Sunday, October 12, 2008

Rakan Radio Ham (Episode 8)


Hmm rakan radio kita pada kali ini berasal dari Utara. Nama beliau badrul. Bertugas di Shah Alam, tapi QTH beliau di seremban, Negeri 9. Insyaallah beliau akan mengambil RAE pada bulan 12 ini. Petang tadi saya berkunjung kerumah beliau sempena hari raya disamping membantu memeriksa SWR disebabkan beliau baru menaikkan antenna beliau seminggu yang lepas. Badrul telah menaikkan antenna lebih kurang dalam ketinggian 30 kaki dari paras bumi. Melalui simplex v38 saya sempat berQSO dengan 9W2OKU dan 9W2PCD. Bagaimanapun rakan rakan berkenaan menerima dengan romeo 2 dan 3 ..disertai bunyi pasir. Mungkin antenna ini perlu ditinggikan sedikit lagi.Cable RG213 yang digunakan sebelum ini juga telah diperiksa berada dalam keadaan baik, dan telah di solder dengan baik. Hmm..nampaknya beliau perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan audio yang lebih baik. Bagaimanapun saya di fahamkan area senawang adalah antara kawasan yang sukar memancar..tapi no komen..usaha akan diteruskan lagi oleh SWL badrul dan insyaallah saya akan cuba membantunya..73..thx badrul atas hidanga satay petang tadi..

1 comment:

  1. badrul ini adakah badrul azam? kalau ya, tolong call saya @ 016 - 7137911

    73 de 9w2ORS

    ReplyDelete