17 dan 18 July 2009, baru baru ni bertempat di mercu beach resort cherating, v59 telah mengadakan family day yang julung-julung kalinya.
Majlis ini di meriahkan oleh SWL atuk dan SWL atuk pompuan.
Selain itu yg hadir adalah ;
9W2RBY(kak long)
9W2ETA(kak ngah)
SWL Ina
9W2WAA(kak wa)
9W2SZA(Abg)dan 9W2SXC
9W2REJ(adik bongsu)dan 9W2MEZ,
dan tak lupa anok-anok sedara ...9M2MZR dan SWL marina,
9W2AZA dan 9W2...(lupalah pulok),
dan 9W2FRD..selain SWL didi, min, dek su,fatehah,basha,azim,dyna,razyn,hafzy dan hanyn...
Tak lupa utk bibik dan kay.......
Best..ada dinner, ada sukan air, tarian poco-poco, kotak beracun...
idup...V59
bergambor sakan...
Swl atuk, swl atuk pompuan dan 9W2RBY
Makan kat mercu ni memang best..tempat sempoi tapi makanan kalah 5 star hotel..betul!! tak caya pergilah try..
Inilah 9M2MZR(baju belang coklat) dan 9W2AZA(baju hitam)
9W2ETA yg memang seorang athlet Pahang..sedang mengajar cara nak bengkok pinggang dnegan betul.
9W2WAA...pengurus event yg gemilang..boleh dapatkan khidmat beliau kalau nak buat family day..
Jogging tepi pantai..best!!!
Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Training Yaesu
Training Yaesu
Satu training product oleh Yaesu akan diadakan pada Jumaat 24 July 2009 ini, jam 2.00 petang di Petaling Jaya. Mana-mana ahli Kramat yang berdaftar boleh hantar SMS kepada 012-3050 205(9W2REJ) untuk mendaftar bagi sessi training berkenaan.Cepat-cepat bukan senang nak dapat peluang training macam ini.

Wednesday, July 15, 2009
Tahniah to Koperasi Kramat!!
Lagi photo
Saya mengambil peluang ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Kramat telah berjaya didaftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 8 July 2009 baru-baru ini. Pihak SKM baru sahaja mengeluarkan sijil pendaftaran kepada Koperasi Kramat.
Tahniah atas usaha keras ALK Kramat yang bertungkus lumus menjadikan koperasi radio amatur yang pertama didunia ini sebagai satu realiti. Proses yang amat rumit dan memerlukan kesabaran ini bermula pada 20 January 2009, bila mana SKM Selangor meluluskan penubuhan koperasi ini. Namun Kramat perlu mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bagi meyakinkan akan relevannya penubuhan koperasi ini. Jika bilangan kehadiran kurang dari 25 orang koperasi ini tidak boleh ditubuhkan.
Namun sokongan dari rakan-rakan yang hadir melebihi 60 orang telah meyakinkan semua pihak akan keperluan mewujudkan koperasi radio amatur ini.
Selepas mengadakan MAP pada 3 Mac 2009, pihak koperasi perlu berhempas pulas dengan UUK atau undang-undang kecil dimana proses UUK sahaja mengambil masa 4 bulan sebelum diluluskan oleh SKM Selangor dan akhirnya ditapis oleh SKM Ibupejabat.
Kini Ahli Koperasi Kramat boleh tersenyum lebar kerana ia sudah menjadi kenyataan dan bakal menjalankan pelbagai aktiviti.
Baru-baru ini juga pada 15 Julai 2009 serombongan pihak dari Yaesu Jepun, Hongkong dan Singapore telah melawat pejabat Kramat bagi membincangkan MOU untuk melantik Koperasi Kramat sebagai agen tunggal penjualan produk radio amatur Yaesu di Malaysia.
Semoga kejayaan kramat yang bakal di capai dalam masa terdekat ini menjadi inspirasi kepada semua peminat radio amatur bahawa penah lelah anda selama ini bagi menjaga nama baik radio amatur akan terbela.
Siapa tak mahukan jika radio anda nanti bakal ada sticker SIRIM, ada AP dan ada warranty dari Yaesu.
Bagi yang belum mendaftar menjadi ahli koperasi eloklah berbuat demikian sebelum anda mungkin akan ketinggalan pelbagai kemudahan seperti kemudahan pinjaman pembelian barangan radio, potongan diskaun, dan lain-lain lagi.
Monday, July 13, 2009
Terengganu
Terengganu..terengganu antara negeri yang amat ku gemari. Selain banyak nostalgia dinegeri pantai timur ni..negeri ni jugak tempat lahir XYL aku dan juga tempat yang byk mengingatkan kepada arwah bonda XYL aku.
4 ke 5 tahun yang lepas aku selalu kesini atas urusan kerja, hampir 2 tahun jugak aku berulang alik ke KT ni. Masa tu tak main radio lagi, jadi tak ada ertinya eyeball masa zaman tu. Kinni dah main radio, hmm barulah faham kenapa dia orang asyik eyeball.
Baru-baru ni aku dan XYL sempat menyinggah kebeberapa tempat yg memang kami selalu singgah kalau ke KT.
KT ni byk tempat makan..kalau pagi breakfast pun dah ada macam macam makanan, nasi dagang, nasi campur, nasi daging, nasi ayam bakar, nasi itu dan nasi ini. Kopok lekor tak perlu ditanya lagi..memang inilah tempatnya. Kalau di KT dulu popular kat losong, now ni kat seberang takir ada satu tempat yg popular sangat( sampai beratur kalau nak beli kopoknya.)
Makan tengahhari selalunya aku ke nasi kukus sempoi (on the way ke UDM dan UMT). Next episode aku akan masukkan gambar, gps dan map ke tempat tempat menarik ni.
Udang celup
Sotong Celup
MEZ dengan jalan di pantai batu rakit yang dah banyak berubah
Kerja-kerja tambak pasir oleh Inai Kiara..
Kenangan di stadium terengganu

Eyeball with 9W2DEB
Baru-baru ni aku ke Kuala Terengganu. Hmm alhamdulillah jemputan Hj Zainuddin atau 9W2DEB akhirnya dapat aku penuhi. Dah banyak kali ke KT atas urusan kerja, namun masa tidak mengizinkan untuk bertemu rakan-rakan disana.
Tahun lepas ada berjumpa di sekitar UMT tapi tahun 2009 ni hanya berjumpa dengan DEB sahaja.
Hujan petang tu dan sambil lepak , kami sempat makan durian yang baru sahaja turun dari pokok. Hmm..yang paling tak dilupakan harmonic aku yang ke 2 Razyn sayik teringatkan durian tu. Tak sangka peminat durian anak aku yang seorang ini.
Thanks to DEB, xyl, dan anak-anak yg melayan kami sekeluarga petang tu.
Tak lupa kepada anak beliau 9W2ETY, antara rakan radio termuda yang pernah aku jumpa( baru tingkatan 5).
MEZ dan XYL DEB serta 9W2ETY, dan adik lelaki beliau serta anak aku
Aku dan DEB

Subscribe to:
Posts (Atom)