Baru-baru ni ada rakan-rakan radio kita yang membantu masyrakat di negara Sri Lanka atas misi kemanusiaan bersama-sama dengan MERCY. Dua rakan ini adalah rakan dari Kelab Radio PRADAS dan juga kelab REDAH 4x4.
Walaupun bukan mewakili mana-mana kelab radio amatur secara rasmi namun oleh kerana mereka ni kawan yang aku kenal maka apa salahnya kita paparkan kisah mereka di Sri Lanka.
Bantuan kemanusiaan ini di ketuai oleh MERCY Malaysia. Dua rakan ni merupakan rakan yang pakar dalam bidang teknikal selain 4x4 dan radio komunikasi.
Tahniah kepada kedua-dua rakan ini dan semoga anda berdua akan menjadi titik tolak kepada rakan radio amatur di Malaysia untuk berpandangan lebih luas dan jauh lagi.
Jangan kita sekadar memandang bahwa khidmat kita hanya di peringkat kampung, taman atau belia 4b, namun kita diperlukan diserata dunia.
Mungkin ada mana-mana pihak perlu mengambil peluang ini untuk menemuramah beliau didalam akhbar atau TV untuk menaikkan agi imej radio amatur.
PRSPR, bang Sapran sedang menguji mesin yang memberi bekalan air(aku gaklah..)
bersama-sama wakil MERCY dan Unit Bantuan Antarabangsa
Terbaring keletihan nampaknya bro..
Lagi gambar disini
No comments:
Post a Comment