Baru-baru ni aku ke Kuala Terengganu. Hmm alhamdulillah jemputan Hj Zainuddin atau 9W2DEB akhirnya dapat aku penuhi. Dah banyak kali ke KT atas urusan kerja, namun masa tidak mengizinkan untuk bertemu rakan-rakan disana.
Tahun lepas ada berjumpa di sekitar UMT tapi tahun 2009 ni hanya berjumpa dengan DEB sahaja.
Hujan petang tu dan sambil lepak , kami sempat makan durian yang baru sahaja turun dari pokok. Hmm..yang paling tak dilupakan harmonic aku yang ke 2 Razyn sayik teringatkan durian tu. Tak sangka peminat durian anak aku yang seorang ini.
Thanks to DEB, xyl, dan anak-anak yg melayan kami sekeluarga petang tu.
Tak lupa kepada anak beliau 9W2ETY, antara rakan radio termuda yang pernah aku jumpa( baru tingkatan 5).
MEZ dan XYL DEB serta 9W2ETY, dan adik lelaki beliau serta anak aku
Aku dan DEB
No comments:
Post a Comment