Sunday, March 29, 2009

Beeday harmonic 9W2MUC

Jam 6pm 29 mac 2009 aku dan family ke rumah 9W2MUC, shahrull dan pasangannya Maya untuk meraikan beeday 2 harmonicnya.


Nilah bakal-bakal 9M2 pada tahun 2020 nanti..

AGM Mares 2009

9M2RS, Pak Rashid sedang berbincang dengan otai-otai 9W2 yang lain berkenaan radio amatur

9W2SF sedang menjawab persoalan berkenaan operasi Gunung Yong Yap

Para AJK Mares bersedia menjawab apa sahaja soalan dengan tenang

Sebahagian ahli mendengar dengan penuh teliti dan khusyuk

9W2TR sedang menjamu para tetamu..sedap sungguh nasi hujan panas dan ayam masak rendang ke?? entah tak ingat nama masakkan tapi sure sedap..


Lain-lain photo disini


29 Mac 2009, jam 9am berlangsunglah AGM Mares kali ke 8 dengan penuh teratur dan lancar. Tahniah kepada kepimpinan MARES yg telah berjaya membawa kelab ini ke satu tahap yang membanggakan.

Saturday, March 28, 2009

Jawatan Kosong Untuk Amateur Radio

Amateur Radio Direction Finding Co-ordinator needed

Radio Amateurs of Canada is seeking an interested Radio Amateur to volunteer as the Amateur Radio Direction Finding (ARDF) Co-ordinator for Canada.

ARDF is the sport of finding radio transmitters while on foot, using a radio receiver, map and compass in diverse, wooden terrain.

The RAC ARDF Co-ordinator's job is to promote the development of this sport and work with ARDF Co-ordinators in other International Amateur Radio Union (IARU) countries to organize competitions and activities.

Kerja kosong beritapenuh

ASTRA Bantu Polis Kesan Tonto

Police monitoring illegal radio wave to catch discs tontos
By ANN TAN

GEORGE TOWN: The Commercial Crime Department personnel are monitoring the illegal radio frequency of the walkie-talkies used by pirated discs tontos to track down their operations.

Commercial Crime Department chief Asst Comm Roslee Chik said they were working closely with Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and other amateur radio associations such as the Northen Region Malay Amateur Radio Association (Astra) to curb the sale of pirated discs.

Berita penuh disini

AGM ASTRA 2009

28 Mac 2009, AGM ASTRA telah berlangsung dengan lancar sekali. Tahniah kepada semua AJK yang telah berjaya dipilih sebagai AJK ASTRA Pusat pada kali ini.
Sekalung tahniah kepada:-

Presiden : 9M2RR
Tim. Presiden 1: 9W2ZT
Tim. Presiden 2: 9W2HLM
SU:9W2MYR
PSU:9W2CAD
Bendahari:9W2BPT
AJK:
9W2AZE,9W2FLL,9W2IBS,9W2EZE,9W2DMG.

Terima kasih kepada 9W2RES,Pak Tam yang memberi info ini.

Friday, March 27, 2009

Buku Design Antenna

Untuk rakan-rakan..downloadlah sepuasnya buku ni..dan buat antenna yang bagus-bagus..jangan tak buat sudah...

Click here

Dengarkan dan hayatilah..

Thursday, March 26, 2009

PRADAS Rescue Team..

Traffic MMR2 yg memang menakutkan...nasib baik ada cover line

PRSJ pun sempat sampai dengan cepat..efficient betul...

Sapa nama kawan WPG ni selalu..lupa..thx thx atas bantuan meleraikan traffice yg pasti jammed kalau tak ada anda..

Nilah PRWPG pomen serba boleh PRADAS yg byk sgt membantu rakan-rakan dalam kesusahan



26 Mac 2009 lebih kurang jam 9 malam kereta aku pancit betul betul ditengah kesibukan MRR2. Bayangkan nak tukar tayar sendiri pun tak berani sebab kereta laju-laju dan jalan sempit sangat..silap gaya hilang bahagian belakang aku..
Jadi apa akal masuk PRADAS..yang memang terkenal dengan respon time yg pantas..tak sampai 10 minit 4 jelurpee sampai dengan kekuatan 5 anggota..
PRWPG atau Boy,PRSJ,PRHA..dan 2 lagi rakan yg aku tak ingat tak byk cerita terus membuat kepungan safety supaya kerja kerja menukar tayar dapat dilakukan.
Terima kasih rakan-rakan PRADAS yg memang terkenal byk membantu ahli radio ham pada bila-bila masa dan dimana jua..

Jadi rakan-rakan ham bukan nak cakap apa..tapi trylah kalau anda dalam kesusahan..mintak bantuan di PRADAS..pasti puas hati

Kuala Kubu Trip

26 Mac 2009, jam 2.30 petang aku ke Kuala Kubu Baru atas tugasan untuk pejabat baru Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu. Perjalanan dari exit tol Rawang ke sana agak cepat. Walau hujan ribut agak lebat, namun aku sempat sampai kesana tepat pada waktunya.
Dalam perjalanan sempat QSO di Astra Transnasional bersama 9W2ECC abang Salmi juga seorang anggota Bomba di Sg Besi.

Di Kuala Kubu sempat jugak berjumpa dengan 9W2MDP, bang Hamidi iaitu pegawai bomba Kuala Kubu..

9W2MDP..Bang Hamidi yg segak dan macho..

Yg bestnya dia org pun guna RG213 kat sini..

Jgn silap..ni bukan Radio Amatur ye...ini PA System

Kan lawa tower tuh..kalau buat tempat anttena

Wednesday, March 25, 2009

Mesyuarat Agung Pradas 2009




25 Mac 2009, jam 9.30 malam satu jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi menguruskan Mesyuarat Agung Pradas 2009, Kali ke 3.
Mesyuarat Agung berkenaan tentatifnya adalah pada 28 June 2009. Lokasi adalah sekitar Lembah Klang.
Pada masa yang sama AJK yang ditubuhkan bakal menganjurkan satu family day yang dijangka berbentuk sukan untuk semua warga radio amatur, keluarga, kanak-kanak dan ahli-ahli Pradas sendiri.

Lagi rakan radio ham...




Hik hik hik..korang kenal ke??

Monday, March 23, 2009

Rakan Radio Ham PERAMAH

9W2IBJ

9W2VMS

9W2RYP

9W2RZL

9W2RA

9W2OCB


9W2KCW

9W2DRB

9W2ALU

9W2ADH

AGM PERAMAH KE 4, TAHUN 2009

21 Mac 2009, AGM PERAMAH yang ke 4 telah diadakan. AGM berkenaan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Bera, Pahang. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh rakan ham dari seluruh pelusuk Pahang iaitu Kuantan,Pekan,Temerloh,Bera, Kuala Lipis, Karak dan lain-lain.
Majlis berkenaan telah dirasmi penutupannya oleh YB ADUN Guai iaitu YB Encik Norol Azali bin Sulaiman. Tahniah kepada PERAMAH atas kejayaan AGM ke 4 berkenaan.

9W2RBY dan 9W2MEZ

Salam takziah kepada 9W2USS kerana terlibat dalam kemalangan sewakti bermobil ke AGM

Kehadiran rakan-rakan radio ham yang mengalahkan tonto-tonto..buat seram tonto ajer..

Kunjungan rakan radio ke rumah SWL Atuk..

Sebahagian ahli-ahli PERAMAH

Friday, March 20, 2009

Theory dan History Pasal CW

Ini ada history dan theory sikit pasal CW ni..elok dikongsikan..click here

Thursday, March 19, 2009

Lagi Rakan Radio Ham..

9W2BCT, Aswadi sedang serius kendalikan kes Gunung Yong Yap

9W2OOC, Mr Joe, Shah Alam

9W2NUR, Nurman

PRSG, Mr Shukor..

9W2POK, Apok dan 9W2NUR

Friday, March 13, 2009

Ya Allah Kami Mohon Petunjuk..Temukanlah Mohamed Hassan Ayat

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.


** Dipetik dari blog

Semoga beliau cepat ditemui..

Semoga rakan-rakan Radio Mares atau Astra atau Peramah yang turun menyelamat tabah dan kuatkan semangat..jangan putus asa...

Wednesday, March 11, 2009

MAP Kramat 8-3-2009

Saudara Azly sedang membantu rakan datang ke MAP sambil diperhatikan 9W2TDO dan 9W2EDK

9W2REJ sedang memberikan briefing Undang-undang Kecil Koperasi, sambil di perhati Pak Yob dan Pegawai SKM,En.Zaimi

9W2MEZ yang sedang sarat turut turun padang membantu bersama-sama dengan rakan 9W2JSJ

Dari kiri..PRPET(shah alam),9W2ETA(kuantan),SWL Eina(Gerik), 9W2WAA(kuantan)..antara yang datang dari jauh dan terawal mendaftar.

8-3-2009 terlakar satu detik bersejarah buat peminat radio ham Malaysia apabila sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad ditubuhkan. Penubuhan koperasi adalah antara kaedah penubuhan sesebuah entiti yang agak rumit kerana ada banyak dokumen, syarat-syarat dan sebagainya yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah koperasi ditubuhkan.
Selepas menghantar permohonan kepada pihak SKM, pihak suruhanjaya koperasi akan memberi kelulusan sementara. Dalam masa 3 bulan selepas kelulusan perlu diadakan MAP atau Mesyuarat Agung Permulaan yang perlu dihadiri oleh sekurang-sekurangnya 50 orang.
Bagaimanapun ucapan tahniah kepada lebih 20 orang AJK penaja yang bertungkus-lumus berusaha membangunkan Koperasi Kramat ini. Tahniah juga kepada 15 orang yang telah dilantik sebagai ALK(Ahli Lembaga Koperasi) bagi permulaan tahun pertama koperasi kramat.

Lagi gambar kat sini

Tuesday, March 10, 2009

SKMM Lectures

Date: 19 March 2009
Time : 2.00 pm – 5.00 pm
Venue: SKMM Auditorium, Cyberjaya

Title : Mobile Broadband Evolution: HSPA+ and LTE
Presenter : Mr. Pranesh Sinha
Designation : Director, QCT Product Management
Organization : Qualcomm International, San Diego.


For those who have registered, thank you and see you at the Lecture Series. For those who have not register yet, please register by replying this email.

Thank you for your kind attention.

Mohd Hasbullah Omar
SRPD, SKMM

* nak register please emel to hasbullah@cmc.gov.my with title on the Mobile Broadband Evolution: HSPA+ and LTE

Rakan Radio Ham Lagi..9W2KDK


9W2KDK


Hari ini Selasa, 10 Mac 2009 hari bertuah aku kerana rakan lama iaitu Cikgu Din, 9W2KDK telah hadir ke saltmine aku di Bukit Puchong. Kebetulan beliau bertugas di Putrajaya lalu sewaktu perjalanan pulang Cikgu Din singgah di Bukit Puchong.

Monday, March 9, 2009

Rakan Radio Ham..susah nak jumpa ni.

9 Mac 2009, detik bersejarah bila aku dapat bertemu dengan Angkasawan Negara..Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor atau dengan callsign 9W2MUS. Rakan kita ni datang bagi ceramah sempena maulidur rasul di Masjid Bandar Bukit Puchong.

Aku try nak introduce sebagai rakan ham..tetapi penuh sesak dengan peminat beliau so tak sempat nak QSO dengan Datuk Syeikh..jumpa dan jumpa lagi Datuk..
.
Tetapi aku lihat kanak-kanak begitu teruja dengan kehadiran beliau ni. Dulu anak aku asyik nak jadi tu dan nak jadik ni..sekarang bila tanya anak aku dan budak-budak lain pun semuanya asyik nak jadik angkasawan. Ramai ke yg boleh jadi angkasawan, he he mungkin sorang dua ajer kot lepas MUS ni. So adik adik banyak peluang lagi dalam industri aerospace seperti air craft engineer, pilot, programme, communication engineer, dan mcm mcm lagi..

Monday, March 2, 2009

XPDC Endau Rompin- 14,15 dan 16 mac 2009

XPDC Endau Rompin anjuran NESRAC akan diadakan pada tarikh berikut:-

Tarikh; 14,15 dan 16 Mac 2009.
Jenis Kenderaan: Semua jenis kenderaan boleh masuk
Yuran: RM50 satu keluarga, termasuk makan dan minum
Apa nak bawa?: Pinggan mangkuk dan cawan bawa sendiri.
Contact1: 9W2DZU @ Zul at 0173894466
Contact2: 9W2RXG @ Irham at 0123407663


Jom ramai ramai pergi memang best nih....

Sunday, March 1, 2009

Konvoi Cik Kiah Ke Melaka - 1-3-2009

Jam 11 pagi, 1 March 2009 satu gerombolan rombongan cik kiah telah bergerak dari Petronas Hentian Seremban ke Majlis Perkahwinan mara(nama timangan kepada 9W2WNA). Rombongan yg bergerak dalam konvoi ala-ala Le Tour De Langkawi ini telah diringi oleh Marshall yang terdiri dari sebuah Truck 4/4 by CAE dan Wira Biru (PRSG yang tidak asing lagi oleh gang radio), serta Abg Zamri (yg tak berapa sihat hari tu..mungkin hari lain lebih sihat nanti..)
Ohya..rombongan ini berjumlah 25 buah kereta. Sampai di hentian Senawang rombongan bertambah ramai bila gerombolan nakhoda kapal dari Batu 3 (9W2AIF-Pak Amir) dan Kapten Super Duper Badrul atau 9W2BDL telah bergabung membentuk armada yang terbesau(..opsss bahasa 9W2MHG pulak)..
Sebelum berlepas kapal 9W2SIC(yg baru cukur tuh..) melakukan proses yg biasa kita buat..iatu tukar tayar..


Kelihatan Abg Shukor sedang melakonkan aksi menelefon ke 999 untuk bantuan kecemasan..cukup berkesan sekali lakonan beliau masa tuh..

Gang Gang Kereta..yg konvoi..

9W2POK(Apok..), 9W2KKD(Pak Lurah/ Alias), 9W2MOD( Mod lah..apa lagi) sedang serius membincangkan masalah dan hala tujju radio amatur dalam globalisasi ekonomi dan Asean Free Trade Area..atau AFTA

Depa ni sedap ajer nampaknya..mungkin time kami sampai tuh..memang tengah hidang nasi..jadi makan besau ler...(Kata 9W2MHG)

9W2BDL(Badrull..), 9W2BEC, Hmm lupa callsign abg yg baju putih ni.., 9W2EAK(erwan) dan MOD sedang menunggu di Exit Melaka..

REJ dan MEZ posing sakan di sebelah pengantin..tapi anak-anak dia org tinggal kat bawah..kesian bebudak 3 org tuh..

Inilah pengantin..bab pinang dibelah dua tuh..


Lihat lagi gambor disini