Hmm baru ni sempat nak menulis..ni pun sebab aku nak bertolak ke JB sekejap lagi around jam 5am macam tu. So bukak PC kejap dan melihat apa yang patut. Cuma dikesempatan ini aku terfikir bahawa hobi radio ham ini telah membawa kita kepada minat untuk mereka cipta. Aku gelarkannya sebagai hombrew mentality. Tak kesahlah mungkin ada sesetengh peminat radio ham tak berminat dengan homebrew ini.
Namun bagi aku yang memang sejak darjah satu lagi dah suka mengumpul sampah-sampah dan sisa-sisa barangan elektronik ni. So minat tu dah lama dan terpadam sejak aku sekolah menengah. Ditambah pula dengan meneruskan pengajian didalam bidang ekonomi jadi minat tu terus tenggelam. Dulu-dulu pernahlah aku mencipta kereta mainan, kipas helikopter dan beberapa ciptaan yang tak menjadik tuh!!
Selepas lebih 20 tahun, kini setelah bermain dengan radio so aku mula menjinakkan diri kembali dengan hombrew ini. Projek paling awal yang aku buat adalah menda ni. Ini bukanlah interface repeater atau echolink tetapi merupakan tester untuk ujian multipair telephone cable..senang cerita pasal keje aku ler...kalau ada yang berminat sila emel..nanti aku boleh uploadkan diagram penuh.
Dan hombrew aku yang kedua adalah power supply for rig. Ini bukanlah ciptaan tetapi adalah idea yang aku belajar dari tunjuk ajar rakan-rakan radio dan juga melalui internet.
So now minat hombrew itu makin membuak-membuak. Dan aku merasakan bahawa inilah antara kelebihan radio amatur yang mungkin wujud dan aku sendiri mengabaikannya. Minat hombrew ini akan membawa kita kepada dimensi baru dan fikiran baru.
Kini aku terfikir untuk mengumpulkan semua rakan radio yang aktif berhombrew untuk dimasukkan kedalam satu blog khas. Ia juga bagus untuk dijadikan rujukan bagi semua rakan-rakan lain. Mungkin mat salleh yang main radio adalah insan yang paling murah ilmunya apabila ratusan ribu maklumat hombrew mereka dipamerkan diinternet. Hmm..bila agaknya kita akan jadi macam tu??
Jom..kita mulakan hombrew masing-masing..hmm apa nak buat..jom buat interface repeater nak tak??( aduss..boleh tahan complicatednya tuh).
No comments:
Post a Comment