Wednesday, September 23, 2009

Beraya di Kampung

Raya baru baru ni seperti biasa aku dan satu famili balik ke kampung. Raya pertama kita orang beraya di kg kuala dong, raub pahang. Manakala raya kedua kami beraya di kg kerayong, bera , pahang.
Nak jadi cerita sebelah petangnnya aku meluangkan masa mengambil gambar gambar disekeliling rumah. Jadi dalam banyak banyak gambar tu ada beberapa objek yang mengimbau kenangan masa kecik kecik dahulu...

ha...tahu tak buah apa ni??
Ni buah terung kan??..
Bukan..ini bukang terung..atau apa jenis sayur pun..
Ini pun bukan sejenis buah-buahan yg boleh mendatangkan hasil lumayan(buat masa ini)..
Inilah..jeng jeng memperkenalkan buah cenerai..yang banyak tumbuh dalam hutan..
Buah ini kami gunakan sebagai peluru..masa kecik dulu kami main bedil buluh..jadi buah inilah yg menjadi pelurunya..


inilah bedil..kalau nak kenal. Kalau kena memang sakit..tapi org zaman ni main BB gun ler...

5 comments:

  1. kalo daun tu nama dia daun mempelas bukan daun palas. daun palas yang buat ketupat pulut te. sajelah koi beritau aok Di.he he he

    ReplyDelete
  2. orang kedah panggil 'cak plong' bedil buluh tu...
    buah cenerai tu memang the best peluru la, kalau dah masak boleh le kesip2 dalam mulut...masam2 sikit...
    -bestnya dok kampung-

    ReplyDelete
  3. salam,

    Nak minta permisi tuan untuk copy gambar bedil buloh (copyright) untuk letak dalam facebook saya.

    nak cari yang original, kat kampung dahh tak de main menda menda macam ni.

    gambar just untuk personal, nak tunjuk pada kawan kawan macam mana bentuk bedil buloh.

    Thanks

    syazmi@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya juga nak minta kebenaran copy gambar buah cenerai & bedil buluh tu untuk letak dalam FB.

    Budak2 sekarang memang dah tak kenal benda ni.Ini mainan orang zaman 70an-80an.
    Bolehlah nak tunjuk kat anak2 biar dia orang kenal.

    ReplyDelete