Sunday, August 24, 2008

Orari-Astra 23-24 Ogos 08, Awana Genting

Sabtu dan Ahad baru-baru ni bersamaan dengan 23 dan 24hb Ogos 2008 telah berlangsung majlis sambutan bulan kemerdekaan sempena lawatan ORARI ke Malaysia. Seramai lebih kurang 15 ahli ORARI mewakili serata Indonesia telah hadir pada majlis berkenaan.
Tidak kurang daripada 200 tetamu mewakili ahli ASTRA, PRADAS, MARTS, dan MARES turut hadir pada majlis berkenaan.
Acara kemuncak adalah perjanjian persefahaman antara ASTRA dan ORARI yg telah diadakan pada malam berkenaan. Tahniah kepada semua pihak yg menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada 9W2DMG kerana sudi meluangkan masa sebagai wakil pihak ASTRA pada majlis berkenaan. Walaupun 9W2GTR, saudara Faisal sebagai pengarah projek ditimpa kemalangan namun sokongan rakan-rakan telah memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Tidak lupa kepada 9W2JIZ,saudara IS yg telah banyak membantu menguruskan logistik, makanan dan lain-lain.

Terima kasih kepada bapak-bapak dan ibu-ibu yang ganteng semuanya kerana hadir memeriahkan majlis ini..

Yang pastinya 9W2YR, Pak Yob pastinya gembira dengan permulaan yang indah antara ORARI dan ASTRA ini. Lain-lain rakan yg turut membantu adalah 9W2BDZ,9W2BCT,
9W2MDY,9W2EDK,9W2RIE,9W2LKB,9W2MEZ,9W2OCC,dan ramai lagi...73..9W2REJ

Pak Yob dan Pak Raja sebaik sahaja selesai menandatangani MOU ASTRA-ORARI


Banner Penyeri Majlis


AJK Astra Tengah, Astra Pusat dan ORARI


Hari ke 2 Sebelum Pulang


Aku dan Pak Boy


Click sini untuk gambar lebih lanjut..

No comments:

Post a Comment