Thursday, October 30, 2008

Kuala Lipis Lagi- Kenali Rakan Radio Ham 11 dan 12

30 Oktober 2008, jam 4.30 pagi aku bertolak ke Kuala Lipis atas urusan Saltmine. Sepanjang perjalanan sempat jugalah mencapai PTT lalu bersembang dengan PRNM di PRADAS.
Lebih kurang jam 11 am aku menerima audio di simplex V24, iaitu 9W2MJA, bang Johari dan 9W2SBT, Bang Sabri sedang ber QSO. Kedua-duanya adalah rakan radio ham di Kuala Lipis. Lalu aku meminta untuk bergabung, namun laluan agar sukar ketika berada di Padang Tengku sedangkan kedua sahabat berkenaan di Kuala Lipis. Selain kedua sahabat ini Pak Iskandar atau 9W2IBJ, atau ku panggil Pak Is juga berada di Lipis. Namun hari tu beliau berada di Kuantan untuk urusan Eko Challange.
Akhirnya Bang Johari dan Bang Sabri aku temui didepan Petronas Lipis. Oleh kerana kami sama-sama ada urusan saltmine yang perlu disegerakan maka kami sekadar bertemu di tepian jalanan sahaja. Namun pertemuan singkat itu sudahpun membuahkan keakraban antara kami. Terima kasih kepada 9W2SBT dan 9W2MJA kerana menunggu kehadiran ku di Lipis.

Rakan Radio Ham ke 11-9W2SBT,Bang Sabri


Rakan Radio Ham ke 12-9W2MJA, Bang Johari


Sebelum balik ku singgah di Raub, pekena Nasi Ayam yang paling best kat Raub. tempatnya iaitu sebelah kiri jalan, on the way ke Tersang, ikut jalan belakang. Hmm lebih kurang 1 Km ke Sek Keb Sg Lui, iaitu bersebelahan dengan Sek Methodist Girl Schools( lebih kurang 500 meter)

Ini nasi ayam yang best tuh..

Gambar kurang memuaskan sebab hanya menggunakan Handphone aku..camera masih belum berjumpa..

1 comment: