Wednesday, April 1, 2009

Welcome to the world my baby!!


2.58 pm, 1 April 2009, lahirlah anakku yang ke 4 ke dunia ini..
Walaupun bertarung dengan detik detik cemas semasa xyl melahirkan baby ini, namun alhamdulillah akhirnya semuanya selamat.
Terima kasih kepada Dr Kam..Staff Nurse..dan Nurse-nurse yang banyak membantu didalam proses kelahiran ini.
Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah.
Last but not least..thx to Allah maha pencipta dan maha agung...

Nota bagi diriku setelah menyaksikan 4 kelahiran di labor room..

1) Bukan senang nak melahirkan baby..sakit yg tidak terhingga ditanggung oleh para ibu..
2)Contraction adalah proses pengembangan pintu rahim yang secara langsung menekan baby kebawah sebelum bersedia untuk dilahirkan.
3)Contraction datang sejam..setengah jam..15 minit..5 minit..2 minit..dan 1 minit...namun lain ibu lain caranya. Bila sudah sekerap 1 minit bermakna pintu rahim terbuka lebih besar..iaitu 8 ke 10 cm..dimana 10 cm adalah masa yang sesuai untuk para ibu meneran dan kepala baby mudah keluar..
4)Mengeluarkan kepala baby yang paling sukar..bila kepala dah keluar..maka badan baby begitu mudah terkeluar dari perut ibu..
5)Saat yang paling hampir untuk melahirkan apabila para ibu merasa seperti hendak buang air..besar..dimana secara automatik ia akan meneran dan terus mengeluarkan baby.
6)Selepas proses bersalin selesai..para ibu akan merasai sakit contraction semula dimana..contraction diperlukan untuk mengecutkan semula rahim..

Kesimpulannya..hargailah..dan sayangilah ibu yang melahirkan anda..
Juga cintailah dan sayangi isteri yang berkorban dan menggadai nyawa melahirkan zuriat anda..73 cerioss..

No comments:

Post a Comment