Wednesday, July 15, 2009

Tahniah to Koperasi Kramat!!




Lagi photo

Saya mengambil peluang ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Kramat telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 8 July 2009 baru-baru ini. Pihak SKM baru sahaja mengeluarkan sijil pendaftaran kepada Koperasi Kramat.
Tahniah atas usaha keras ALK Kramat yang bertungkus lumus menjadikan koperasi radio amatur yang pertama didunia ini sebagai satu realiti. Proses yang amat rumit dan memerlukan kesabaran ini bermula pada 20 January 2009, bila mana SKM Selangor meluluskan penubuhan koperasi ini. Namun Kramat perlu mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bagi meyakinkan akan relevannya penubuhan koperasi ini. Jika bilangan kehadiran kurang dari 25 orang koperasi ini tidak boleh ditubuhkan.
Namun sokongan dari rakan-rakan yang hadir melebihi 60 orang telah meyakinkan semua pihak akan keperluan mewujudkan koperasi radio amatur ini.
Selepas mengadakan MAP pada 3 Mac 2009, pihak koperasi perlu berhempas pulas dengan UUK atau undang-undang kecil dimana proses UUK sahaja mengambil masa 4 bulan sebelum diluluskan oleh SKM Selangor dan akhirnya ditapis oleh SKM Ibupejabat.
Kini Ahli Koperasi Kramat boleh tersenyum lebar kerana ia sudah menjadi kenyataan dan bakal menjalankan pelbagai aktiviti.
Baru-baru ini juga pada 15 Julai 2009 serombongan pihak dari Yaesu Jepun, Hongkong dan Singapore telah melawat pejabat Kramat bagi membincangkan MOU untuk melantik Koperasi Kramat sebagai agen tunggal penjualan produk radio amatur Yaesu di Malaysia.
Semoga kejayaan kramat yang bakal di capai dalam masa terdekat ini menjadi inspirasi kepada semua peminat radio amatur bahawa penah lelah anda selama ini bagi menjaga nama baik radio amatur akan terbela.
Siapa tak mahukan jika radio anda nanti bakal ada sticker SIRIM, ada AP dan ada warranty dari Yaesu.
Bagi yang belum mendaftar menjadi ahli koperasi eloklah berbuat demikian sebelum anda mungkin akan ketinggalan pelbagai kemudahan seperti kemudahan pinjaman pembelian barangan radio, potongan diskaun, dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment