17 Disember 2010,Jam 7.15 pagi seorang insan terbaring diatas jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan yang ingin ke tempat kerja. Kemalangan ini berlaku dilebuhraya SKVE iaitu berhampiran SHELL yang baru dibuka sebelum UPM.
Insan ini telah melanggar sebuah lori yang katanya sedang mendaki bukit berkenaan dalam keadaan perlahan. Penunggang motosikal ini aku dapati lutut sebelah kanannya agak terkehel. Mungkin tempurungya telah tercabut dari acuannya, malahan melihat motor cupnya sahaja sudah cukup meyakinkan pelanggaran berkenaan agak kuat.
Mujurlah ada rakyat malaysia yang sudi menghulurkan bantuan membawanya ke hospital. Sedikit-sebanyak pengalaman membantu mangsa didalam kecemasan telah aku gunakan untuk membantu mengsa berkenaan bersama-sama bantuan beberapa rakan yang aku baru kenali ditempat kejadian. Terima kasih rakyat Malaysia...
kesiannya..!
ReplyDelete