Friday, December 19, 2008

(DPCH ver 1.0) Hombrew by 9W2TWH

Baru-baru ni semasa RAE aku sempat melihat satu hombrew yang dibuat oleh 9W2TWH, pak saidin dari Kg Kerayong. Beliau ni memang terkenal dilokalan Kg Kerayong sebagai seorang radio ham yang rajin buat kajian R&D radio ni. So aku sempat melihat ciptaan beliau yang diguna pakai oleh 9W2SZA iaitu Direct Power Cable for Handy. Aku boleh ringkaskannya sebagai DPCH..So amat berguna homebrew ini terutama bagi pengguna handy yang sentiasa kehabisan bateri. Jadi power handy akan terus disalurkan kepada handy dari bateri kereta anda. So tak perlu risau lagi akan kehabisan bateri atau kehabisan susu hik..hik..hik.

Inilah DPCH Ver 1.0

DPCH pandangan sisi...

DPCH dipasang begitu ngam sekali dengan handy bagi menggantikan bateri handy

DPCH yang ditanggalkan dari Handy


Tahniah 9W2TWH..cantik sekali..order satu...........

1 comment:

  1. Memang kreatif...moga ramai lagi rakan2 inspired dengan hasil kerja tersebut.

    ReplyDelete