Sabtu 19 July 2008, Maya dan Shahrul atau PRVQ/PRVR telah mengadakan majlis doa selamat di rumah beliau pada jam 8.30 malam. Turut hadir adalah rakan-rakan ASTRA wilayah tengah termasuk 9W2YR(Pak Yob)
Saturday, July 26, 2008
UPSI Tg Malim Auto Show - 19 July 2008
Sabtu, 19 July 2008 PRADAS sekali lagi menyertai Pameran Auto Show anjuran PROCC yg diadakan di UPSI, Tg Malim. Seperti biasa PRADAS telah diberikan satu booth untuk mempamerkan dan memperkenalkan kepada dunia apa itu PRADAS dan Radio Amatur. Ramai rakan rakan PRADAS menghadirkan diri termasuk PRCD, PRSC, PRFK, PRQZ, PREH, PRWPG, PRQE, PRMRM, PRDIN, PRMUD, PRWEM, dan ramai lagi..
Thursday, July 10, 2008
4X4 Lata Berembun, Raub by PRADAS
Pada 19-20 July 2008 akan datang ini bertempat di Lata Berembun, Klau, Raub Pahang sekumpulan rakan-rakan dari group REDAH dan PRADAS dijangka akan menyertai satu xpdc 4x4. Sesiapa yg berminat untuk turut serta bolehlah berhubung dengan PRADAS. Saya mendoakan kejayaan PRADAS dan REDAH dalam program ini. Maaf tak dapat datang sebab QRL. Photo-photo dibawah diambil dari rakan-rakan yang telah kesana..hmm..patutlah ia dipanggil lata berembun...Bagi yg minat 4x4 dilampirkan aksi-aksi mencabar 4x4 di lata berembun..73
Monday, July 7, 2008
ASTRA Megaeyeball 2008
5 dan 6hb Julai berlangsunglah aktiviti ASTRA Megaeyeball Morib 2008 bertempat di pantai morib. Tak kurang 250 station telah menghadirkan diri pada majlis berkenaan. Peserta mula masuk ketapak perkhemahan seawal jam 1 petang. Manakala 9W2TBA, bang Taib telah datang 1 hari lebih awal.
Pada sebelah petangnya telah diadakan kelas Fox Hunting oleh 9M2NNL, Pak Nasir. Pelbagai jenis Yagi antenna telah ditunjukkan pada petang berkenaan. Lebih menarik pada sebelah malamnya aktiviti kemuncak adalah BBQ Ketam dan Ikan. Tak kurang 74kg ketam dana ikan telah dinaikkan pada petang berkenaan. Selepas solat jemaah isyak dan sedikit tazkirah oleh ustaz 9W2KMT majlis diteruskan dengan Technical Talk oleh 9M2AU, Pak Aziz. Pak aziz turut ditemani oleh sekumpulan rakan dari Kelab MARES.
Tepat jam 1.30 pagi SWL Pak Nasir telah membawa unit Karaoke yg membolehkan para peserta berkaraoke sehingga jam 5pg.
Keesokkannya telah diadakan Competition Fox Hunting yg berlangsung dengan meriah sekali. Sebahagian photo yg sempat diambil..
Lebih banyak foto sila Album sebelah kanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)