Saturday, December 6, 2008

Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Sabtu 6-12-08 lebih kurang jam 4am lebih kurang 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa telah terlibat dalam kejadian tanah runtuh. Setakat jam 3 petang tadi bilik gerakan MARES/ PBSM melaporkan 3 kematian. Setakat waktu itu juga 5 individu masih dilaporkan hilang dan mungkin masih terperangkap.
MARES telah menyediakan pusat bantuan komunikasi di PBSM Jalan Ampang. Sessi menyelamat ini diketuai oleh 9M2AU , pak aziz sendiri.
Saya dan 9W2MEZ telah bergegas ke Ukay Perdana ketempat logistik MARES di rumah SWL Aida. Kami sempat membeli beberapa bungkus makanan dan minuman untuk unit menyelamat MARES.
Jam 11.45am kami telah bergegas ke PBSM Jalan Ampang untuk meninjau bilik control MARES disana. Alhamdulillah tak kurang dari 25 station radio amatur terlibat dalam gerakan bantuan pada kali ini.
Ini adalah photo yang saya dapat dari Brother Ray yang berada ditempat kejadian.









Friday, December 5, 2008

Rig ICom 2200 Nak Jual

CQ CQ..ada sesiapa menggunakan jaluran disini 9W2REJ memanggil mana-mana station untuk bergabung..he he..Ok..ni ada member ni nak jual Rig Icom 2200. Ada beberapa unit dan yang bestnya masih kelihatan baru lagi sebab ianya jarang-karang digunakan. Harga RM450 sahaja. Tujuan nak jual biasalah hujung-hujung tahun ni nak kumpulkan sikit modal untuk membeli yang lebih canggih kot!!Dapatkan segera sementara stock masih ada. Hubungi saya di 0123050205 jika nak tengok sendiri Rig yang memang terkenal berkualiti ni..cepat cepat..

Monday, December 1, 2008

Radio Di Mana-mana

Baru-baru ni lebih kurang Jumaat yang lepas aku telah ke Tapah atas urusan kerja. Pulang dari Tapah aku telah singgah di sebuah agensi kerajaan atas urusan kerja. Tup tup ketika sedang menaiki tangga aku terpandang satu objek ni. Aku lihat dari jauh seolah-olah macam antenna begitu. Aku rasa agensi penguatkuasaan ni pun menggunakan radio agaknya. Nanti aku siasat lebih lanjut.

Pemandangan Dari Atas


Ni kerja aku..tak payah explain he he


Antenna kot? apa pendapat korang??

Friday, November 28, 2008

Lawa tak Motor ni??

Baru-baru ni aku berkunjung ke bangi. Disebuah kedai member dan aku terjumpa satu objek yang cukup menarik. Saja nak kongsi dengan korang so aku selitkan gambarnya disini. Apa komen korang??

apa macam kalau mat rempit dapat motor ni..


Creative jugak kan??

Kenali Rakan Radio Ham ke 13

Rakan ni aku jumpa di Banting. Namanya Encik Samsol. Callsign 9W2SNZ. Kalau di PRADAS dikenali sebagai PRVS Pakar dalam bidang besi-besi dan kimpalan..He he nanti aku nak tempah bumper 4x4 aku dengan abang samsol ni..Seronok bertemu dengan beliau. Walaupun kami hanya minum secawan tea tarik namun banyak topik yang kami bincangkan dari sudut radio, komunikasi, bisnes, hinggalah kepada 4x4. Semoga abang samsol berjaya dengan lebih gemilang dengan apa yang dilakukan..

Abg Samsol atau 9W2SNZ yang handsome dan macho gitu..

Thursday, November 27, 2008

Putrajaya dan PICC

Hi pekabor lama tak menulis ni..ada masanya gian pulak kalau dah lama tak menulis blog ni. Baru-baru ni aku buat kerja sket kat putrajaya dan PICC atau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tak kusangka banyak lagi tempat di Putrajaya ni yang aku belum pergi dan belum sempat dijengah. Banyak tempat yang indah dan sesuai untuk bersantai-santai bersama keluarga dengan FREE of Charge..Kenapa FOC sebab..tak perlu bayar parking dan tak perlu beli ticket untuk bersantai-santai

Ini Iskandar dan Nazri sedang buat kerja..pagi tu sampai jam 2pg

Ni kaunter pendaftaran PICC

Aku tengah makan koci..he he acah jer..

2 batang antenna yang seakan antena radio..nanti aku buat kajian

Jambatan apa yer..tak pasti tapi memang cantik..

Dah nak hujan sangat masa aku ambik gambar ni..

Na try jugak naik jambatan nih!!

Inilah PICC

Pemandangan dari atas PICC

Monday, November 24, 2008

Buat Antenna Lagi

Ahad baru-baru ni aku didatangi seorang rakan ham baru iaitu SWL Chong atau PRCYN. Beliau ni merupakan seorang pengarah urusan sebuah syraikat elektrikal di Kepong. Nak jadi cite aku mintak bantuan dia repairkan pagar autogate aku yang rosak. So dah siap repair pagar tu kami meneruskan projek antenna double zepp. Memandangkan beliau ni ada banyak copper aircond maka kami gunakan sebaiknya peluang yang ada itu.
Tahniah kepada Chong kerana ada minat yang amat mendalam berkenaan Radio Amatur ni..