Saudara Azly sedang membantu rakan datang ke MAP sambil diperhatikan 9W2TDO dan 9W2EDK
9W2REJ sedang memberikan briefing Undang-undang Kecil Koperasi, sambil di perhati Pak Yob dan Pegawai SKM,En.Zaimi
9W2MEZ yang sedang sarat turut turun padang membantu bersama-sama dengan rakan 9W2JSJ
Dari kiri..PRPET(shah alam),9W2ETA(kuantan),SWL Eina(Gerik), 9W2WAA(kuantan)..antara yang datang dari jauh dan terawal mendaftar.
8-3-2009 terlakar satu detik bersejarah buat peminat radio ham Malaysia apabila sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ditubuhkan. Penubuhan koperasi adalah antara kaedah penubuhan sesebuah entiti yang agak rumit kerana ada banyak dokumen, syarat-syarat dan sebagainya yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah koperasi ditubuhkan.
Selepas menghantar permohonan kepada pihak SKM, pihak suruhanjaya koperasi akan memberi kelulusan sementara. Dalam masa 3 bulan selepas kelulusan perlu diadakan MAP atau Mesyuarat Agung Permulaan yang perlu dihadiri oleh sekurang-sekurangnya 50 orang.
Bagaimanapun ucapan tahniah kepada lebih 20 orang AJK penaja yang bertungkus-lumus berusaha membangunkan Koperasi Kramat ini. Tahniah juga kepada 15 orang yang telah dilantik sebagai ALK(Ahli Lembaga Koperasi) bagi permulaan tahun pertama koperasi kramat.
Lagi gambar kat sini
No comments:
Post a Comment