Wednesday, January 14, 2009

Kayuhan Basikal Shah Alam to Ipoh


Hmm..larat tak kalau nak kayuh basikal dari Shah Alam ke Ipoh, Perak. Fikir-fikirkanlah kalau anda mampu melakukannnya. Tetapi cabaran inilah yang akan dilakukan oleh lebih kurang 100 orang ahli radio amatur. PRADAS atau Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor akan bekerjasama dengan Agensi Pelancongan Selangor dan Agensi Pelancongan Perak bagi melakukan kayuhan berkenaan pada 7 dan 8 Februari 2009 ini. Program ini turut disertai oleh 19 orang ahli Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia yang akan menggunakan basikal Tandem. Ini adalah basikal yang menggunakan 2 pengayuh dalam sebuah basikal.
Selain basikal tandem dan juga basikal individu basikal baring pun akan menyertai program berkenaan. Dijangka basikal baring ini akan diketuai oleh persoanliti radio amatur yang tidak asing lagi iaitu 9W2YR, atau Pak Yob.
Pada masa ini PRADAS memerlukan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti air mineral, tshirt, helmet lumba basikal, makanan dan wang ringgit. Semua bentuk bantuan boleh disalurkan terus kepada setiausaha projek iaitu 9W2MEZ, Puan Mieza ditalian 0123882282. Sumbangan anda semua amat dialu-alukan oleh pihak PRADAS.

Ini lah basikal baring..oleh 9W2YR

Ini pulak Tandem..

Tapi bukan yang ni yea...banyak sangat ni..

Tu dia seriusnya meeting..he he ..relax..

Mancari dan merancang program yang terbaik

Sebahagian bakal pengayuh..dah practice ke bang??

No comments:

Post a Comment