Wednesday, January 14, 2009

Kayuhan Basikal Shah Alam to Ipoh


Hmm..larat tak kalau nak kayuh basikal dari Shah Alam ke Ipoh, Perak. Fikir-fikirkanlah kalau anda mampu melakukannnya. Tetapi cabaran inilah yang akan dilakukan oleh lebih kurang 100 orang ahli radio amatur. PRADAS atau Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor akan bekerjasama dengan Agensi Pelancongan Selangor dan Agensi Pelancongan Perak bagi melakukan kayuhan berkenaan pada 7 dan 8 Februari 2009 ini. Program ini turut disertai oleh 19 orang ahli Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia yang akan menggunakan basikal Tandem. Ini adalah basikal yang menggunakan 2 pengayuh dalam sebuah basikal.
Selain basikal tandem dan juga basikal individu basikal baring pun akan menyertai program berkenaan. Dijangka basikal baring ini akan diketuai oleh persoanliti radio amatur yang tidak asing lagi iaitu 9W2YR, atau Pak Yob.
Pada masa ini PRADAS memerlukan sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti air mineral, tshirt, helmet lumba basikal, makanan dan wang ringgit. Semua bentuk bantuan boleh disalurkan terus kepada setiausaha projek iaitu 9W2MEZ, Puan Mieza ditalian 0123882282. Sumbangan anda semua amat dialu-alukan oleh pihak PRADAS.

Ini lah basikal baring..oleh 9W2YR

Ini pulak Tandem..

Tapi bukan yang ni yea...banyak sangat ni..

Tu dia seriusnya meeting..he he ..relax..

Mancari dan merancang program yang terbaik

Sebahagian bakal pengayuh..dah practice ke bang??

Tuesday, January 13, 2009

Open Fox Hunting Tournament

Dear all fox hunters,

You are cordially invited to participate in ARDF OPEN 2009 Competition jointly organized by Wilayah V17 groups and Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

The schedule as follows :-
Date : 8 MAC 2009
Time : 0800-1500
Venue : Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur (detail route will be announced later)
Hunt mode: On foot/pedestrian route.
Fees : will be announced later, latest by tuesday next week.

Programmes:

1. RDF a.k.a Fox Hunting (5 CW Beacon - MOE,MOI,MOS,MOH,MO5)
2. Slalom Fox Hunting (First time to be introduced in Malaysia)
3. Mini Field Day
4. ARDF Technical Talk
5. Flea Market
6. Exhibitions

Championships Categories:

1. Individual
2. Two persons per team ( only one set of RDF kit allowed)

Participants:

Open to all Malaysian Citizenship only.

Description:-

Amateur Radio Direction Finding (ARDF) is the sport of finding a very low power hidden radio transmitters on foot, using radio receiver, antenna, map, and compass in diverse. ARDF joins orienteering skills like the proper use of topographic maps, compass skills, and locational awareness, with radio direction finding skills using hand-held portable receivers and antennas. It is great fun for young and old alike - an opportunity for personal challenge in the great outdoors!

A lot of prizes to be won such as a RADIO TRANSCEIVER and many more radio equipment is waiting for you. DON'T MISS IT!

SO WHAT ARE YOU WAITING FOR ?...

TAKE THIS CHALLENGE AND BUILD UP YOUR OWN FOX HUNT COMBAT MACHINE

* copy direct nih..he he..

Nak tahu lebih lanjut layari v17 ni..

Sunday, January 11, 2009

Blog Homebrew Pulak!!

Hi gang semua..untuk mencapai cita-cita menjadi hamradio yang berjaya kita perlu tahu selok belok teknikal terutamanya homebrew. So sampailah masanya kita belajar jadi macam mat salleh, mamat jepun, mamat taiwan, dan sekarang ni mamat negara china yang cukup popular dengan pelbagai ciptaan.
Mereka ini rajin mencipta dan mencipta. Dari bangku sekolah rendah telah diasah minat ni. Kat negara kita ada jugak buat, tapi bila kita naik sekolah menengah langsung universiti kita terus tinggalkan minat ni sebab bidang kita dah bertukar.(mcm aku nilah contohnya).
So dengan minat hamradio ni insyaallah kita akan berterusan menjadi pencipta dan menjadi minat kepada homebrew..
Untuk itu aku dedikasikan satu blog hombrew untuk tatapan umum. Dengan bahasa english yang berterabur dan broken aku harap blog ni bole jadi sumber rujukan dalam dan luar negara untuk peminat homebrew.
Click here...hamradio homebrew

Wednesday, January 7, 2009

Radio apa ni?

Hmm kengkawan tadi aku belek belek aku terjumpa gambar-gambar satu ketika dulu lebih kurang akhir tahun 2007 kalau tak silap. Masa tu aku attend briefing untuk membekalkan sistem radio bagi sebuah agensi kerajaan. Namanya tak bolehlah disiarkan disini.. Hanya sekadar untuk berkongsi photo-photo dengan rakan semua..Disebabkan aku ni banyak lagi tak tahu pasal radio ni..harap-harap ada rakan tolong komen rado apa ni sebenarnya???


Briefing dan Soal Jawab Koperasi Radio Amatur

Bagi menyahut seruan rakan-rakan radio ham untuk menubuhkan koperasi radio amatur ini maka pihak penaja telah mengaturkan satu sessi briefing dan soal jawab diantara rakan-rakan radio amatur dan pihak KGMB(Koperasi Guru Malaysia Berhad). Sessi ini untuk bertukar-tukar maklumat dan pengalaman pihak KGMB didalam menubuhkan dan mengendalikan koperasi. Semua pihak dijemput hadir.

Tempat : No 88-3,Wisma KGMB ,
Jln Dato Haji Eusoff, Komplek Damai , 50400 Kuala Lumpur.
Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh hubungi saya di 0123050 205.

Tuesday, January 6, 2009

Hombrew Mentallity(betul ke ejaan ni?)

Hmm baru ni sempat nak menulis..ni pun sebab aku nak bertolak ke JB sekejap lagi around jam 5am macam tu. So bukak PC kejap dan melihat apa yang patut. Cuma dikesempatan ini aku terfikir bahawa hobi radio ham ini telah membawa kita kepada minat untuk mereka cipta. Aku gelarkannya sebagai hombrew mentality. Tak kesahlah mungkin ada sesetengh peminat radio ham tak berminat dengan homebrew ini.
Namun bagi aku yang memang sejak darjah satu lagi dah suka mengumpul sampah-sampah dan sisa-sisa barangan elektronik ni. So minat tu dah lama dan terpadam sejak aku sekolah menengah. Ditambah pula dengan meneruskan pengajian didalam bidang ekonomi jadi minat tu terus tenggelam. Dulu-dulu pernahlah aku mencipta kereta mainan, kipas helikopter dan beberapa ciptaan yang tak menjadik tuh!!
Selepas lebih 20 tahun, kini setelah bermain dengan radio so aku mula menjinakkan diri kembali dengan hombrew ini. Projek paling awal yang aku buat adalah menda ni. Ini bukanlah interface repeater atau echolink tetapi merupakan tester untuk ujian multipair telephone cable..senang cerita pasal keje aku ler...kalau ada yang berminat sila emel..nanti aku boleh uploadkan diagram penuh.



Dan hombrew aku yang kedua adalah power supply for rig. Ini bukanlah ciptaan tetapi adalah idea yang aku belajar dari tunjuk ajar rakan-rakan radio dan juga melalui internet.


So now minat hombrew itu makin membuak-membuak. Dan aku merasakan bahawa inilah antara kelebihan radio amatur yang mungkin wujud dan aku sendiri mengabaikannya. Minat hombrew ini akan membawa kita kepada dimensi baru dan fikiran baru.

Kini aku terfikir untuk mengumpulkan semua rakan radio yang aktif berhombrew untuk dimasukkan kedalam satu blog khas. Ia juga bagus untuk dijadikan rujukan bagi semua rakan-rakan lain. Mungkin mat salleh yang main radio adalah insan yang paling murah ilmunya apabila ratusan ribu maklumat hombrew mereka dipamerkan diinternet. Hmm..bila agaknya kita akan jadi macam tu??
Jom..kita mulakan hombrew masing-masing..hmm apa nak buat..jom buat interface repeater nak tak??( aduss..boleh tahan complicatednya tuh).

Thursday, January 1, 2009

Eyeball ASTRA Tengah Bagan Lalang

31-12-2008, bermula jam 4pm pihak ASTRA tengah telah menganjurkan satu eyeball di Pantai Bagan Lalang. Eyeball ini sempena sambutan tahun baru 2009 yang menjelang. Lebih kurang 100 station menghadiri eyeball yang diadakan ini. Majlis turut diserikan dengan pertunjukkan orang terbang oleh 9W2WMT, iaitu wak masturi. Pada sebelah malamnya BBQ dan dinner disediakan untuk ahli radio amatur dan keluarga.
Malam itu turut diserikan dengan persembahan slide oleh 9W2XLT, Pak Lt berkaitan dengan disaster communications dan aktiviti sepanjang tahun 2008 oleh ASTRA Tengah.
Pada malam itu jugak pihak ASTRA telah menyediakan sesi karaoke yang turut sama bertujuan untuk memungut derma dikalangan ahli.
Tahniah kepada pihak ASTRA.

Untuk gambar sila click sini