Perjalanan yang jauh ini disertai hampir 150 pengayuh basikal.
Para pengayuh terdiri dari beberapa pasukan iaitu pengayuh Klang, pengayuh Meru,pengayuh Perak, pengayuh cacat penglihatan, pengayuh Melaka, Pengayuh TV3 dan pengayuh Pradas. Program yang dianjurkan oleh PRADAS dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Selangor dan MTPN Perak. Terdapat 12 pit stop yang perlu dilalui oleh semua pengayuh termasuklah tempat pelancongan iaitu Gua Tempurung dan Kelly's Castle. Tahniah kepada PRADAS kerana menganjurkan program yang pertama seumpanya di kalangan peminat radio amatur ini. Program Jom Kayuh ini turut disertai oleh beberapa rakan ham yang sempat aku temui iaitu 9W2YR, 9M2NNL, 9M2AUR,9W2DMG,9W2TGA dan lain-lain lagi.
Wahid Senario pun mengayuh jugak..

PRMBR dan rakan..antara pengayuh pantas

Try bicycle Pak Yob..try ajer..

Pengayuh memulakan kayuhan dari Klang

PRBDR, Badrul dengan pegayuh Cacat Penglihatan

9W2OCD dan 9W2YUK turut menjadi pengiring dari PDRM

Melepaskan penat di Gua Tempurung..bergambor dulu kome..

Team Perak dah sedia..9M2NNL, 9W2DMG dan 9W2TGA..kat depan..

Memulakan Kayuhan di Sabak Bernam..

Ni memang pengayuh yang gua respect..non stop dari Klang ke Ipoh..9M2AUR..

Lagi gambar kat sini
Join Putrajaya Critical Mass.. last friday every month
ReplyDeletehttp://putrajayacriticalmass.blogspot.com)