Monday, July 7, 2008

ASTRA Megaeyeball 2008

5 dan 6hb Julai berlangsunglah aktiviti ASTRA Megaeyeball Morib 2008 bertempat di pantai morib. Tak kurang 250 station telah menghadirkan diri pada majlis berkenaan. Peserta mula masuk ketapak perkhemahan seawal jam 1 petang. Manakala 9W2TBA, bang Taib telah datang 1 hari lebih awal.
Pada sebelah petangnya telah diadakan kelas Fox Hunting oleh 9M2NNL, Pak Nasir. Pelbagai jenis Yagi antenna telah ditunjukkan pada petang berkenaan. Lebih menarik pada sebelah malamnya aktiviti kemuncak adalah BBQ Ketam dan Ikan. Tak kurang 74kg ketam dana ikan telah dinaikkan pada petang berkenaan. Selepas solat jemaah isyak dan sedikit tazkirah oleh ustaz 9W2KMT majlis diteruskan dengan Technical Talk oleh 9M2AU, Pak Aziz. Pak aziz turut ditemani oleh sekumpulan rakan dari Kelab MARES.
Tepat jam 1.30 pagi SWL Pak Nasir telah membawa unit Karaoke yg membolehkan para peserta berkaraoke sehingga jam 5pg.
Keesokkannya telah diadakan Competition Fox Hunting yg berlangsung dengan meriah sekali. Sebahagian photo yg sempat diambil..
Lebih banyak foto sila Album sebelah kanan.


















No comments:

Post a Comment