Pada 22hb Feb, lebih kurang jam 2.30 petang sebahagian AJK yang terlibat didalam Mesyuarat Agung Pertama(MAP) Kramat terutamanya bahagian komunikasi, keselamatan dan persiapan dewan telah menghadirkan diri ke Pusat Rakan Muda Bukit Kiara. Lawatan ini adalah adalah bagi tujuan membuat persediaan untuk kemudahan ahli-ahli koperasi yang bakal hadir pada 8-3-2009 nanti untuk MAP.
Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu dewan kuliah,kantin,surau,tempat parking yang besar,asrama, selain kemudahan asas yang lain iaitu tandas dan tempat berehat.
Ruang parking yang besar utk semua..
9W2AZX,XYL 9W2AZX, 9W2MEZ, 9W2JSJ, SWL Azly dan SWL Rahim
Bangunan Pusat Rakan Muda Bukit Kiara tersergam indah..
9W2RES/Pak Tam sedang mendapatkan position utk GPS..senang utk mana-mana ahli yang mengggunakan GPS nanti..
Sessi lawatan diiringi oleh Encik Zaim(penyelia kawasan yang berbaju kuning)
Bilik Asrama turut disediakan dengan bayaran yang minimum. Ahli yang berminat sila hubungi saya sekadar segera. First come first serve basis.
Selepas penat meeting kita boleh berehat dan bereyeball disini..
**dipetik dari blog keramat
No comments:
Post a Comment