Friday, January 30, 2009

Cushcraft,Lintah,Ikan Sungai dan Gerhana

Baru-baru nia macam biasa aku balik kekampung halaman Kg Kerayong. Balik kali ni sempena cuti raya cina yg kebanyakan org ambik cuti panjang. Tapi aku ambik 3 hari ajer cuti..sabtu,ahad,isnin dan pagi selasa aku dah balik ke KL.
Namun cuti ini sesuatu yg menyeronokkan apabila aku telah bertemu jodoh dengan barang-barang yang susah nak cari, susah nak jumpa, dan kadang-kadang jumpa beberapa tahun sekali ajer walaupun telah diusahakan sedaya mungkin.
Apa yang susah nak cari pada masa ini adalah Ikan Sungai..banyak ikan dah mati kena tuba, ataupun kena bom. Jadi balik baru-baru ni aku terpaksa pekena ikan sungai pahang yang dah lama aku idamkan..2 ekorr ni cuba teka harganya..tak apalah biar aku ajer yg rahsiakan...

Ini pun susah nak cari satu masa dulu..lintah kobou..sekarang ni dia org ternak pulak..masa kecik-kecik aku bakar menda ni dengan puntung api..now buat duit pulak!!

Takk ke...geli tengok lintah ni..

Hmm..ni memang susah nak cari..hanya kat sungai Pahang yg banyak..nyam..nyamm..


Ini yang aku heran balik baru ni banyak menda yg susah nak cari aku jumpa pulak..termasuklah gerhana matahari petang sabtu tuh..hmm tapi langit mendung lah pulak..


Ni pun satu menda yang susah nak cari jugak..antenna Cushcraft..hmm lama dah aku dengar tapi rupanya aku balik Kerayong baru jumpa menda ni...itupun 9W2ASF yang bawakan..tapi kutengok tengok ala ala double zepp pulak lah..!!

9W2SHR(kanan) pun ada..dengan adiknya..jauh tu dari Sertik..

Ni double zepp ke Cushcraft ni..

Semangat betul 9W2ASF menerangkan pasal power antenna ni..

Boleh tiru ni..kik kik kik...

Wednesday, January 28, 2009

Hombrew by 9W2TWH





NI hombrew antenna kontot untuk handy anda ciptaan Bang Saiden, 9W2TWH.
Aku dah dapatkan ukuran antenna ni..nanti dah siap aku uploadkan kedalam blog ini...

Thursday, January 22, 2009

Penubuhan Koperasi Di Luluskan SKM

Hi..semua rakan-rakan berita gembira untuk anda semua. Pagi tadi bersamaan Khamis saya telah mengambil surat kelulusan dari pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Shah Alam.
Koperasi yang ditubuhkan telah diluluskan bersama-sama dengan nama Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad . Koperasi ini telah mendapat kelulusan untuk mempunyai ahli di seluruh Malaysia.
Ini adalah satu berita gembira untuk semua rakan-rakan yang menyokong penubuhan koperasi berkenaan.
Pihak penaja akan mengadakan satu mesyuarat untuk menetapkan satu tarikh bagi mengadakan satu Mesyuarat Agung Permulaan. Mesyuarat ini akan memilih Ahli-ahli Lembaga Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad yang akan bertanggungjawab merangka dan menjalankan koperasi berkenaan.
Semua ahli yang berminat adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Agung berkenaan seramai yang mungkin.
Sekian.

* dipetik dari k-ramat.blogspot.com

Sidang Akhbar Jom Kayuh PRADAS.

Program Jom Kayuh yang dianjurkan oleh PRADAS dengan kerjasama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) telah mendapat liputan meluas oleh akhbar-akhbar tempatan, RTM, dan Radio.
Berikut adalah laporan penuh oleh Berita Harian seperti yang dilaporkan.

Photo Program Jom Kayuh seperti di Berita Harian.


Ini pula berita seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Photo oleh Harian Metro.


Tahniah kepada PRADAS kerana menganjurkan program berkenaan. Program ini mengalu-alukan sebarang sumbangan dari mana-mana pihak bagi melancarkan program berkenaan. Bantuan wang ringgit, air mineral,topi basikal, t-shirt, jacket keselamatan dan lain-lain sumbangan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui setiausaha projek iaitu 9W2MEZ, Mieza di talian 012-3882282.

Sunday, January 18, 2009

SWL Fauzi Pasang Radio Pulak

Ahad 18-1-2009, baru-baru ni seorang rakan lama aku berminat untuk menyertai Radio Amatur. Jadi kami telah berkumpul beberapa station pagi Ahad berkenaan untuk melakukan pembedahan terhadap Pacuan 4 Roda beliau untuk dipasang radio. Turut hadir pagi berkenaan adalah SWL Fauzi, PRSMP, 9W2BCB,9W2JSJ,9W2MEZ dan akulah sapa lagi..9W2REJ.
Selepas pekena nasi lemak dan kueh apam pagi tu lebih kurang jam 11am kami memulakan operasi pembedahan berkenaan.

9W2BCB sedang memberikan penerangan kepada 9W2JSJ berkenaan repeater.

Yg sebelah kiri tu SWL Fauzi dan yg lagi seorang PRSMP

Ni Radio yang telah siap dipasang..

Mencari kedudukan yang terbaik untuk antenna.

Tambah pulak Hard Disk 40GB..hik hik..hik

4X4 Tanpa antenna macam ni memang satu perkara yang tidak boleh dielakkan.

Wednesday, January 14, 2009

Lupa nak Ucap Tahniah to New members of 9M2...

Tahniah dan selamat mencapai tahap baru..he he kepada 9 orang rakan 9W2 kita yang telah lulus dalam ujian CW 2008 yang lepas. Segulung penghargaan kepada Aimil atau 9W2AUR kerana menjadi calon yang termuda lulus dalam ujian pada kalai ini. Maybe lepas ni kita akn mendengar 9M2AUR..berkumandang di ASTRA Transnasional. Berikut adalah keputusan berkenaan.
Juga Tahniah kepada semua yang lulus sekali lagi...

Perkara Penting Berkenaan Pemilikan Peralatan Radio

Ada 2 file penting yang semua orang perlu download dan baca berkenaan pemilikan radio. Ini berkaian dengan FAQ On Communications Equipment dan juga Technical Specifications on Amateur Radio Equipment.
Baca dan fahamilah kedua-dua artikel dari MCMC ini untuk lebih memahami sebahagian dari undang-undang radio amatur. 73...