Wednesday, October 22, 2008

Trip to Banting Pulak

Minggu ni boleh tahan jadual kerja aku nih..Isnin baru-baru ni aku ke Banting. Pagi sekitar jam 9.30 pagi melalui Puchong jalan terdekat ke Banting adalah melalui Putrajaya dan terus ke Dengkil. Selain itu melalui Shah Alam dan Klang pun boleh jugak..tapi aku prefer ikut Dengkil. Tapi.. cabarannya jalan ni jalan kampung dan banyak lori-lori pasir dan lori besar. So apa nak buat?? bagi melakukan tugas yang telah dilaksanakan aku terpaksa mengharungi lori-lori ini..nak buat camana dah kerja..tetap kena kerja..kerja-kerja..kerja..

Aku try jugak CQ CQ tetapi tak ada yang menjawab..yang pasti aku sendiri tak pasti apakah simplex yang biasa digunakan di area Banting ni..Maybe dah sampai masa semua rakan lokalan mana-mana tempat menyenaraikan simplex channel bagi lokalan masing-masing.

Raja jalanan ke Banting..Lori tanah yang gedabak..


Tak boleh jadi kalau jalan becak macam ni..kena usahakan 4x4 nampaknya..he..he kena tanya menteri kewangan ler...


Bertemu rakan baru..Mr. Faizal, org Pahang rupa-rupanya..

No comments:

Post a Comment