Tuesday, February 23, 2010

Ayoh dan Mok

Ayahku yang masih kuat dan macho..

Mok yang walapun sakit tapi sempat mengejar cucu-cucunya..


Baru-baru ni nak jadi cite ayoh dan mok(ayah dan emak) datang berkunjung ke rumahku di puchong.Katanya nak cari ubat.. Mok dlm keadaan kurang sihat, agak lama jugak menderita sakit lutut yang tak boleh nak bengkok. Kiranya sembahyang pun kena duduk atas kerusi sebab susah nak bengkok masa tahiyyat, agak menyakitkan dan aku pun tak tahu apa puncanya ..mungkin salah urat.
Anyway try jugak mengurut, ikut skill sendiri, tp mungkin tak berapa cekap lagi. Hmm.. kemudiaan aku bawak ke klinik, dan Dr bagi ubat tahan sakit dan krim sapu. Mungkin try dulu, kalau tak ok baru ke hospital.
Tapi hospital last choice sebab mok tak nak pergi hospital..katanya hospital last pilihan dan selalunya ramai yg jadi lagi teruk lepas masuk hospital. Jadi mok meletakkan tanggapan hospital selalu tebuk sana, tebuk sini dan ramai Dr pelatih yang mencuba macam macam gaya..entahlah aku no komen, tapi agak sependapat dengannya.
Apa yg nak cite ni walapun ayoh dan mok aku dah masuk 69thn dan 74 tahun umurnya kalau tak silap aku..tetapi sikapnya dan telatahnya masih tak berubah...
Mok masih sibuk dengan sikap prihatinnya terhadap anak-anak..teguran-teguran dan bebelannya sama macam aku kecik dulu..kini singgah pula ke anak-anak aku..Kadang-kdang aku nak cakap "mok biarlah budak tu..dia org memang mcm tu berlari kesana sini"..tapi tak sampai hati pula...takut dia berasa hati. Org-org lama ni sensitip sangat hatinya, manakan tidak... kalau aku asyik main komputer dan FB misalannya pun dia rasa aku tak pedulikan dia.
Tersahut kecil dihatiku..apakah yg aku harus lakukan lagi untuk menemaninya dihari-hari tuanya itu. Aku perlu ambik hatinya selalu...Ya Allah beri aku kekuatan.
Kalau dulu aku tak pernah tanya dia ayat macam ini " Mok, ayoh tido ok ke?? Panas ke?? Kalau Tak cukup sejuk Adi tambah kipas"..Then dia org akan jawap " Tak adalah...biasa ajer..memang macam ni musim kemarau"
So itulah contoh mak dan ayah aku tak pernah meminta-minta, tak pernah claim lebih dari apa sepatutnya..dan aku cukup terharu.
Sepatutnya aku yang kena tanya lebih, apa kehendaknya..dah makan ke?? sedap ke makanan..Nak jalan-jalan ke?? Nak makan kat luar ke?? Nak picit lutut ke??

Ataupun " Mok sorrylah balik lambat sikit tadi..banyak kerja"

Atau " Ayoh, ada apa-apa nak beli ke?? kalau nak kirim adi belikan"

Mungkin org lain dah biasa dengan menda ni..tapi aku rasa aku masih belum cukup melakukan yang terbaik untuk kedua ibu dan ayahku..

Ya Allah beri aku kekuatan untuk membalas jasa orang tua ku, aku akan cuba sebaik mungkin tidak menyakitkan hatinya, aku akan cuba yang terbaik...

Mok dan Ayoh..semuga apa yang anakmu berikan ini hanya sekadar secebis kehebatanmu..malahan bukan tandingan pun dengan apa yang telah kau berdua taburkan kepadaku.

Monday, February 8, 2010

Putrajaya International Night Marathon







Lagi gambor

6 Feb 2010, lebih kurang jam 8 mlm seramai 8000 pelari marathon dari pelbagai negara telah menyertai Putrajaya Night Marathon. Larian sejauh 42 km ini benar-benar menguji keupayaan peserta dari pelbagai negara.

PRADAS telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur untuk menyediakan sistem komunikasi bagi acara berkenaan. Seramai 30 ahli PRADAS telah menyertai aktivit pada kali ini. Lebih 16 check point, 4 ambulans dan 3 mobile car telah dilengkapi dengan radio dan telah membantu acara berkenaan sehingga tamat pada jam sekitar 3 pagi.

Semoga pengalaman ini akan menjadi pendorong kepada peminat radio amatur yang lain agar dapat bersama-sama membantu masyarakat pada masa-masa yang diperlukan.

Tuesday, January 26, 2010

RAE RAE

Salam semua..RAE dah tiba lagi. Dengar ceritanya tahun ni akan bermula peperiksaan RAE sebanyak 4 kali dalam setahun. Memandangkan siri pertama RAE pada tahun ini adalah pada 14 April 2010 maka cerahlah harapan bahawa memang benar exam RAE sebanyak 4 kali setiap tahun yang akan bermula tahun ini.
Borang pun dah keluar..boleh click kat sini untuk download borang berkenaan.

Jadi rakan-rakan taulan semuanya marilah sama-sama yang masih belum mendapat lesen Kelas B(Nine Whiskee Tooo...) untuk mengambil exam pada kali ini. JANGAN LUPA TARIKH TUTUP ADALAH 12 FEBRUARI 2010.

Pada 14 April ini peperiksaan RAE hanya diadakan di Wilayah Tengah dan Utara sahaja..so pilihlah lokasi yang paling mudah untuk anda pergi...selamat berjaya...

Monday, December 28, 2009

AGM Pradas 2008






Pada 27 Disember 2009, jam 2.00 petang bertempat di Pusat Latihan Pertanian Serdang PRADAS telah mengadakan AGM nya yang ke 3. AGM ini cukup meriah seperti biasa dengan kehadiran ahli-ahli PRADAS.
Oleh kerana dek perlembagaan PRADAS yang menghadkan hanya ahli di Selangor sahaja boleh mengundi maka ia mungkin menjadi penyumbang kepada kemerosotan kehadiran ahli-ahli dari negeri lain.
Walaupun agak panas namun kebijaksanaan Mantan Presiden Pradas PRGE berjaya membawa ahli kearah jalan yang benar.
Tahniah kepada barisan AJK baru yang diketuai oleh Presiden baru iaitu PRMF atau 9W2SMF.
Bagi yang gagal dan tidak puas hati anggaplah ini adalah lumrah demokrasi. Majoriti akan menjadi penentu kepada segala keputusan..Tahniah sekali lagi..

Lagi gambar..

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Exam RAE

Selamat Exam kepada semua calon..maaf tak dapat menyertai anda semua..agak sibuk dengan report hujung tahun..
Good Luck to all of you...

Tuesday, October 27, 2009

Pameran Radio Amatur di Hari Kokurikulum SKPU 2

7 November 2009, pihak kramat dijemput untuk mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur sempena Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2. Ringkasnya seperti berikut:-


Tarikh: 7 November 2009
Masa: 9.00am hingga 12.00 noon

Mana-mana ahli yang berminat untuk bertugas secara sukarela pada hari berkenaan sila hubungi saya di talian 012-3050 205


Semua rakan radio dijemput untuk memeriahkan suasana..

Sukarelawan Radio Amatur Universiti Diperlukan

Hi..satu aktiviti bersama salah satu Stesyen Radio terkenal di Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat. Kami memerlukan seramai mungkin wakil-wakil yang mempunyai callsign 9W2 atau 9M2 yang sedang belajar atau berkerja dimana-mana Universiti di tanahair.

Sila hubungi saya sekadar yang segera melalui hendphone 012-3050 205.

Program secara langsung ini memerlukan khidmat anda semua disamping mempromosi radio amatur kedunia luar..