminat radio dua hala. Program kemuncak adalah pada sabtu malam dimana pihak PRADAS telah dikunjungi oleh Datuk Bandar Melaka. Pada malam berkenaan juga diadakan live band, karaoke dan kotak beracun.
Aku sempat singgah sekejap pada malam berkenaan. Sekadar bertemu dengan rakan-rakan disana. Berikut adalah sikit sikit photo yang sempat dirakamnkan. Namun kerana keadaan yang agak gelap-gulita jadi photo yang dirakamkan agak kurang menyerlah begitu..
Huh bestnya live band ni..macam-macam jenis lagu boleh main..cakap apa sahaja dangdut,iban, indon, rock,ago-go..semua tak bergerak dari kerusi.
Sebahagian penonton termasuk PRUD, pak maulud yang begitu asyik sekali mendengar lagu Inul..bapak..bapak...ibu..ibu...
Tak sangka Rahmat(PRRMT) banyak menang hadiah walaupun makan bertih jagung 4 butir ajer sehari..
"Mat..aku air kelapa ni macam rasa air Coke ler.."kata PRCYN. "Cis..tak kesah ler..aku nak ratah kambing panggang ni..ko jgn kacau PRMJ
"Susah betul nak tangkap kambing dalam gelap..nasib baik aku bawak lampu" kata PRCAE. "Humm nasib baik jugak aku bawak anak gajah aku..boleh tolong suluh pakai sportlight" kata PRMG
Adik..adik semua sila bangun dan ucap selamat malam cikgu....
" Rudy ni tak ada kerja lain..dahlah datang lambat..pastu menyilaukan mata org ajer ambik gambar tuh.." kata PRCD. " Ah peduli apa pak lan yang penting gambor kita masuk blog rudy.." kata PRUD
Pak presiden berkata "Datuk..bila nak join PRADAS"..Kata Datuk Bandar "Tak kesah..bila-bila masa pun boleh..tapi camana nak bercakap..ada kursus ke?"
" Syyy..jgn bagi tahu orang..ko ada dengar apa-apa cerita terkini ke pasal si anu tuh?" tanya PROB . " Huh..jgn bising-bising..ok mcm ni...QRT,QSO,QRD,QSM..pastu ART,CDD,BDDD..cam tulah..." kata PRMJ.."Oooo..mcm tuhh" kata PROB
Rilek bang..abang tak bersalah..he he jangan terkejut mcam tuh..
Banyak lagi photo click sini
Bagi mewakili SEBILANGAN rakan-rakan HAM RADIO yang juga merupakan AHLI PRADAS, kami berasa amat kecewa dengan pihak pengurusan PRADAS yang tidak mahu menukar tarikh MEGA EYEBALL PRADAS 2008.
ReplyDeleteIni adalah kerana, pada tarikh yang sama telah dianjurkan Amateur Radio Reunion Day 2008. Acara ini adalah bertujuan bagi meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia.
Acara ini mengumpulkan lebih 30 orang 9M dari seluruh negara. Acara ini adalah tempat untuk SWL dan 9W yang baru untuk berkenalan dengan 9M.
Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak pengurusan PRADAS dapat mempertimbangkan dengan sepenuhnya tarikh untuk sebarang aktiviti PRADAS di masa hadapan.
p/s: Ramai 9M mengeluh, mereka hanya di cari apabila borang memerlukan tandatangan mereka. Sudah dapt callsign, bayang pun tidak kelihatan.
hmm..betul ke jadi ramai 9M mengeluh..betul jugak..masa nak dapat 9w2 semua cari 9m..tapi bila dah dapat 9w semua hilang..hmm..fikir fikirkanlah..
ReplyDeleteemm...pasal 9m mengeluh ...dah terang lg bersuluh...mn rakan yg da dpt 9w tu xpandai nak kenang budi...bagai kacang lupakan kulit...
ReplyDeletesorry bg yg terasa....