Wednesday, September 23, 2009

Misai Kucing, Daun Palas dan Sireh

Dah hampir berbelas tahun menetap di lembah Klang ni, banyak dah tumbuh-tumbuhan yang dahulunya selalu berada di persekitaran aku kini dah lama tak jumpa. Malahan kini aku jumpa tumbuhan ni dah diproses kedalam bentuk kapsul, serbuk ataupun minyak. Tumbuhan misai kucing misalnya tumbuh merata-merata di sekeliling rumah aku di kampung. Tapi di lembah Klang ni ianya amat popular dibuat sebagai minuman herba atau diuncangkan sebagai teh.

Misai Kucing


Daun Sireh pula sebagai makanan tradisi orang-orang lama. Kini masih digunakan sebagai makanan tambahan lagi di kampung-kampung atau di estet-estet. Namun teknologi telah membawa sireh ini jauh kedepan lagi dengan penghasilan minyak sireh, bam sireh dan gel sireh..


Daun palas pula merupakan setakat ini aku belum jumpa dibungkus atau di pack didalam bentuk sabun dll. Aku pasti daun ini jika dibuat kajian mempunyai banyak khasiat. Daun ini bersifat kasar permukaannya dan kami gunakan untuk mencuci kuku kaki dan tangan. Memang tak perlu pergi ke klinik kuku tetapi kilatan dari daun palas ini sidah memadai..
Palas( daun muda)

1 comment:

  1. lor ingat kot dauan palas utk buat ketupat pulut tu...

    ini kategori lain yer..

    ReplyDelete