Tuesday, October 7, 2008

Kemaman Trip - Selasa 7 Oct 2008

Selasa..lebih kurang jam 10.30pagi..aku bergerak seorang diri ke Kemaman atas urusan saltmine. Dalam perjalanan apa lagi aku bukak Radio lah..dan sempat menyambut panggilan pak Ya (9W2HYA)di ASTRA Transnasional yang kebetulan sedang CQ CQ dan dalam perjalanan nak ke Sg Petani dari Jalan Meow Meow. Selepas itu ramai pula contact bergabung termasuk 9W2AXS ( Amirul) dari Sik Kedah, 9W2HLM(Bang Halim), 9W2RES(Pak Tam) dan yang paling menarik 9W2PJI( Bang Fauzi) yang aku temui dalam perjalanan ke Kemaman. Kami sempat bersalaman di daratan iaitu di hentian Temerloh.
Ni gambar beliau yang sempat aku rakam. Kira senang cerita beliau termasuk dalam episode ke 6(kenali rakan ham).
9W2PJI, fauzi, QTH KL, Saltime ..merata-rata mana ada ofis Petronas..he he

Selesai bersalaman dan berkenalan aku meneruskan perjalanan ke Kemaman. Boleh tahan jugak site projek ni kat area dalam Kampung. Nama tempat ni Mak Laggam.


Sebahagian dari photo kat tapak projek dan kerja kerja kami yang belum selesai.


Dari sudut antenna seorang radio ham



Selesai kerja aku terus singgah ke Kuala Kemaman membeli sedikit buah tangan. Macam biasa kalau datang kesini tak beli otak-otak, sata, kepok lekor dan pais memang tak sah. Bagi yg belum pernah sampai kalau anda tahu masjid geliga..hah masuk ke kiri sebelum masjid berkenaan kalau dari arah Kuala Terengganu.
Masuk kiri...

Masjid Geliga.

Terus kedepan dan jumpa simpang 3. Lepastu ambil kekanan. Kiri dan kanan ada banyak gerai menjual keropok. Aku selalu pergi ke Warung Otak-Otak Che Wan. Gerai sebelah kanan yang hujung sekali.
Tempat byk kereta parking itu adalah gerai berkenaan.

Selepas membeli beberapa bungkus buah tangan aku terus bergegas pulang ke KL. Kemudian di Temerloh sewaktu ber QSO di V48 aku di pukat pula oleh 9W2SZA, 9W2VMS dan SWL Ama untuk urusan teknikal sikit. Biasalah aku ni duduk KL jadi selalu turun jalan pasar, so rakan-rakan banyak mengirim. Ohya.. VMS dan SZA semua dah kenal kan..tapi SWL AMA ramai yang belum kenal..beliau pun akan bakal jadi rakan radio juga nanti. Ni photo beliau yang handsome tu..manager, bujang lagi, dah kerja dan ada kereta besar..dan seorang lagi anak sedara ku..(promosi..)

SWL Ama atau PRAMA(Pradas),QTH Temerloh,handle Ama/Amirul(Rakan episode 7). Hmm..itulah kisah hari ini, dalam jam 8.30 malam aku dah sampai rumah selepas mengharungi hujan dan jammed MRR2..jumpa lagi..73

No comments:

Post a Comment