Saturday, December 6, 2008

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Sabtu 6-12-08 lebih kurang jam 4am lebih kurang 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa telah terlibat dalam kejadian tanah runtuh. Setakat jam 3 petang tadi bilik gerakan MARES/ PBSM melaporkan 3 kematian. Setakat waktu itu juga 5 individu masih dilaporkan hilang dan mungkin masih terperangkap.
MARES telah menyediakan pusat bantuan komunikasi di PBSM Jalan Ampang. Sessi menyelamat ini diketuai oleh 9M2AU , pak aziz sendiri.
Saya dan 9W2MEZ telah bergegas ke Ukay Perdana ketempat logistik MARES di rumah SWL Aida. Kami sempat membeli beberapa bungkus makanan dan minuman untuk unit menyelamat MARES.
Jam 11.45am kami telah bergegas ke PBSM Jalan Ampang untuk meninjau bilik control MARES disana. Alhamdulillah tak kurang dari 25 station radio amatur terlibat dalam gerakan bantuan pada kali ini.
Ini adalah photo yang saya dapat dari Brother Ray yang berada ditempat kejadian.









No comments:

Post a Comment