Monday, March 9, 2009

Rakan Radio Ham..susah nak jumpa ni.

9 Mac 2009, detik bersejarah bila aku dapat bertemu dengan Angkasawan Negara..Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor atau dengan callsign 9W2MUS. Rakan kita ni datang bagi ceramah sempena maulidur rasul di Masjid Bandar Bukit Puchong.

Aku try nak introduce sebagai rakan ham..tetapi penuh sesak dengan peminat beliau so tak sempat nak QSO dengan Datuk Syeikh..jumpa dan jumpa lagi Datuk..
.
Tetapi aku lihat kanak-kanak begitu teruja dengan kehadiran beliau ni. Dulu anak aku asyik nak jadi tu dan nak jadik ni..sekarang bila tanya anak aku dan budak-budak lain pun semuanya asyik nak jadik angkasawan. Ramai ke yg boleh jadi angkasawan, he he mungkin sorang dua ajer kot lepas MUS ni. So adik adik banyak peluang lagi dalam industri aerospace seperti air craft engineer, pilot, programme, communication engineer, dan mcm mcm lagi..

2 comments:

  1. salam...
    target biar tinggi bang...bagus tu kalau tak kena pun dapat yg rendah2. tak le mcm zaman kita dulu...engineer, polis, askar, cikgu balik2 pusing yg tu je cikgu puun naik bosan...(budak2 ni takde nak try keje lain ke?)
    -73-

    ReplyDelete
  2. AZX..sekarang target bebudak ni tak macam kita dulu..kita dulu asyik asyik askar, polis, dan cikgu...Berkesanlah apa yang Tun Mahathir nak buat..

    ReplyDelete